Wednesday, June 16, 2004

Rindu Ini Milik Siapa?

Rindu ini sudah lama berlabuh. Aku masih rasa bahagia, walau kau tidak sudi menyambungnya - A Samad Said, Sasterawan Negara

Satu ungkapan yang sudah lama aku kuburkan bersama kenangan-kenangan dulu. Cuma baru-baru ni aku gali balik dan aku cari balik ungkapan ni. Bukan untuk diingat-ingatkan balik apa yang dah jadi..cuma untuk jadi teman pada peristiwa semasa.

Sebuah Misalan

Pernah tak lama dulu aku katakan banyak perkara di dunia ni dimodelkan dengan model matematik. Matematik calculus dalam bidang integrasi atau pun dalam bahasa melayunya disebut pengkamiran perlu ada limit atau pun had untuk diterjemahkan kepada satu nilai yang absolute. Secara totalnya kita melihat hasil nombor dan bukan kepada satu nilai yang 'constant' tanpa kita ketahui apakah itu nilainya. Semua orang benci kepada ketidaktahuan. Semua orang tak gemar bila terpaksa berhadapan dengan satu risiko yang mereka sendiri tidak tahu apakah yang mereka terpaksa hadapi.

Begitu juga soal rindu. Rindu ini seperti satu persamaan yang perlu dikamirkan untuk mendapat satu nilai. Dan tentu sekali nilainya sangat besar yang merangkumi satu citra hidup, satu nilai kepercayaan dan satu nilai kemanusiaan. Untuk meninggalkannya tentu saja satu perkara yang amat sukar kalau tidak mustahil. Untuk berhadapan dengan rindu yang tidak diketahui nilainya ternyata sangat meruntun perasaan. Jelas sekali, kepastian satu ciri yang memungkinkan manusia tersenyum riang dan bukannya berhati walang, bak kata bonda Azya pada aku dulu.

Rindu juga boleh diibaratkan seperti sebiji benih. Benih yang jika kita tanam dengan cermat dan sirami dengan air dan dibajai sebaiknya sudah tentu akan menghasilkan sebuah pokok. Pokok itu kemudian dijagai terus menerus hingga membuahkan hasil yang enak-enak untuk dinikmati oleh tuannya. Pokoknya sekarang bagaimana mahu diambil buahnya sekiranya benih yang baru hendak tumbuh, sudah direncatkan proses pertumbuhannya. Kurangnya air dan kurang baja, lantas terus mati dirembat cabaran-cabaran alam yang bersifat semasa.

berapa lama mesti kunanti
sinar cahaya matamu
gemerlap bagai bintang
menghiasi malam, malam yang menutup
diriku.
berapa lama perlu kutunggu
lontaran suara dari bibirmu
memecah hening taman, taman syurgawi
pada sebuah hati yang sepi.
penantian suatu siksa
yang tidak tertanggung
oleh tubuhku yang kering dan layu.
kepastian suatu penawar
dalam suka dan duka
yang meniti hidupku. - Penantian oleh Zubir Ali


Begitulah kata Zubir Ali. Sangat cocok untuk digandingkan dengan rasa rindu. Rasa rindu yang tak bertepi, rasa rindu yang selalu datang menziarahi diri selalu saja berjumpa dengan pintu yang tertutup rapi. Dikunci. Walau pun diketuk berkali-kali tapi masih degil untuk dibuka, takut-takut kalau yang di luar sana ialah penjahat yang cuba merosakkan diri sendiri.

Rindu itu diakhiri dengan satu pertemuan
Satu pertemuan yang akan ditemukan dengan kebenaran
Dan kebenaran itu pasti akan datang
Lewat, sekejap, hampir - semuanya hanya masa
Jadi meter satu perasaan.

Haa..itulah yang aku dok fikirkan masa aku tengah mandi. Sopankah kalau aku masih lagi merantai-rantai rasa rindu, atau pun kurang ajarkah aku lontarkan rasa rindu yang tak ada tepinya? Pada siapa, tak usahlah bertanya. Dengan siapa, pun tak payahlah bertanya. Kaunter pertanyaan dah pun ditutup, mungkin untuk satu tempoh masa yang tak ada hadnya.

Tengah elok dok berfikir..sibuklah pulak Camelia datang pada aku, berdansa dan menyanyi-nyanyi lagu kegemarannya, Rindu Padanya.

Sejak terpandang wajahmu
Hatiku bertanya selalu
Siapa dia..mengikat pandanganku
Seringkali dia berlalu
Di hadapan dan menyapaku
Sehingga hatiku seringkali merindu
Tak dapat kumelupakan dirinya
Terbayang...wajahnya di mataku
Ingin kutanya namanya
Tapi hatiku rasa malu
Dan terucapkan walau sepatah kata
Mungkinkah diriku telah dilamun cinta
Oh hatiku, resah selalu
Haruskah aku menyatakan
Perasaan kukepadanya
Mungkinkah dia kini telah berpunya
Getar hati makin terasa
Bila terdengar suara dan bertentang mata
Kubagaikan bebunga kehujanan
Berkembang mekar di setiap ketika
Tidur malamku tak lena
Asyik tak ingat kepadanya
Bilakah mentari memancarkan cahaya
Hanyalah dirinya bermain di ingatan
Oh tuhan, kurindu padanya.


Hmm..ternyata soalan rindu ini milik siapa tak dapat aku jawap dengan sejelas-jelasnya. Bukan kerana aku yang tak ingin menjawapnya, tapi kerana tiada orang yang mahu menjawapnya. Lama-kelamaan, soalan ini akan reput dan akhirnya hilang begitu saja bersama rindu itu bila masa terus saja berlalu. Yang ada, cuma aku dan dia yang semakin tua dihurung hari-hari mendatang.

No comments: