Lama aku tak bertemu dengan bekas Ketua UBM RPI. Kira-kira balik ada la sejak dari Januari ari tu. Masa nak balik ke M'sia, kami sama-sama naik satu flight. Kebetulan pulak, duduk sebelah menyebelah. Memang kebetulan sangat. Seorang di New York, seorang di Pennsylvania. Alih-alih berjumpa di MH94, flight from Newark to Kuala Lumpur. Alhamdulillah. Tapi lepas tu senyap ajer.
Lagi sorang, brother from Troy. The same place as Ketua UBM RPI. Hehehehe..hensem brader ni. Kalau nak dikirakan, lagi lama aku tak jumpa dia sebenarnya. Sejak dari tahun lepas kot.
So anyway, kami berjanji jumpa di Masjid As Syakirin untuk iftar sama-sama dan juga catch up latest news about each other. Memang rasa seronok toksah katalah. Masyuk gitu! Janji jumpa di Dome, tapi tak berjumpa jugak di situ. Si bekas ketua UBM ingat Dome tu...Dome masjid As Syakirin. Ya Allah, first time aku dengar orang kata camtu. By right, Dome kat dalam KLCC, bukan masjidnya. Siap dia bagi clue lagi kat mana lokasi dia. "Depan fountain mengadap kiblat". Terkial-kial aku mencari mamat ni sama member aku lagi sorang. Hampeh!
Hmm...Dome masjid? Ishh ishh ishhhh...
But well..alhamdulillah dapat jumpa sama-sama lagi. Seronok bercerita. Masing-masing rindukan suasana berbuka puasa di masjid di tempat masing-masing. Aku rindukan suasana iftar di State College Islamic Center. Diorang rindukan berbuka puasa di Masjid Hidayah, Troy New York. Memang, suasana lain sangat-sangat. Tak kira Arab, orang putih, melayu, semua campur-campur. Sembang-sembang. One thing, jemaah di masjid kami di US dulu sangat peramah, suasana ukhuwwah sangat terasa. Di sini, masing-masing buat hal sendiri. Fokus pada makanan. Maybe takut makanan tu lari kot.
Tak cukup bersembang waktu nak berbuka puasa..kami sambung di Restoran Nasi Kandar Pelita. Serius aku cakap, nak habis suara aku sembang dengan diorang ni. Terlalu banyak cerita yang nak diceritakan. Maklumlah, lama tak berjumpa. Lepas rindu habis-habisan. Heheheh..mengalahkan orang berkasih pulak. Well, aku terus terang cakap..aku sayang semua kawan aku.
Anyway..cukup cerita pasal berjumpa kawan-kawan lama. Now dah masuk 10 hari terakhir Ramadhan. Aku banyakkan solat malam. Serius cakap, aku tak solat terawikh pun. No harm done, cuma rugi saja. Sejak bermula 10 hari terakhir ni, aku tak tinggalkan lagi solat malam. Mengantuk macam mana pun, aku paksa diri bangun. Solat sunat tahajjud, solat sunat taubat, solat sunat hajat dan solat sunat istikharah. Sunat tasbih ajer tak buat. Last time aku buat solat sunat tasbih masa aku kat Alam Shah. Yang itu, memang seriously penat giler kalau buat. Sah-sah aku tumbang tersungkur cium sejadah!
Sempena almost nak raya ni..aku nak ucapkan selamat hari raya. Aku akan pulang ke Kuala Krai, Kelantan pada hari Isnin ni. Maybe gilir-gilir driving dengan ayah aku. 4 hari kemudian baru balik semula ke Kuala Lumpur. Pada sesiapa yang nak datang ziarah rumah aku, please by all means, dialu-alukan. Duit raya, minta maaf..saya tak sediakan. Tak mampu this year. Setakat nak berbual, bertanya khabar, beramah mesra...sangat-sangat dialu-alukan kat rumah aku.
Mohon maaf andai terkasar bahasa, terkurang ajar, terguris perasaan. Aku manusia biasa. Harap-harap dosa-dosa aku dengan korang diampunkan. Ini Hari Raya Aidilfitri yang pertama aku sejak balik dari US. Tak tahu nak expect apa. Raya pun sebenarnya dah tak terasa apa. Hari Raya, bagi aku, cuma untuk budak-budak. Untuk abang-abang budak, atau pun bapak-bapak budak...hanyalah satu lagi cuti dalam kalendar tahunan. Betul tak?
Okay, cukup merapu di sini. Kena stop untuk qiyamullail. Take care everyone. Sesiapa memandu di hari raya, berhati-hati di jalan raya. Sesiapa yang tumpang bas, keretapi atau pun kapal terbang, make sure bagitau pemandu kenderaan supaya berhati-hati di dalam perjalanan.
EID MUBARAK!!! EID MUBARAK!! EID KAREEM!!
No comments:
Post a Comment