Tuesday, October 25, 2005

Hilang Fokus

Image hosted by Photobucket.com

Dalam hiba, kulihat kejora bersinar
Kucuba berpaling tak terdaya
Cahayanya terangi segala...
Bukan pula niatku membalas derita
Namun kuterpaksa meleraikan
Keperitan yang tak terhingga - Bukan Niat Membalas Derita, Slam


Dah masuk berapa minggu dah ni, otak aku tak keruan sangat. First of all, waktu tidur aku dah messed up giler. Second of all, I don't have any focus at all. Semuanya dragging ajer. Patutnya dalam bulan Ramadhan la kita punya conscience boleh jadi lagi clear. Tapi bagi aku, makin parah pulak.

So dalam 10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan ni, aku berazam nak buat qiyamullail. Semalam dah start buat. Solat tahajjud, sunat taubat, solat hajat...sampai sunat istikharah pun aku buat juga. Hmm..istikharah tu untuk benda lain. Tapi sekurang-kurangya, nak leraikan apa yang terbuku dalam hati. Masa berdoa pun, memang tak selindung-selindung. Buat apa nak selindung..kita terus terang ajer. Tuhan pun tahu apa ada dalam hati kita ni.

Manusia memang macam tu. Bila susah, bila terdesak, bila kalut..baru cari tuhan. Aku mengaku, aku pun macam tu juga. Waktu senang jarang nak beringat. Kalau nak dikira, sebenarnya sekarang ni waktu senang la juga sebab aku belom dekat nak mati. But who knows, tengah naik motor tiba-tiba boleh kena langgar dengan lori ke. Nauzubillah. Tak sempat aku nak bagitau kat orang-orang yang aku sayang yang aku sayang diorang (nak bagitau sebenarnya, tapi segan!!).

Image hosted by Photobucket.com

Kalau nak dikirakan sebenarnya..waktu aku di US dulu..lagi senang nak dapat peringatan. Maksud aku, hidup aku sentiasa terdedah dengan seruan tuhan. Waktu cuti saja, kita ramai-ramai pergi program agama. Waktu cuti saja, kita ramai-ramai pergi program ziarah. Asal jumpa ajer kawan-kawan satu geng, masing-masing bicara agama. Social circle aku masa di sana dulu, boleh kata dalam 70% tu semuanya orang-orang dakwah la. Yang lain-lain tu semuanya biasa-biasa ajer. Aku campur semua.

Tapi bila balik M'sia..pepaham sendiri lah. Masing-masing bawak diri masing-masing. Buat aktiviti masing-masing. Hanyut, tenggelam, kira standard la tu. Bak kata Ustaz Idris Ahmad, timbalan Ketua Pemuda PAS pada aku dulu, kita larut dalam perjuangan. Hmmm..nak sebut perjuangan, berat sangat perkataan tu. Larut dalam kehidupan, mungkin betul lah kot. Hmm..lama tak jumpa sahabat lama, Ustaz Idris Ahmad tu. Hehehe kalau jumpa dia, mungkin boleh mintak tolong sikit kot. Usha-usha member-member NISA ke kan? Hahahahahaha...aisey mennn!!!

Aku percaya in three things. Book which I read, training/seminar that I attend and people that I mingle with. All of these can influence of who I will become and who I am now.

Hmmm...it must be more than this!!! My life should be more than this! OH GOD, I need something to focus on! Arghhhh!!

By the way, sebelum aku tidur malam ni. Aku kena maafkan seseorang. I must be sincere with myself to apologize this person. Selagi aku tak maafkan dia, selagi tu aku simpan rasa dalam hati and selagi tu aku akan rasa tak tenang.

Rintihan - Hijjaz
Biar berlinangan airmata
Ku takkan hentikannya
Biarkan ia menyembuh luka
Hilanglah rasa duka

Tidak ku termampu merentasi liku-liku
Oh tidak ku mampu menghadapi semua itu
Oh sungguh ku tak upaya
Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan
Bisa meleraikan iman
Kan hancur semuanya
Walau menitis airmata darah
Tak bisa merubah segalanya
Melainkan taubat nasuha
Moga kan diterima
Namun ku percaya
Masih ada kesudahannya
Kerana allah itu
Maha kaya maha mendengar
Rintihan hamba-hambanya
Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya
Pasti akan ada
Jalan keluarnya
Rezeki yang tidak disangka-sangka
Cukup allah baginya
Berkuasa segala-galanya
Terima seadanya


Image hosted by Photobucket.com

Gambar di atas memang diletakkan sekadar hiasan. Tak ada kena mengena dengan topik yang ditulis. Royalti akan dibayar pada tuan punya gambar bila masanya sampai!

No comments: