Siapa sangka siapa menduga, bak kata Liza Hanim, bila setelah berbelas tahun terpisah disebabkan perpindahan aku dari Kampung Klang Gate ke Ampang berjaya semula bertemu dengan kawan-kawan lama. Aku berpindah dari Kampung Klang Gate masa aku umur 11 tahun. Terpaksa meninggalkan semua rakan yang rapat dengan aku sejak dari tadika untuk berjumpa dengan kawan-kawan baru di Ampang. Pernah jugak aku merungut pada papa yang aku tak suka tinggalkan Klang Gate sebab aku lost contact dengan hampir semua kawan baik aku kat sana. Tapi lepas papa cakap, kalau tak kerana aku masuk ke Sekolah Kebangsaan Taman Tasik ni, tak mungkin aku akan dapat offer ke SAS lepas keputusan UPSR diumumkan. Hmm..betul gak kata dia, bila satu pintu tertutup, tuhan akan buka pintu peluang yang lain pulak untuk kita.
Baru-baru ni kebetulan abang si Irma Damayanti baru mendirikan rumahtangga, so ada ler kenduri kawen kat rumah si Maya ni. Sakan la dia menjemput kenkawan lama ke rumah dia, bukan untuk meriahkan kenduri kawen abang dia, tapi untuk memeriahkan diri sendiri pulak. Hehehehe..dapat la berjumpa dengan kawan-kawan semua walau pun tak ramai. Aku walaupun tak dapat menghadirkan diri tapi alhamdulillah dapat tengok gambar kawan-kawan semula. Seronok rasa kat hati dapat tengok balik muka kawan-kawan aku. Semuanya dah jadi orang yang lawa-lawa, hensem-hensem. Aduhai, bila lah aku nak berjumpa dengan diorang balik ni??
Okay, dalam gambar tu..yang tengah berdiri pakai t shirt kaler hitam tu, namanya Mawar Suria Ismail. Bapaknya kerja dengan askar pangkat pegawai tinggi. Si Mawar ni kawan aku yang paling lama berkawan, sejak dari zaman Tadika KEMAS sampailah sekarang. Nama glamer dia sekarang Warie. Aku kuat bertekak dengan dia, kadang-kadang tak tahu pun apa reason kami bergaduh tapi memang itulah hakikatnya - gaduh tetap gaduh, kawan tetap kawan. Now everytime aku keluar dari State College untuk berjalan ke, kalau aku nampak postcard yang cantik-cantik, aku akan belikan untuk dia sebab aku tahu dia suka kumpul postcard. Warie sekarang bekerja sebagai Software Engineer.
Dulu-dulu time kat sekolah menengah dulu (Warie masuk SSP, aku masuk SAS), ramai bebudak band sekolah aku menskandalkan aku dengan si Warie. Katanya aku balak si Warie (simpang malaikat 44!!). Cikgu Suhaimi pulak selamba cakap, "Alaa, dah satu tadika sama-sama, kemudian satu sekolah rendah, lepas tu berjumpa balik waktu sekolah menengah..nanti-nanti lepas ni berjumpa pulak kat rumah yang sama!". Serius shit aku blur, sapa buat skandal ni? Padahal aku gadoh sikit punya tak ingat dengan si Warie ni, boleh pulak diorang cakap aku ni couple dengan Warie time sekolah dulu. Aku pernah tanya Warie ni, belah mana yang dok sebar skandal ni dulu, belah Seri Puteri ke? Atau pun belah Alam Shah? Dia pun blur, sama jek blur ngan aku.
Sebelah Warie pulak ialah si Irma Damayanti. Aku sebenarnya memang sungguh la lampi untuk ingat muka dia tapi nama dia memang aku hafal sejak dari dulu sampai sekarang. Apa ek yang filem P Ramlee cakap, "Sungguh pun rupamu tidak ku kenal, akan tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pojaan hatiku!!", haa..macam tu la kot. Cuma baru-baru ni bila Mastura ingatkan balik kat aku pasal Maya ni, baru lah aku dapat contact balik dia through Yahoo Messenger. Akhirnya aku dapat match balik nama dengan muka. Aku memang yakin giler si Maya ni sekelas dengan aku dari darjah 3 dan darjah 4 cuma aku kantoi tak ingat rupa dia camner.
Sebelah Maya pulak ialah si Mastura. Aku ingat rupa Mastura ni sebab nama dia femes jugak dalam kelas sebab dia selalu ponteng kelas. Hehehe..selalu bila check kedatangan, nama dia mesti ada kurengggg sikit! Rupa dia yang cerah-cerah and paling tinggi dalam kelas tu memang takkan dilupakan. Kami waktu tu kebanyakaannya gelap-gelap ajer, dia ajer la yang cerah daripada kami. Mastura ni rupa-rupanya anak tauke restoran kat Taman Melawati tu..baru aku tahu sehhh. Takpe, nanti aku balik M'sia, bolehlah aku gerak gempur restoran bapak dia!! :D
Sebelah Mastura namanya Norafizah, muka agak familiar tapi aku tak ingat langsung semenda pasal dia. Yang duduk pulak dari kiri is Khadijah. Khadijah sekarang dah jadi Network Engineer. Ya Allah muka dia memang familiar sangat cuma nama dia ajer aku kantoi sikit. Muka tak berubah dari kecik sampai ke besor, sama ajer dengan si Warie & Mastura. Sebelah Khadijah is Roszaliza, kawan aku yang paling kecoh dan happening + pening. Aku pernah jumpa sekali dengan Roszaliza waktu aku lepak dengan Fadzli Radzi, geng budak Klang Gate jugak lepas SPM dulu. Meriah giler mini gathering time tu Roszaliza memang ada talent untuk jadi hos talk show, wa cakap sama lu!
Hehehehe..yang ni special sikit. Sebelah si Roszaliza ialah Rozielawati. Musuh aku nombor satu masa darjah 1 dulu. Selalu gaduh time berbaris kat luar kelas. Rozielawati masa tu dia jadi Ketua Kelas. Mak aihhh, baru dapat tali leher merah and jadi Ketua Kelas dah kerek giler ngan kitorang. Aku ngan Heri apa lagik, hangin jekk satu badan. Selalu gadoh-gadoh lawan mulut ngan dia. Hehehe....satu kenangan pasal si Rozie yang aku takleh lupa ialah masa darjah 1 dulu. Rozie terkencing dalam kelas. Memang serius shit satu kelas kecoh giler. Dia nangis giler babeng laa. Aku senyum sendiri ajer bila ingat-ingat balik kisah dulu. Maya kata Rozie dah tunang dah and sekarang mengajar di UKM.
Sebelah Rozie is Norsasila. Aku tak baper ingat dia..tapi aku rasa dia la kot minah yang selalu kena ejek Sarsi kat dalam kelas dulu. Aku suspect cenggitu sebab nama dia la. And seingat aku, bebudak lelaki kat dalam kelas aku ni jenis setan-setan semua, nakal tak ingat! Asal ada modal nak buat ejekan, kutukan dan mainan, memang sah-sah dah kena dah nyer lah!
Haa..yang ni best sikit. Kawan aku si Fauzi ni. Fauzi ni waktu kat sekolah rendah dulu toksah kata la rupa nerd tahap Einstein. Spek dia yang plastik tebal tu siap kaler hitam lagi. Bila bercakap asyik dok tolak spek dia naik ke atas sebab menggelungsur ke bawah. Lepas aku pindah dari Klang Gate, aku berjumpa sekali lagi dengan dia masa aku Form 5 sebab aku baru tahu dia dengan Pyan dapat masuk Sekolah Menengah Sains Selangor which is next to my school and rugy rival forever for SAS. Fauzi & Pyan memang conquer result Mathematic Modern and Add Math kat sekolah dia la masa tu. Study dia memang otai habis. Bila berjumpa sekali lagi, memang aku terus dapat cam dia sebab rupa dia tak berubah langsung dari dulu sampai sekarang. Cumanya spek ajer bertukar, lebih hensem, lebih bergaya and lebih macho! Harap dapat jumpa dengan Fauzi sekali lagi, nak ingat balik kenangan jadi budak nakal di sekolah dulu.
Yang last sekali si Nasrul. Aku tak kenal Nasrul sebab dia masuk SKKG bila aku baru ajer keluar dari situ. So aku tak tahu pasal mamat ni melainkan kawan si Nasrul ni jadi pakwe si Maya. Dengarnya ada orang tu tengah tunggu seru (ehemm ehemm Cik Maya ye?), jangan lupa hantarkan kad jemputan pada kenkawan lama. :)
No comments:
Post a Comment