Ni gambar contoh jekk, ok? Aku tak kenal pun sapa mamat/minah nih
Ramai orang nak membina satu rumahtangga yang bahagia. Rumahtangga yang sentiasa dihiasi kisah-kisah yang ceria, kisah-kisah yang membahagiakan dan menyerikan hidup. Tak kurang juga orang suka membicarakan harapan-harapan tentang rumahtangga masing-masing. Pastinya, semuanya yang muluk-muluk.
Aku bukanlah nak berjiwang kat sini nak bicara tentang bagaimana nak membina keluarga bahagia. Aku punya keluarga sendiri belum dibina, belum lagi terisi kekosongan tempat seorang bakal suri hidup, inikan pulak nak bersyarah tentang soal bahagia rumahtangga. Mesti ramai orang kate, "Apa kejadahnya mamat ni?". So, sebelum aku dibaling telur atau pun tin pepsi kosong, I better keep my mouth shut on this subject matter.
But for what I want to say here, is the feeling of melancholic and at the same time, the feeling of euphoria to see our friends and relatives celebrating their happy moment. I am pretty sure this blissful moment is everlasting in their mind. Sacredly revered between the two couple for the rest of their lives. Percayalah cakap aku, even waktu hubungan kita tengah bergoncang dilanda badai, kalau dikenang-kenang balik macam mana kita bina hubungan tu pada awal waktunya, mesti datang keredaan dalam semarak rasa marah tu. Rasa kecewa pun mesti paling tidak terubat sikit.
Pengorbanan yang dilakukan bukanlah sedikit nilainya dalam nak menjaga satu-satu hubungan. Tak kiralah pengorbanan dari segi material dan emosional, atau pun spiritual juga. Banyak sangat hati yang perlu dijaga dalam nak menyemaikan benih-benih bahagia dalam hubungan. Aku kira, bukan setakat hati dua orang saja yang terlibat, tapi hati-hati ahli-ahli keluarga mesti dijaga. Mak aku pernah cakap kat aku dulu, "Ayed bawak lah sapa-sapa pun, mummy tak kisah. Kalau Ayed dah suka, mummy pun ikut saja". Masa mak aku cakap camtu kat aku, aku boleh dengar dia tersedu kat hujung corong telefon tu. Jelas di situ, dia beri keredhaan bukanlah bermakna kita boleh pergunakan sewenang-wenangnya. Teringat pulak bila Angah asyik keluar dengan Kak Rafidah waktu sebelum bertunang dulu, telinga aku la jugak jadi tempat aduan mummy pasal rasa tak senangnya dia tengok Angah selalu benar keluar setiap hujung minggu dengan Kak Rafidah. Kadang datang juga rasa sayu pada mummy, tapi pada masa yang sama aku rasa happy jugak untuk Angah. Betapa hati seorang mak berkorban sebab nak tengok anak-anak dia bahagia.
Bila dah dua hati ditunangkan pulak, banyak sangat la pulak rintangan dan cabarannya. Papa kata dulu, waktu bertunanglah waktu syaitan nak usaha kuat untuk putuskan satu-satu hubungan tu. Kata-katak Kak Siti di Arab Saudi tu pulak, "pertunangan ni macam tempoh percubaan saja, nak tengok sesuai ke tidak". Teringat pulak kata-kata seorang ahli panel waktu Forum Baitul Muslim di Leesburgh, Virginia kira-kira 5 tahun dulu, "Bilamana seorang anak adam ni mendirikan rumahtangga, maka menangislah seluruh umat syaitan sebab kurangnya dua orang keturunan Adam untuk disesatkan". Jadi dalam tempoh pertunangan la pulak akan ditimbulkan beribu macam gangguan untuk mengelak keturunan adam dan hawa bersatu. Aku pernah dengar, orang yang mendirikan rumahtangga ni diibaratkan seperti sudah menyempurnakan separuh daripada agamanya. Jadi bayangkanlah betapa besarnya nilai sebuah ikatan ni dari sudut pandangan agama?
Saat nak dirikan rumahtangga, dalam cuba carik mardhatillah tu, kita pulak nak buat besar-besaran macam putera raja nak bernikah layaknya. Memang betul, acara ni sekali seumur hidup, insya Allah. Tapi selalu pulak kita campuri dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya. Ambil contoh kita buat majlis nyanyi nyanyi pulak, siap lagu dangdut pulak tu (aku pernah tengok ni time kenduri kawen kawan aku last year). BIla dibuat pulak majlis besar-besaran, tapi dihadkan pulak hadirin yang datang sedangkan majlis ini sepatutnya jadi milik komuniti setempat. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat dalam kawasan situ. Kata allahyarham Sheikh Syed Mutawalli ad Darsh, ulama fiqh dari Al Azhar, dia menentang keras majlis walimah yang diadakan secara besar-besaran kerana menurutnya ada hadith Rasulullah yang menyebut, "The worst wedding dinner is the one which is given to the rich and denied to the poor." Tak syar'ie pulak untuk dibuat walimah di hotel-hotel, berhabisan beribu-ribu, hatta hingga berhutang pulak. Sepatutnya walimah diadakan untuk dihebahkan pernikahan dua manusia dan juga mencari rahmat tuhan, bukannya nak cari bala atau pun kemurkaan tuhan pulak. Kalau dah permulaan rumahtangga pun dicemari dengan perkara-perkara buruk, macam mana pulak nak dilayarkan rumahtangga bahagia yang direstui Allah ta'ala.
Itu pendapat aku lah. Pendapat orang mungkin lain-lain. Bagi yang terlebih duit, mesti la pulak sangat lain daripada idea perkahwinan aku. Bagi yang kurang duit macam aku ni, kita fikirkan hak mana yang wajib lah. Selebihnya kita seadanya saja.
Mungkin ada orang nak rujuk macam mana majlis pernikahan Fatimah Az Zahra dan Saidina Ali karamallahu wajhah berlangsung. Ikuti kisahnya di bawah ni.
--------------------------------------------------------------------
taken from [http://forums.gawaher.com/index.php?showtopic=7981&]
By Shaykh Maulana Saleem Dhorat
Wedding Of Faatimah (Radhiyallaahu Anha)
Faatimah (Radhiallaahu Anha) is the youngest daughter of our beloved Prophet (Sallallaahu Alayhi Wasallam). Out of all the children, he was the most beloved to him. He said, 'The Queen of the ladies in Jannat is Faatimah.' He also said, 'Faatimah is part of my body. Whoever grieves her, grieves me.'
When Faatimah (Radhiallaahu Anha) reached the age of fifteen, proposals for her marriage began to come from high and responsible families. But the Prophet (Sallallaahu Alayhi Wasallam) remained irresponsive.
Ali (Radhiallaahu Anhu), who was 21 at the time, says: It occurred to me that I should go and make a formal proposal, but then I thought, 'How could this be accomplished, for I possess nothing.' At last, encouraged by the Prophet's kindness, I went to him and expressed my intention to marry Faatima (Radhiyallaahu Anha). The Prophet (Sallallaahu Alayhi Wasallam) was extremely pleased and asked, 'Ali! Do you possess anything to give her in Mahr?' I replied, 'Apart from a horse and an armour I possess nothing.'
The Prophet (Sallallaahu Alayhi Wasallam) said, 'A soldier must, of course, have his horse. Go and sell away your armour.'
So, Ali (Radhiallaahu Anhu) went and sold his armour to Uthmaan (Radhiallaahu Anhu) for 480 Dirham and presented it to Rasulullah (Sallallaahu Alayhi Wasallam). Bilaal (Radhiallaahu Anhu) was ordered by the Prophet (Sallallaahu Alayhi Wasallam) to bring some perfume and a few other things and Anas (Radhiallaahu Anhu) was sent to call Abu Bakr, Uthmaan, Talhah, Zubayr with some companions from the Ansaar (Radhiallaahu Anhum).
When these men arrived and had taken their seats, the Prophet (Sallallaahu Alayhi Wasallam) recited the Khutbah (sermon) of Nikaah and gave Faatimah (Radhiallaahu Anha) in marriage to Ali (Radhiallaahu Anhu). He announced, 'Bear you all witness that I have given my daughter Faatimah in marriage to Ali for 400 Mithqaal of silver and Ali has accepted.' He then raised his head and made Dua saying, 'O Allah, create love and harmony between these two. Bless them and bestow upon them good children.' after the Nikaah, dates were distributed.
When the time came for Faatimah (Radhiallaahu Anha) to go to Ali's (Radhiallaahu Anhu) house, she was sent without any clamour, hue and cry accompanied Umm Ayman (Radhiallaahu Anhu). After the Aaisha Salaat, the Prophet (Sallallaahu Alayhi Wasallam) went to their house, took permission and entered. He asked for a basin of water, put his blessed hands into it and sprinkled it on both Ali (Radhiallaahu Anhu) and Faatimah (Radhiallaahu Anha) and made Dua for them.
The sovereign of both worlds gave his beloved daughter a silver bracelet, two Yemeni sheets, four mattresses, one blanket, one pillow, one cup, one hand-grinding mill, one bedstead, a small water skin and a leather pitcher.
In this simple fashion, the wedding of the daughter of the leader of the worlds was solemnised. In following this Sunnah method, a wedding becomes very simple and easy to fulfill.
No comments:
Post a Comment