Hidup bujang ni, bagi aku la, kalau nak kira dah lama sangat dah. Sejak aku masuk sekolah menengah lagi, aku dah diajar, diasuh, dan dididik untuk hidup bujang. Kalau kat rumah tu, takyah mention la..sebab dah memang papa and mummy dok kerah kitorang buat kerja macam-macam. Agaknya diorang dah tahu dah, bila besar nanti, Along akan jadi begini, Angah akan jadi begitu, Alang jadik camni and Farah akan jadi ntah camne-camner lah kan.
Aku rasa pelajaran pertama yang aku terima dari papa untuk jadi orang bujang ialah masak nasi guna rice cooker. Mula-mula memang aku rasa, ape laa papa ni dok suh aku belajar masak nasik ni. Tak nampak hasilnya pun melainkan nak tolong mummy, kurangkan kerja dia kat dapur. Dah ler aku dok kena marah ngan papa sebab basuh beras tak cukup bersih masa tu..hahaha..buat telinga aku ni perit jekk kena herdik ngan papa. Tapi bila aku dah datang US, barulah aku rasa kesian kat anak-anak jantan yang datang ke US tak bawa apa-apa ilmu dapur. Paling kurang pun, bagi gheti lah masak nasik. Tak ada lah menyusahkan orang sangat nanti.
Orang bujang di M'sia mungkin senang kot bab-bab makan ni sebabnya warung bersepah kiri dan kanan jalan. Bagi yang duduk kat oversea cam aku ni, pun senang juga - McDonalds, Burger King, China Buffet, Uncle Chen's, Papa John's Pizza, bersepah tak ingat-ingat punya. Tapi sampai bila? Lama kelamaan tekak mesti meluat asyik makan menda sama ajer. So nak tak nak, kenalah belajar masak. Ada setengah orang bujang kat oversea ni, kalau dah dia kata tak gheti masak tu, terus tak nak belajar masak. So serahkan kat housemate/roommate lain yang pandai masak. Mana jadik camni beb!! Kalau dah tahu tak gheti masak, belajarlah masak. Tak rugi satu menda pun!! Serius shit aku cakap. Paling cibai pun belajar la camner nak masak kari sebab tu aku rasa yang paling senang amat nak masak. Pejam mata pun buleh masak lagik. Yang lelain, seperti kata Cik Caza berjambul kita cakap, terserah pada kreativiti memasing. Nak makan ikan buntal goreng berlada ke..nak buat laksa penang campur laksam ke..nak buat ASAM PEDAS UDANG ke kan..kekekekeke..gasaklah! Janji, kena belajar masak. Kalau kita serahkan nasib perut kita kat orang lain, terseksa la jawapnya. Better we decide for ourselves, nak masak atau tak..give the power to perut!!
Kemudian, cerita pasal kebersihan diri. Hal ni memang aku sendiri ngaku la..aku bukan gungho sangat pun. Laundry sebakul pun buat seminggu sekali. Kalau tak pun, buat laundry bila stok spender dah habis or kain sarung dah habis semua kotor. Baru terhegeh hegeh nak buat laundry. Tapi kalau kat rumah senang la, mak kita yang basuhkan. Errmm..kat rumah aku, mummy ler basuhkan. Cuma mummy ajar kitorang, malam sebelum masuk tidur, siap-siap isi washing machine tu dengan air and kemudian masukkan kain kotor dalam washing machine. Asingkan yang color dengan yang tak color. Asingkan pakaian dalam dengan pakaian lain. Tak pun, kalau ada baju yang kotor sangat, mummy akan suruh kitorang rendam semalaman and masukkan clorox sket (untuk baju kaler putih ler, jangan pulak dihumban clorox kat baju berwarna..ada nak kena sepak dengan mummy nih kang!). So bila aku masuk asrama...aku pun buat ler camner yang mummy ajarkan. Pernah juga aku tengok member aku, si Ucop (now executive TELEKOM), cara dia basuh spender dia. Dia tak guna berus pun..aku pun musykil.
"Weh Ucop, bersih dak spender ko ni kalo basuh camni? Pakai sental ajer?".
"Mak aku suh basuh spender camni..aku buat ajer laa..apsal?".
Haa..see..sekali lagik mak yang jadi permulaan asal kita belajar hidup membujang. Cuma mak aku tak ada la pulak ajar camner nak basuh spender..tu belajar sendirik la kat asrama dulu.
But now dah masuk kat college ni, mesin laundry pun ada..mudah. Bayar ajer, asingkan kain baju, masukkan detergent, pastu insya Allah kalau tak meletup washing machine tu...siaplah laundry kita in 30 minutes or so. Kemudian masukkan dalam dryer ajer. Voila!!
Bersenam. Haaa..bersenam. Alahai, mesti korang bantai gelak tak ingatnya bila aku cakap pasal bersenam ni. Ye ler, sape ler aku nak cakap pasal bersenam ni. Tapi gi mampos, nak gak cakap. Orang bujang kena bersenam banyak sebabnya kalau tak bersenam, nanti otak tak ada buat menda-menda. Kalau otak tak buat menda-menda, nanti sel-sel otak mati sebab tak ada dendrit baru yang terbina hasil dari aktiviti persekitaran tubuh badan. Bersenam ni bagus, dapat keluarkan peluh, nanti dalaman badan pun akan jadi lebih bersih. Kalau tak caya, sapa-sapa yang lama tak bersenam tu kan, cuba bawak-bawak bersenam dalam sejam gitu..kemudian pergi kencing. Tengoklah kuningnya kencing korang tanda badan korang proses perkumuhan badan dengan lagi efisyen. Sebab tu bila kita bersenam, kita kena make sure kita minum air banyak juga untuk gantikan air yang keluar dari badan, tak kiralah dalam bentuk peluh, air kencing atau pun taik. Bila dah replenish air dalam badan, sama la cam kita ganti minyak hitam..badan jadi lebih sihat dan kuat! hehehehe...
Orang bujang lagi satu perangai dia, dia jadik malas nak membaca. Bagi yang student, terpaksalah baca hari-hari..itu dah jadik kemestian. Tapi yang dah kerja, camner? Alasan penatlah...tak ada masa laa..apa lah. Betul tu, penat pun memang penat, hari-hari kerja cam haram nyer banyak dari start masuk office sampai keluar office. Malam nak gi berfiesta dengan kenkawan kat Zouq ke..tak pun kat Nuovo ke..paling koman pun kat kelab Dangdut Goldstar. Atau pun, mungkin nak gi merendek/tenet ngan pakwe makwe kat memana kan. Balik pulak dah penat, tak sempat nak solat isyak terus tergolek atas katil meleleh air liur basi. Akhirnya hasilnya, otak kita tak berkembang.
Daya pemikiran kita terhenti setakat itu. Pengetahuan kita tentang dunia sekeliling tak bercambah. Akhirnya otak kita mati dan hati kita mati. Kita jadi selfish sebab hanya tahu apa yang kita tahu dan mahu.
Bagi aku, semangat membaca ni penting. Membaca tak kisahlah apa bentuk bahan bacaan sekali pun (Penthouse, Playboy, Maxim atau pun Cosmopolitan terkeluar dari carta bahan bacaan yang aku maksudkan). Carilah satu bahan bacaan yang membina. Mulakan dengan baca satu muka surat satu hari. Kemudian tambah lagi..kemudian tambah lagi..dan lagi dan lagi dan seterusnya. Nanti kita baru tau, betapa luasnya dunia ni. Tak ada la setakat jalan yang kita dok ulang alik pi tempat kerja, surau tempat kita dok solat, and warung yang kita asyik dok minum hari-hari. Baru kita tahu, siapa itu Ariel Sharon, siapa itu General Richard Myers, apa jadik kat Tony Blair dalam House of Commons, apa cerita dengan mesyuarat jemaah kabinet M'sia. Baru terbuka pemikiran kita, terbukak kita pada pelbagai option yang ada depan mata.
Itu ajer ler serba sedikit yang aku boleh ulas pasal mentaliti orang bujang ni. Itu adalah antara kebenaran-kebenarannya gaya hidup orang bujang. Aku nak ulas banyak pun tak dapat gak, sebab aku dalam proses nak perbetulkan hak mana yang tak betul dalam hidup bujang aku. Nak komen pasal cara hidup orang dah kawen, takleh kot sebab aku belum kawen. Bini pun tak ada lagi. So, gitu la orang bujangnya. Ada banyak menda yang kita boleh buat untuk jadikan kehidupan membujang kita ni satu kehidupan yang menyeronokkan dan bukan rutin seharian. Berubah gaya dari hari ke hari, perbaharui niat dan azam dan seterusnya mencapai matlamat kita untuk membesarkan lagi maksud kehidupan kita.
No comments:
Post a Comment