Friday, December 05, 2008

Bisnes ooo Bisnes...

Photobucket

Aku berhajat nak mulakan perniagaan dalam pertanian. Aku dah jumpa dengan beberapa kawan yang mungkin berminat untuk berkongsi modal untuk tujuan ini. Ada juga kawan aku bertanya, kenapa aku pilih budak-budak Alam Shah saja. Jawapannya senang saja. Aku percaya pada kawan-kawan Alam Shah aku. Ada yang nerd, ada yang cam setan, ada yang biasa-biasa. Aku kenal diorang dah berbelas tahun. Aku dulu kena ragging sama-sama dengan diorang masa di sekolah dulu. Kalau bergaduh bergasak sekali pun, kita buat sama-sama saja. Kalau tak puas hati pun, kita settle behind the closed door. Pusing-pusing pun memang jumpa sama-sama diorang juga. Senang cerita.

Kursus cili fertigasi tu akan dibuat pada hari Ahad minggu depan. Aku sendiri dah jumpa dengan consultant yang bakal ajar kitorang. Fee kursus tu hanya RM 100/pax je, tu yang aku pikir, bila lagi kan? Kurang-kurang aku dapat ilmu.

Business model is very simple. Lima orang investors akan jadi shareholder and directors. Tapi kena lantik sorang Managing Director untuk kawalselia operasi. Cara compensation akan difikirkan kemudian. We aim for 5 years plan. 2 tahun pertama kita akan fokus hanya pada cili fertigasi. 3 tahun kemudian kita akan venture into different sector in agriculture. Kita akan monitor economy of this business. Modal yang dikumpul bersama mungkin dijadikan hanya sebagai cash reserve tapi capital expenses akan dibiayai oleh loan bank. Maka sales pun kena tally untuk bayar loan. Jadi aku kena calculate balik berapa capital expenses yang diperlukan setiap tahun.

Photobucket

Aku dah bincang juga dengan consultant tu pasal macam mana nak buat marketing and sales untuk cili ni pasal barangan pertanian is perishable. Tak boleh simpan stok lama pasal kualiti akan turun. Jadi harga akan turun juga. So ni akan affect kitorang financially. Dia kata demand dalam KL dan Selangor untuk cili sebenarnya tak mampu nak dipenuhi pasal banyak sangat. Dia sendiri akan bantu kami dalam hal marketing ni. Bagus juga. Itu sebenarnya yang kitorang nak.

Aku fikir kalau projek cili fertigasi ni berjaya dan dalam tempoh dua tahun kami mampu untuk mengukuhkan kewangan syarikat, kami akan laburkan pada projek pertanian lain pulak. Aku aim dalam tempoh 2 tahun, syarikat akan kumpulkan duit sebanyak RM 100,000. And kalau nak dapat banyak tu, makna kata kami kena tingkatkan bilangan anak-anak pokok. Kalau seribu batang pokok boleh hasilkan secara idealnya sebanyak RM 10,000, then kitorang mungkin kena tambah lagi sepuluh kali ganda. Tengoklah macam mana. Aku tak boleh decide sorang-sorang. Menda ni kami buat secara kolektif. Jadi kena ikut vote la jugak.

Acap ada kate pasal economy of scale. Walau pun aku tak berapa paham sebenar-benanrya tapi aku rasa aku boleh paham apa maksudnya dengan phrase tu. Kalau ada sapa-sapa kat sini yang boleh explain apa menda economy of scale secara teori dan praktikalnya, bagitau ajer la. Aku memang minat sangat nak tahu menda alah tu. Aku terfikir untuk kembangkan kepada pertanian pisang untuk export. Client aku sorang ada buat kebun pisang kecil-kecilan yang memang menjadi. Mungkin dia boleh guide kami pasal macam mana nak buat bisnes pisang pulak.

Tapi terang-terang sebenarnya aku dah bagitau kat kawan-kawan aku, menda ni anggap ajer la percubaan pertama kita sama-sama dalam bisnes. Modal yang dikeluarkan kira anggap hangus. Ini long term project. Kalau menjadi sungguh, semua orang akan dapat hasilnya. Kalau tak menjadi, kita belajar dari kesilapan.

Photobucket

Banyak sebenarnya boleh dibuat dalam bidang pertanian komersil. Aku lebih suka aim pada direct to customer punya sales, tapi kalau dapat tangkap account dengan Giant ke, TESCO ke, lagi bagus kan? Ada steady income walau pun mungkin tak tinggi mana harga yang diorang nak bayar pada kitorang.

Mana tahu kalau diusahakan betul-betul, mungkin cita-cita aku nak jadi millionaire pada umur 35 tahun tu on track? Kalau kita tak cuba, kita tak tahu. Kata James Sun, the finalist for the Apprentice season 6, we live only once, take the risk and live the life. Yup, aku hidup sekali. Kalau boleh, before aku mati, biarlah aku jadi somebody. Kalau tak untuk komuniti di sekeliling aku, kurang-kurang untuk diri sendiri and family.

No comments: