Thursday, June 17, 2004

Berahi Tari Silat



Aku tak kira, jejak ajer kaki aku kat M'sia nanti, aku nak cari gelanggang silat Gayong. Nak join gelanggang Cikgu Rasul, segan pulak sebab aku pernah jadi murid dia for almost 5 years. Ada peristiwa tak best waktu belajar dengan dia dulu. Sampai mati hidup balik pun aku takkan lupakan. Samalah juga dengan cikgu. Hmmm..

Satu ajer niat aku - aku nak belajar bunga keris. Aku pernah belajar permainan seni parang dua dan lembing. Jadi, teringinlah nak lengkapkan ilmu silat aku dengan permainan senjata silat. Aku suka tengok orang main keris and aku suka tengok lenggok langkah silat bila orang pegang keris. Keris orang melayu cantik kalau nak compare dengan senjata lain. Keris yang diorang guna untuk belajar main buah tapak hidup keris ada la dekat-dekat nak sepanjang tiga per empat hasta tangan aku ni. Keris lok tujuh yang cikgu beli di Terengganu. Berat dan besar. Kalau hunus tapi pegang tak mantap, mesti terlucut dari tangan ni.



Silat dah semacam sebati dalam diri. Aku pun dah semacam ada tindakan refleks kalau ada sesiapa sentuh badan aku tak semena-mena. Sama la juga kalau aku rasa diri aku dalam keadaan bahaya - hati berdebar-debar, langkah kaki mula ringan, aku mula genggam penumbuk, mulut aku akan diam and mata aku akan memandang tajam. Setakat ni tak pernah lagi aku gunakan ilmu silat untuk pertahankan diri sendiri melainkan untuk buat persembahan demonstrasi silat ajer. Harap-harap aku tak payah keluarkan ilmu silat ni melainkan bila berhadapan dengan keadaan bahaya ajer.

No comments: