Saturday, June 12, 2004

Khutbah Hidup

Percaya atau tak, mostly jemaah yang datang untuk solat Jumaat biasanya akan terlelap instead of dengar apa yang khatib dok bebelkan kat mimbar? Kenapa aku cakap khatib membebel? Sebabnya aku yakin khatib tu sebenarnya tak tahu semenda yang diorang dok cakap..or at least, diorang just macam kakak tua - ulang apa menda yang orang lain dok suruh diorang cakap. Technically speaking, khutbah diorang tiada penghayatan dan tiada keistimewaan. Yang ada, cuma nak suruh orang buat tu buat ni, guna pulak contoh misalan yang kadang tak ada kena mengena dengan topik kehidupan seharian.

Percaya atau tidak, itulah realiti yang jadi di masjid-masjid di negara kita. Siapa kita nak salahkan? Nak salahkan jemaah yang tidur keletihan lepas separuh hari kerja plus dah lepas melantak makan tengah ari, tak boleh jugak. Nak salahkan khatib sebab baca khutbah yang tak best, pun tak boleh jugak sebab diorang terikat pada teks yang disediakan oleh majlis agama daerah masing-masing.

So salahnya kat sapa?

Aku rasa, salahnya pada pihak penguasa. Pihak penguasa yang dimaksudkan ialah pihak yang mempunyai kuasa pemerintah. Sebabnya diorang yang menentukan dasar satu-satu khutbah yang bakal dibacakan dalam ruang daerah pentadbiran diorang. Bila aku ingat-ingat balik antara isi khutbah yang selalu dibacakan kat masjid kat area Tasik Tambahan tu, memang serius shit boring. Isunya tak sentuh isu semasa - amik contoh macam isu tudung kat France, isu penderaan di Iraq, isu kegagalan sistem ekonomi negara-negara di Middle East, peranan zakat dalam pembangunan ekonomi komuniti islam di M'sia. Bagi aku, tu yang lagi utama. Instead of meraban menda ape-ape ntah.

Sentuhlah isu yang releven dengan kehidupan seharian. Isu yang orang boleh relate..isu yang agak universal. Khatib kenalah jadi orang yang membaca tentang isu meluas. Tak boleh asyik dok cerita api neraka, hidup mati, tuhan marah. Orang pun rasa bosan. Kurang berhikmah cara tu.

Sentuhlah bab solat..cerita bagaimana peranan solat dalam menguatkan ukhuwwah orang Islam. Tak pun, ceritalah pasal kepentingan zakat. Cerita macam mana zakat ni sebenarnya boleh improve ekonomi dan sosial masyarakat Muslim. Kadang-kadang selitkan pulak kisah-kisah yang jadi pada zaman nabi, atau pun amik saje contoh yang pernah jadi dalam komuniti sekitar kawasan kat situ. Yang berkaitan dengan zakat la kan. Jangan meraban ke tempat lain.

Tu pandangan aku lah.

Khutbah orang kat sini, biasanyer either relate pada isu sehari-hari atau pun pada isu-isu antarabangsa. Isu yang menyentuh tentang our muslim brothers and sisters in oversea. Takde ler asyik dok citer menda sama...at least something refreshing..kemudian khatib pulak asyik bertukar. Setiap orang lain cara penyampaiannya, jadi tak ada lak rigid. Jadi seronok kita nak mendengarnya.

Err..rasanyer..udah udah ler aku membebel ni kan?

No comments: