Sunday, September 12, 2004

Harapan & Motivasi



Dua malam berturut-turut aku call rumah. Satu rumah aku. Satu lagi rumah mama. Aku seronok dapat dengar suara kedua-dua mak aku. Mummy. Mama. Satu ibu kandung, satu lagi 'surrogate mother' kat sekolah menengah aku.

Sembang dengan mummy, aku mampu gelak-gelak. Well, mampu lah gelak-gelak sebab aku dengar mummy bercerita pasal trip dia ke Langkawi dengan papa. Wahhh...umur dah 50 lebih but honeymoon lagi! Oh well, rezeki mummy. Along ngan Angah bagi duit kat mummy suruh mummy cuti. Seronok laa mummy dengan papa bercuti berdua kat Langkawi sana. Memang dah lama mummy hajat nak ke Langkawi. Aku pun memang simpan niat nak bawak mummy ke sana bila aku dah balik dari US ni. Sebab tu tengah kerja kuat simpan duit untuk belanja mummy ke sana. Tahu-tahu, dia dah sampai sana dulu.



Aku tanya juga kalau-kalau mummy ada amik gambar waktu di Langkawi. Mummy kata dia beli digital kamera cap Olympus waktu kat sana. Tapi yang kelakarnya, papa tak gheti la pulak operate menatang tu. Katanya, cepat sangat orang kat kedai tu tunjuk demo. Lawak betul lah. Kalau papa pun dah kantoi takleh nak handle menatang tu, mummy apatah lagi. Tambah lagi bercerita pasal Along, pasal Angah. Aku cerita kat mummy apa yang aku sembangkan dengan Angah minggu lepas dalam telefon. Pasal Angah teringin nak beli kereta, pasal dia dah ada cukup duit nak beli kereta. Tapi Angah kata, kalau dia beli kereta, tak dapatlah dia kahwin next year. Angah kata lagi, duit dia dalam bank cukuplah untuk beli kereta Proton Wira first hand. Mummy pun sibuk tanya, banyak sangat ke duit Angah tu? Aku gelak aje.

Ah, tak kira lah banyak duit ke idak. Yang penting, hati senang. Angah tu tengah senang hati, selagi dia dapat makan, cukup ler. Aku tengok Angah cukup simple, duit gaji dia tak ke mana. Asyik ke perut. Dia tak memilih sangat bab pakaian. Duit dia juga guna untuk bayar minyak motor, duit makan. Itu ajer. Bulan-bulan bagi duit kat mummy. Okaylah, plus duit nak keluar dengan tunang dia. Orait sangat la tu.

Habis aku cakap dengan mummy, memang hati rasa puas. Puas sangat. Aku sempat cakap pada mummy, "Mummy doakanlah Ayed habis belajar kat sini. Penat sangat dah belajar Chemical Engineering ni. Bendanya bukan senang, susah. Kirim salam pada semua".

Sembang Mama



Mama, serupa mumy aku juga. Aku puas dapat dengar suara dia kat telefon. Walaupun aku banyak juga mati akal bersembang dengan dia tapi aku tetap juga teruskan perbualan. Aku bagitau kat mama, yang papa akan pencen tak lama lagi dalam bulan 11. Mama tanya, papa tak mahu ke pergi commencement aku bulan 12 nanti. Aku cakap, mana lah nak dapat pergi. Bukannya ada duit. Mama kata, aku lah yang patut bayarkan. Ishh..berapa sangat duit scholar aku nak bayarkan tiket flight papa dengan mummy sekali. Aku mengeluh.

Lepas tu mama tanya, kalau mama nak datang commencement aku, sempat ke? Perghhh..aku terus semangat siot dengar mama cakap macam tu. Mama nak datang commencement aku? Mama kata setakat flight gi US tu, dia memang takde masalah pun. Iyelah, gaji mama besar. Dua kali ganda dari gaji papa aku. Belum masuk gaji baba, husband dia. Mama kata kalau dia nak ke sini seorang, boleh sangat. Kembang ajer hati aku dengar mama cakap macam tu.

Kali terakhir seingat aku lah, mama pernah datang ke persembahan orkestra SAS di UPM. Malam tu aku jadi konduktor jemputan. Aku ingat kenangan malam tu sebab mama datang tengok aku perform as conductor. Nothing more important to me on that night other than her presence.

Mama suruh aku call semula dalam bulan November untuk confirmkan dengan dia balik pasal hal commencement. Dia kena check dulu dengan Kementerian Pendidikan pasal mama jadi ketua pemeriksa paper English SPM. Dah bertahun-tahun dah mama jadi ketua pemeriksan paper SPM tu. Mama kata, kalau tak ada aral, insya Allah dia nak ke mari tengok aku graduate. Memang kembang sungguhlah hati aku. Tak kisahlah kalau jadi ke idak mama datang ke mari, janji aku tahu mama memang ada niat untuk datang tengok 'anak' dia graduate dari college. Itu pun dah cukup bagi aku. Seronok tak terkata. Kalau papa dan mummy tak dapat datang ke sini, kehadiran mama pun dah cukup untuk aku. Bagi aku, mama pun macam mak kandung aku jugak. Aku sayang kat dia, aku rindu kat dia, sama macam aku sayang and rindu kat mummy.

Bila aku dengar apa yang mummy cerita, aku dengar apa yang mama bagitau aku pasal intention dia nak ke mari, semuanya buat aku tambah semangat untuk tamatkan pengajian aku. Doesn't matter how long it will take, I will finish it. Aku selalu ingatkan aku, sekali aku jatuh, tak selama-lamanya aku jatuh. I will bounce back. And after listening to all these great stories, good news, I will bounce higher this time.

Aku akan pastikan, beberapa bulan yang tinggal ni akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk pengajian aku and pengalaman aku merantau di tempat orang. Yang aku tahu, penghujung bulan 12 nanti aku akan bungkus semua pengalaman aku, bungkus semua kenangan aku and simpan untuk diceritakan di kemudian hari. Ada yang manis, ada yang pahit, ada yang kelat-kelat, but to me, it's all been good.

Itulah, harapan dan motivasi aku untuk sekarang.

No comments: