Thursday, September 09, 2004

Ehem..ehem..Aku Rindukan Dia



Rasa kagum aku pada ayah aku sebenarnya tak bertepi. Walau pun kadang-kadang telinga sebal juga kena bebel dengan dia, tapi tak pernah sekali pun aku dipukul. Along, Angah and Farah semua dah merasa penangan angin papa time dia tengah marah. Tapi aku tak. Paling teruk pun aku kena ikat di kerusi rotan waktu kami tinggal di berek polis di Kota Bharu, Kelantan. Itu pun sebab aku ikut nafsu budak-budak aku, berjalan merata-rata sampai santak maghrib. Itu pun meronta-ronta aku nak lepaskan diri dari ikatan kain perca yang papa ikat tangan dan kaki aku di kerusi. Serius shit tak boleh lupa part tu.

Sebenarnya, kadang-kadang hati kita ni rasa malu untuk mengaku yang kita rindu pada ibu ayah, sebenarnya waktu itulah rasa rindu yang teramat sangat datang berlabuh di hati. Bukannya tanda tak sayang pada ibu ayah, tapi biasalah, ego manusia ni melangit tinggi.

Walaupun mulut kita sibuk cakap kita hormatkan tokoh itu tokoh ini, jauh di sudut hati kita mesti kita kata, ayah kitalah tokoh sebenar yang kita sangat-sangat hormati. Aku pun begitu juga. Jauh kat sudut hati aku, aku sangat-sangat hormatkan ayah aku. Jarang sekali aku lawan cakap dia. Marah macam mana pun aku dengan dia, merajuk macam mana pun aku dengan dia, tak ke mana. Pernahlah juga aku tak bercakap dengan dia tanda protes tapi tak tahan lama. Mungkin aku rasa aku terlalu kagum pada dia.

Jarang sangat aku dengar dia berleter pada anak-anak. Lagi dia marah kat mak aku sebab mak aku berleter ada lah. Dia kata kat mak aku, "Ani cakap elok-elok dengan anak, baru anak dengar". Hmmmm...

Ada a few moments yang aku tak sangka dia akan bersikap cool giler. Contohnya, masa dia dapat berita yang aku dipanggil balik sebab aku dikatakan involved dengan aktiviti pembangkang. Tenang gila bunyi dia kat telefon. Lagi satu, waktu aku bagitau kat dia, aku extend study kat sini sampai Disember, pun dia okay ajer. Aku yang gelabah tapi dia relaks ajer. Dia kata, banyakkan bersabar dan jangan lupa berdoa selalu pada Tuhan.

Cuma ada sekali tu, waktu aku accident kereta in 2002. Aku call ayah aku nak bagitau yang aku baru lepas accident. Suara dia relaks ajer..tak tanya pun pasal aku, instead tanya pasal si Leman ngan Faiz. Ishhh..bengkek jugak aku. Mestilah jeles, bapak sendiri kan! Rasa macam ayah aku sayang anak orang lain lebih dari anak sendiri. Hahahahaha...Lepas tu, amik ko...3 bulan aku tak telepon M'sia..sampai ayah aku telefon aku kat US, baru aku rajin semula telefon ke rumah. Hehehehee..

Kadang-kadang seronok tengok ayah aku layan budak-budak. Dia pandai layan budak-budak. Dia pun suka kat budak-budak. Aku rasa, perangai dia ada jatuh sikit kat aku sebab aku pun suka budak-budak. Cepat sayang kat budak.

Hmm..apasal aku tulis pasal ayah aku ni? Ishh..

No comments: