Tuesday, December 02, 2008

Dah lama agaknya aku tak menulis terus dari hati. Aku rasa mungkin aku sekarang ni lebih suka menyembunyikan perasaan aku daripada berlaku jujur dengannya. Berbanding dengan entry-entry aku yang lepas, memang nyata sangat aku dah jadi hati kering. Betul ke hati kering? Ke simpan kemas-kemas apa yang hati rasa?

Wallahu’alam.

Soalan yang sama lagi aku dapat daripada client aku semalam.

“You tak ada girlfriend lagi? Umur you dah berapa ya?”.

Kalau client lelaki tanya, aku boleh jawab dengan nada bergurau sebab memang aku kena kutuk kaw-kaw punya dengan married client ni. Kalau client perempuan tanya, aku buat muka straight face ajer. “Memang takde, nak wat camner. Saya busy sangat kerja kot”. Pastu aku wat senyum kambing. Selalunya soalan tu mati kat situ saja.

Tapi semalam client aku sambung lagi bercerita pasal chemistry antara lelaki dan perempuan. Mungkin dia lebih berpengalaman sebab dia dah kahwin, lepas tu cerai. Besarkan anak tiga orang by herself. Dia lebih kurang baya mak aku. Mungkin sebab tu aku hormat pada dia and just layan ajer perbualan tu.

Aku bagitau kat dia yang aku buat masa ni dikejutkan dengan banyak berita perceraian. Then aku bertanya, apakah orang kahwin hanya untuk bercerai? Dia kata banyak benda boleh jadi sekarang ni. Antara faktor utama ialah sebab ekonomi keluarga. Suami dan isteri bekerja kuat untuk tingkatkan pendapatan keluarga. Dalam keadaan tu, mereka terdedah kepada bermacam-macam dugaan baik dari segi pergaulan sosial atau pun pekerjaan. Masing-masing stress. Tambah lagi bila kurangnya pegangan atau pun amalan agama, jadilah benda-benda yang tak elok. Asalnya benda simple tapi bila dah terlajak, tak boleh nak gostan semula. Tu yang jadi kes cerai sana sini. Tak kiralah untuk lelaki dan pompuan.

Apakah aku sebenarnya takut untuk hal ni? Yelah, aku bukannya baru lagi dalam hal bercinta. Cinta, putus cinta. Cinta, putus cinta. Suka, tapi kena reject. Sakitnya sedikit sebanyak terkesan kat hati. Dulu papa ada pesan pada aku, kalau boleh kita berkahwin ni biarlah kekal sampai ke akhir hayat. Itu ajer la pesan ayah aku dalam soal perhubungan ni. Memang tak pernah lah dia cakap-cakap macam tu dengan aku sepanjang 28 tahun aku jadi anak dia ni. Memang tak pernah sekali habuk aku cakap kat dia pasal sape yang aku suka, sape yang aku minat kecuali sekali saja dulu. Itu pun memang sampai berpintal-pintal tali perut aku nak bagitau kat dia. Tapi hubungan tu tak jadi, so sampai sekarang aku jadi segan sendiri nak cakap kat dia. Samalah dengan mak aku. Tak pernah ajar aku cakap bab-bab gini.

Aku percaya dalam kegagalan dalam perhubungan bukanlah jatuhnya pada satu pihak. Kedua-dua pihak bertanggungjawab sebab it takes two to tango. Baik lelaki mahu pun perempuan kena cermind diri sendiri. Dalam hal aku sendiri pun, aku lebih banyak salahkan diri sendiri. Mungkin cara aku approach tak kena, mungkin mindset aku tak betul, mungkin apa yang aku sebutkan depan dia tak berapa nak kena. Bila kenang-kenang semula perhubungan yang lepas, aku Cuma suka ingat yang manis-manis saja. Yang boleh buat aku tersenyum dan ketawa. Taknak la aku ingat bab-bab yang buat mood aku down. Yang penting, aku doakan orang-orang yang pernah aku sentuh hatinya atau yang hati aku disentuh olehnya bahagia dalam hidup masing-masing.

Fokus aku sekarang ialah pada bina kareer dan relationship aku. Aku still ingatkan diri sendiri pasal target aku untuk jadi jutawan by umur 35. and aku jugak still ingatkan diri sendiri pasal bila aku nak settle down. Ya, memang aku nak settle down. I put the date in year 2010. Yep, masa tu aku dah umur 30. mungkin masa tu aku dah jadi lelaki yang cukup matang untuk jaga hati perempuan, belajar untuk handle diri perempuan and jugak share sama-sama dengan dia pasal adventure hidup berumahtangga.

Kiranya aku ada tempoh dalam setahun lebih dari sekarang. Mana mungkin nak kahwin dalam masa setahun tapi tak ada calon? Takpe, I believe in law of attraction. If the mind keep focused on task in hand, the things will come easily and effortlessly. Sama macam berdoa, kalau doa hari-hari dan usaha hari-hari, hasil doa tu akan datang tanpa kita sedari.

Doa tu penting sebab ia jadi dorongan dalam subconcious. Doa untuk jadi orang yang kaya tapi bertanggungjawab, doa untuk jadi suami yang bertanggungjawab pada isteri dan anak-anak, doa untuk jadi anak yang menyenangkan ibu ayah. Mudah-mudahan doa-doa aku termakbul. Mudah-mudahan kerja amal kebajikan yang aku buat jadi wasilah untuk aku capai hasrat di hati. Ameen.

No comments: