Tuesday, April 06, 2004

Semalam sebelum aku terlena (lepas subuh ler kan..), aku teringin nak menulis pasal aku. Pasal aku sendiri. Aku nak assess balik segala-galanya dari saat aku lahir sampai sekarang ni..sampai aku tercongok depan PC kat computer lab ni. Entah, tetiba jek datang niat gitu. Dah gatal sangat tangan nak menaip kot. Maybe aku tulis secara bersiri kot...well..biar aku namakan siri jalan hidup ni as Jalan Sepi.

Jalan Sepi I: Anak Merdeka

Mak aku keturunan Jawa seberang sebab Bak (atuk aku belah mummy) asalnya dari Banjar, Indonesia. Aku tak berapa jelas pasal keturunan mummy sebab aku jarang bertanya pada mummy. Papa pulak asal keturunan Bugis. Kata papa, keturunan Bugis papa ni asalnya dari istana tapi moyang kami lari dari Istana sebab tak mahu hidup terkongkong. Dia lari ke area Sawah Sempadan dan buang nama gelaran Bugisnya dan hidup seperti orang kebanyakan. Menurut kata Ucu, aku generasi ke 6 dari susur galur Raja Ali Haji, penulis hikayat termasyhur Tuhfat Al Nafis yang bersatu dengan susur galur keturunan kesultanan Selangor, bermula dengan Raja Lumu aka Sultan Ibrahim, sultan pertama Selangor. Ucu tahu ni pun sebab dia buat kajian salasilah keluarga waktu dia dalam Tingkatan Enam. Katanya peta salahsilah keluarga yang bertulis atas kulit masih lagi tersimpan pada keluarga Tok Ngah. Kalau aku perhatikan, memang adalah sket-sket perangai orang Bugis ada pada family aku, terutama pada papa dan pak long. Dua-dua jiwa perantau..suka merantau keluar dari kampung. Papa jadi polis dan keluar dari Tanjung Karang, Pak Long pulak jadi anggota Tentera Laut dan pusing satu dunia. Papa ada sikap barannya, sama juga dengan aku dan Angah tapi baran kami terkawal. Tak macam Sultan Johor, baran tak gheti nak jaga. Buat malu kami keturunan Bugis ajer.

Aku dilahirkan di kuarter polis di Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu Kelantan. Saat kelahiran aku tu kebetulan sama dengan tarikh negara kita sambut kemerdekaan, tanggal 31 Ogos. Jadi lahirlah anak ketiga dalam keluarga En. Mohd Nor dan Puan Rohani. Waktu itu papa masih lagi bertugas di Kota Bharu dan berpangkat Koperal barangkali. Tak banyak sangat yang aku ingat waktu tu. Maklumlah, aku masih lagi seorang bayi.

Menurut kata mummy, dia teringin sangat nak anak perempuan. Tapi yang keluar, aku lah jugak - seorang anak lelaki. Ini menjadikan aku anak lelaki ketiga dalam keluarga selepas Along dan Angah. Tak ada apa yang menarik yang aku ingat tentang Along dan Angah ketika itu. Aku membesar seperti biasa seperti kanak-kanak yang lain. Bermula dengan mengesot dan merangkak dan seterusnya bertatih, berjalan dan berlari..aku membesar ibarat kanak-kanak riang ria Ribena. Pernah satu ketika papa mengikat tangan dan kaki aku pada kerusi panjang rotan di ruang tamu sebab aku rajin benar bermain di luar waktu tengah hari boleng. Meronta-ronta aku cuba meloloskan diri dari ikatan kejap papa tu.

Seingat aku, ada anak jiran di sebelah rumah aku ketika itu rajin benar melayan kami adik beradik. Anak-anak daranya berdua memang suka benar menjaga kami bertiga. Tapi aku rasa kakak-kakak tu lebih suka jaga Angah kot sebab rupa Angah macam anak apek. Matanya sepet, rambutnya lurus panjang, kulitnya cerah. Aku pulak agak gelap, montel-montel. Tapi tak apa, mummy selalu menjaga aku sebab aku anak bongsu waktu tu. So, tak kisah pun.

Waktu banjir di Kota Bharu memang jadi favourite kami ketika itu. Sebabnya papa akan bawa kami adik beradik bermain air. Papa akan dukung aku dan pimpin Along dan Angah meredah air banjir. Kadang-kadang kami akan bawa permainan kapal perang yang papa belikan untuk kami. Tak pun, Along akan buat sampan kertas. Zaman kecil kami sangat berwarna-warni. Penuh dengan gelak ketawa.

Along, Angah & Aku
Along sejak dari kecil lagi dah tunjukkan kepintaran dia. Mummy kata Along ketika itu baru berumur 5 tahun. Dia selalu termenung di dapur rumah sambil mengintai budak-budak baru balik dari tadika. Pernah dia menangis-menangis minta dari mummy untuk disekolahkan di tadika sana tapi sayangnya mummy tak benarkan. Hmmm... orang lain tak mahu ke sekolah, dia pulak buang tebiat nak ke tadika. Cikgu tadika di situ tak benarkan Along menyertai tadika di situ hingga dia berumur 6 tahun. Barulah dapat Along masuk ke tadika.

Mengikut kata papa, Angah pula agak slow dari segi belajar. Kata papa, ini ada kaitan dengan waktu kelahiran Angah dulu. Angah lemas sekejap waktu nak dikeluarkan dari rahim mummy. Doktor berpesan pada papa supaya jaga kesihatan Angah bebetul. Memang betul lepas tu, Angah selalu terkena serangan sawan sampai berbuih mulutnya terkejang. Kadang tak sangka juga bila tengok gambar Angah waktu kecik-kecik dulu, adorable giler tapi gedebe nak mampus! Sure orang ingat, ni anak apek mana la pulak sesat dalam family Encik Mat Nor.

Rasanya aku ni nakal dan boleh tahanlah tak mendengar kata waktu kecik-kecik. Mummy dah pesan banyak kali jangan main pisau tapi aku guna jugak pisau untuk bukak cikedis. Alih-alih terhiris sikit jari telunjuk kanan aku. Parutnya sampai hari ni visible. Selain tu, aku selalu ikut Along dan Angah mengaji di rumah jiran. Orang lain mengaji tapi aku pulak suka mengacau orang waktu mengaji Al Quran di sana. Ada sekali aku dihambat keluar oleh guru mengajar mengaji Quran sebab aku duduk atas rehal Quran. Tak cukup kaki aku berlari dihambatnya. Tak lama lepas itu kaki kiri aku semacam terkena penyakit lumpuh. Apa yang aku ingat, satu hari aku boleh berjalan dan berlari dan keesokannya aku terkejang di katil. Puas mummy dan papa bawa aku berubat hinggalah kami bertemu dengan makcik tukang urut ni. Dialah yang mengurutkan kaki aku sampai aku terpekik melolong tahan kesakitan diurut. Setiap malam papa akan balut kaki aku dengan daun pisang hutan yang diambilnya di tepi-tepi highway.

Pindah ke KL
Sekitar tahun 1985-86, papa diarahkan berpindah ke Kuala Lumpur kerana papa dapat naik pangkat jadi Sarjan.

Jadi bermula hidup baru kami di kota ini. Buat pertama kalinya juga aku berjumpa dengan saudara-mara yang lain. Oh, baru aku tahu rupa-rupanya aku ada saudara. Selama ini kami jauh terpencil di Kota Bharu sana. Saudara pertama sekali yang aku jumpa ialah keluarga Pak Long dan Ucu. Anak-anak Pak Long; Kak Ita, Bulat, Ana, Rafidah jadi kawan-kawan sepermainan kami tiga beradik. Pak Long kata, kami semuanya pekat bercakap loghat Kelantan. Lidah Angah lah yang paling pekat dan kental dengan loghat kelate nya.

Sayangnya aku tak pernah jumpa dengan atuk lelaki aku belah papa. Tok Mokhtar meninggal dalam tahun 1984 gitu. Ucu pernah kata, Tok Mokhtar meninggal sebab kena santau. Ada orang dengki pada atuk sebab atuk pegang jawatan tinggi dalam syarikat. Ucu kata lagi, kalau nak tengok rupa atuk, tengoklah papa. Papa banyak warisi rupa Tok Mokhtar, baik dari segi ketinggian, raut muka, perangai dan budi pekerti berbanding adik-beradik papa yang lain.

Keluarga kami tinggal di rumah sewa di Kampung Klang Gate, Hulu Kelang tak jauh dari rumah Pak Long di Lembah Keramat. Jiran kami waktu tu ialah Pakcik Nasir dan isterinya Makcik Zaiton. Pakcik Nasir dan Makcik Zaiton memanglah baik dengan keluarga kami. Mereka tu macam abang dan kakak bagi mummy dan papa. Papa bahasakan Pakcik Nasir as Abang Nasir dan mummy panggil Makcik Zaiton as Kak Ton (bukan kartun ok?). Tijah, anak bongsu diorang jadi kawan baik aku. Selalulah juga kami bertekak bergaduh.

Semasa ini jugalah aku belajar naik basikal. Aku ingat lagi papa pimpin basikal aku sampai aku boleh mengayuh tanpa bantuan. Oleh kerana ada cita-cita nak jadi pelumba haram, aku pun racing lah basikal tu dengan Angah di jalan kampung. Bila nampak bumper jalan, lagi lajulah aku mengayuh basikal konon-konon nak buat stunt. Once kena bumper jalan tu, basikal aku melambung and aku jatuh tersungkur kat atas jalan tar. Basikal timpa aku...stunt ke mana aku ke mana! Lepas tu insaf tak mo jadi pelumba haram lagik dah..nak jadi menda lain pulak!

Dapat masuk tadika!!
Menjangkau umur 6 tahun, aku ditadikakan di Tadika Kemas Kampung Klang Gate. Di sana aku berjumpa dengan kawan baik aku, Azahari "Heri" Hj Shamsudin (anak pelukis terkenal Malaysia), Norhazmin "Atan" Chamali (dinobatkan pemain ragbi terbaik peringkat kebangsaan kategori belia in 1995) dan kawan perempuan sampai sekarang, Mawar "Warie" Suria Ismail (software engineer sekarang ni). Semasa di tadika juga aku bergaduh buat pertama kalinya dengan Mahmud, anak pendatang Indonesia sampai berguling-guling di padang rumput depan tadika. Nama-nama yang aku ingat sampai sekarang; Rosnita, Kamal, Lala, Mahmud, Heri, Warie. Aku cepat bosan masa belajar di tadika sebab aku senang faham apa yang cikgu ajarkan. Mungkin juga aku rajin belajar waktu di rumah.

Di rumah aku selalu dikerah untuk belajar mengenal huruf. Berlagu lagu aku nyanyi lagu ABC tu. Huruf yang paling susah aku nak sebut ialah W, sampaikan aku terketar-ketar nak sebut huruf tu everytime papa nak check hafalan huruf aku. Bukan apa, either aku kena gelak or aku kena marah, tapi dua-dua buat aku takut sebab bagi aku, papa garang waktu tu.

Papa walaupun garang...tapi seingat aku, dia tak pernah sekali pun tampar aku atau pun pukul aku. Habis kuat pun dia cuma herdik aku ajer..tapi tak pernah tengking. Eh eh..pernah sekali aku kena tengking..bukan sekali..dua kali aku kena tengking dengan papa. Sekali masa aku darjah 5 ke darjah 6, lagi sekali waktu aku di PPP, ITM. Aku merajuk dengan papa dua tiga hari tak nak cakap dengan dia. Aku akan buat tak tahu ajer...tak tegur sepatah habuk pun dengan papa. Lama-lama aku jadi elok sendiri.

Garang-garang dia pun, aku ingat lagi aku mintak nak tidor dengan papa lepas aku takut tengok drama Setinggan di TV. Drama tu citer pasal hantu di kawasan Kampung Setinggan lakonan Yusni Jaafar, Hamid Gurka, Ibrahim Pendek dan ramai lagilah.

Jalan Sepi: Bermula Alam Persekolahan di SKKG & SKTT, Hello Sekolah Rendah, Good Bye Tadika!

Lepas bersekolah di Tadika Kemas, aku disekolahkan pulak di Sekolah Kebangsaan Klang Gate. Seperti biasa, aku meneruskan 'perkawanan' aku dengan Heri dan Atan. Lost contact kejap dengan Warie. Seingat aku, aku pernah ditampar waktu aku darjah satu oleh Cikgu Norzaitah. Aku sendiri serious shit tak paham apsal cikgu tu tampar aku. Apa dia ingat aku ni punching bag dia ke? Tapi itu memang buatkan aku takkan lupa nama cikgu tu. Dan sejak dari tu memang aku sembunyikan rasa kesakitan aku dari mummy dan papa.

Masa ni jugak aku dapat adik baru, Farah Hanani, adik bongsu aku. Akhirnya hajat mummy nak dapat anak perempuan tercapai jugak. Aku dah biasa jadi anak bongsu start ler rasa jealous kat adik aku. Paling malas aku nak menghayun buaian adik aku tu untuk bagi dia tidor. Tapi aku buat jugaklah sebab nanti mummy marah aku kalau Farah tak tidor. Sakit ati tu ade la jugak sebab mak aku asyik lebihkan adik aku..mungkin sebab aku dah biasa sangat jadi anak bongsu sebelum tu.

Kena Bantai
Masa ni jugaklah aku jadi nakal. Aku curik..errrmm..tak tak..aku guna duit mak aku sebab nak beli gula-gula kat kedai Ajis depan rumah. Aku nak mintak tapi takut, sebab mummy garang and suka berleter. Nak tanggal telinga aku kena leter dengan dia nanti. Last-last..mummy dapat tahu aku amik duit dia sebab kena kantoi red handed. Apa lagik, mummy belasah aku guna tali pinggang papa depan rumah jugak. Terpekik melolong aku mintak ampun kat mak aku, janji tak nak buat lagi! Sampai sekarang aku ingat lagi mummy libas tali pinggang tu kat belakang aku and kat betis aku. Sebab tu aku janji dengan diri sendiri, one day bila aku ada anak sendiri nanti, aku tak nak dan takkan libas anak-anak aku kalau diorang buat jahat sebab aku tahu diorang akan ingat menda tu sampai mati.

Dari darjah satu sampai darjah 4 di Sek. Kebangsaan Klang Gate (SKKG) sana, aku membesar dan jadi makin bijak (konon-kononnya lah). Jarang sekali aku dapat nombor kurang dari 5 dalam kelas. Hari-hari aku pergi ke sekolah dengan berjalan kaki melalui celah-celah rumah orang, kawasan rumah orang Indonesia dan semak samun sambil pikul beg sekolah yang beratnya macam orang pikul balak atas bahu. Seingat aku lah, mummy selalu beri duit belanja 30 sen ke sekolah. Dengan 10 sen, bolehlah aku dapat beli air paip perisa sirap dan kuih seketul. Tak lama kemudian elaun ke sekolah naik 20 sen, so jadi 50 sen. Dengan 50 sen, aku dapat beli air perisa sirap atau pun sarsi dan sebiji nasi lemak besar dada budak pompuan baru nak naik (so pepaham sendiri la size nyer camner ok?).


Salah seorang kawan aku di Sek Keb Klang Gate, Mastura. Lama terpisah, dah besar-besar baru terjumpa balik di Myspace.com.

Guru mengaji aku ketika itu ialah Ustazah Wan Esah dari Terengganu, kebetulan dia juga cikgu di sekolah rendah aku. Lepas agak setahun lebih aku mengaji Quran dengan dia, dia pindah semula ke Terengganu sebab dia berkahwin dan kembali ke kampung halaman. So cikgu ngaji aku yang baru ialah jiran baru aku, Makcik Mah. Dengan Makcik Mah, aku bukan saja belajar mengaji Quran tapi aku belajar juga sedikit-sedikit ilmu solat dan bacaan-bacaan dalam solat. Paling aku tak boleh lupa masa Makcik Mah marah kat Ami (anak lelaki makcik Ton, sekarang ni dah berkahwin dan beranak 2 ke 3...dengar cerita nak kahwin isteri kedua pulak!) sebab dia tak hafal bacaan doa Qunut. Makcik Mah suruh aku ajarkan Qunut pada Ami. Hmmm.....

Pada waktu malam kami tiga beradik terpaksa mengadap boss besar dalam rumah, papa, untuk menghafal sifir. Bayangkanlah aku baru belajar di sekolah rendah dah pun diajarkan dengan sifir kira-kira. Along seperti biasa kicking ass la sebab dia dah memang otak terrer. Aku dengan Angah pulak asyik terkebil-kebil merenung siling rumah nak mengingatkan nombor-nombor. Sekali papa bentak getah paip di lantai, sekali jugaklah kami terperanjat, tapi mata still pandang ke siling mintak jawapan dari cicak-cicak kat siling tu. Bila aku ingat-ingat balik waktu tu, buat aku gelak ajer. Bodoh sangatlah rasanya aku waktu tu.

Naik darjah 5 aku berpindah ke rumah tetap di Ampang lepas beberapa tahun duduk di rumah sewa. Papa pun waktu tu dipindahkan ke Pusat Latihan Polis sebab jadi pegawai Senjata untuk PDRM. Di Ampang, aku masuk Sekolah Keb. Taman Tasik walau aku berkeras tak nak pindah sebab sayang kat kawan-kawan sekolah rendah di SKKG. Nak tak nak, terpaksalah jugak aku berpisah dengan Heri. Aku janji dengan Heri, aku takkan lupa dia punya! Even now pun dah berbelas tahun berlalu, kadang-kadang aku drive kereta ke kawasan rumah lama aku di Klang Gate sana dan singgah di rumah Heri dekat tanah wakaf perkuburan Kg Klang Gate..saja nak ingatkan kenangan manis berkawan dengan dia. Kawan sama-sama buat setan, kawan sama-sama kicking ass dalam exam sekolah rendah.

Bersunat
Masa aku bersekolah rendah jugaklah, aku disunatkan. Auwwww...sunat ek? Sakitnyer!! Takde aah..tipu ajer. Along dan Angah disunatkan di klinik. Aku sempat tanya, eh, sakit tak doktor cucuk telor ko? Masa tu aku rasa Angah nak hempuk ajer aku dengan kasut dia kot. Aku pulak disunatkan di kampung. Wohohoho..lagi horror beb. Majlis berkhatan untuk aku boleh kata dibuat macam kenduri la jugak sebab ada 3 orang sekali bersunat termasuk aku; Zamri sepupu aku, Saipul anak jiran tok sebelah dan aku. Sebab aku ni memang buas punya budak, petang sebelum bersunat tu memang aku bantai main puas-puas lah takut lepas tu takleh main lagi.

On the day hari aku bersunat tu...aku tengok ramai orang pakai songkok. Aku bertiga kena kurung dalam bilik. Bulat and Angah jaga kat luar tingkap rumah atuk. Takut-takut either one of us akan cuba melompat keluar lari dari rumah atuk, takut kena sunat punya pasal. Orang perempuan semuanya kena kuarantin di dapur sebab katanya dah jadi pantang larang orang perempuan tak boleh tengok orang laki bersunat. Ye aa..mane aci kan..orang perempuan bersunat kitorang tak tengok pun..time kitorang nak sunat, korang pulak sibuk nak tengok!!!

Aturan bersunat ikut umur, Saipul pergi dulu sebab dia lagi tua dari kitorang, lepas tu aku and akhirnya Zamri. Aku mengintai dari balik pintu bilik, tengok ramai orang pegang Saipul. Tetiba bunyi orang bising waktu tok mudim dah berlutut depan Saipul. Rupa-rupanya tengah bersunat tu, Saipul pengsan sebab nervous sangat kot. Kecoh kejap laa ruang tamu rumah Atuk. Aku pulak dah pergi kat tingkap dah tapi nampak si Bulat and Angah tersengih sambil gelak-gelak tunggu kat luar tu, kensel la mau lari! Hahahahaha...So bila turn aku, punyalah mulut aku kumat kamit baca segala surah yang aku hapal (err..mainly al fatihah ajer). Pak Long dan papa gelak kat aku sebab tengok aku kumat kamit baca doa. Aku nampak pisau yang tok mudim tu guna, berkilat giler! Lemah lutut aku tengok bila dia dok asah pisau tu depan aku. Papa kata, tahanlah, sakit sikit ajer macam kena gigit semut. Aiyoohhh..gigit semut ke? Tok Mudim bacakan selawat nabi dan doa, papa letakkan asam limau kat hidung aku kasi aku khayal sket...kemudian aku dengar macam bunyi kulit tersayat. Tapi tak rasa sakit. The last thing yang aku ingat, aku nampak darah banyak tumpah. Pak Long kata, ituler padahnya main kuat sangat hari sebelum aku bersunat. Hehehehe..mane saya tau Pak Long!!! Papa dukung aku and baringkan aku kat tengah ruang tamu dengan kain sarung terangkat. Hehehehe..yahhh..AKU SUDAH JADI ANAK JANTAN!!! Now bila dah besar aku baru tahu Surah Al Fatihah tu ibu segala penawar..padanlah waktu aku baca tak henti-henti time kena sunat, aku tak rasa sakit sangat. Kebah dari bersunat pun cepat. 4 hari lepas tu aku dah boleh main badminton dengan Angah.

Kawan-kawan Baru Ampang
Di SKTT, aku buat kawan baru. Faizul, Ahmad Shariza, Onny Hussaini, Adli, Shamsul Ridwan, Juliana Haryani, Rosidah, Yusnita, Ahmad Zaharudin, Anisa Abd Latif, Norwati Idayu, Faizal Azwandi, Masliza Mustafa dan ramai lagi lah. Aku selalu pergi sekolah dengan basikal sama-sama dengan Onny, Adli and Shamsul.

Masa darjah 5 la ni aku mula belajar muzik. Masa ni jugak kena main rekorder. Aku ni memang bangap bab main rekorder, selalu bagi alasan rekorder tertinggal kat rumah sebab tak mahu tiup rekoder..buat malu jek bunyi sumbang. Kemudian tak lama lepas tu ada cikgu pelatih muzik dari Maktab Perguruan Sultan Idris mengajar di situ. Lawa orangnya! Ada satu assignment ni, dia suruh kitorang buat lirik lagu dan melodinya sekali. Dia tambah lagi, sapa dapat A dalam kelas muzik, dia nak cium pipi kitorang. Hhahaha..apa lagi..budak laki horny bastard la semuanya! Semuanya semangat buat assignment tu. Satu hari Faizul bawak lirik lagu ni and demo depan kitorang. Dia kata problem assignment dah settle, gerenti dapat grade baikkkk punya, plus a kiss. Rupa-rupanya mamat ni ciplak lagu Wings, Potret Monalisa, cuma dia tukar sket-sket ajer liriknya. Bagus punya budak, kecik-kecik dah pandai jadi penciplak. Akhirnya, semua orang dapat grade A dalam kelas tu tapi sayangnya sekor habuk pun tak dapat kiss dari cikgu cun tu. Hahahahaha..padan muka semua!!

Cikgu kelas 5 Raya masa tu ialah mak pada Masliza. Aku pulak selalu kena berdiri atas bangku sebab buat bising dalam kelas dengan Faizul. Kitorang selalu lawan pen sama-sama, bila kalah jek tak puas ati ahhh..Ingat lagi, kami waktu tu, Azlika, Rosidah, aku, Faizul dan Hasrizal aka Ijai suka lawan pen. Tapi Faizul pindah ke Subang Jaya waktu darjah 6. Dah berpecah dah kumpulan kami.

Naik darjah 6, aku masih lagi kekal dalam kelas 6 Raya (kelas nombor satu). Masa tu cikgu Rahimah, cikgu kelas 6 Raya, sibuk dok ingatkan budak-budak belajar rajin-rajin untuk UPSR. Hari-hari ada latih tubi, last last jadi letih tubi! Kemudian result trial UPSR pun keluar. Aku dapat 3A 1B. BM paper karangan aku dapat B. Memang aku menangis sakan tak ingat punyalah merayu-rayu kat Cikgu Rosnaili...ke Roslaili, ah blasah lah...tapi dia tak bagi jugak aku dapat A. Adeyyy..malu sehh ngan mummy dengan papa. Still malas nak belajar tu masih ada lagi. Berdebar-debar juga aku waktu amik exam UPSR. Habis paper UPSR, kena amik paper IQ Test pulak! Adoi laa..cikgu kata test tu untuk pemilihan budak-budak ke sekolah asrama. Aku pun amik ajer ler..dah cikgu suruh. Satu soalan yang aku tak boleh lupa dalam test tu, DYMM Sultan Azlan Shah tu Agong nombor berapa dalam M'sia? Aku confuse antara nombor 9 dan nombor 13. Seingat aku Malaysia ni merdeka tahun 1957 and setiap 5 tahun, kerajaan akan bertukar dan samalah jugak dengan giliran DYMM. So aku kiralah dari tahun 1957 sampai tahun 1992 (ketika tu Sultan Azlan Shah jadi Agong). Haaahhh..nombor 9. Terus aku tenyeh 9 atas kertas jawapan!

Alhamdulillah dalam keputusan sebenar UPSR, aku dapat 4 A. Mummy happy, papa pun happy. Aku lagiklah happy!

Degil Along, Janji aku
Masa darjah 6 jugaklah, Along dapat masuk Maktab Rendah Sains Mara di Taiping untuk batch pertama program khas. Mummy pada mulanya larang Along masuk MRSM sebab kebetulan Along dapat offer ke MCKK juga. Aku ingat lagi pada satu malam, Mummy masuk bilik and bagi kata dua kat Along, kalau Along berkeras tak nak masuk MCKK and nak masuk MRSM, Mummy kata boleh tapi dengan syarat bayar semua belanja dengan duit sendiri. Jangan mintak satu sen pun dari mummy. Along pulak buat dekk ajer. He went against all the odds.

Alhamdulillah...Along berjaya juga di MRSM Taiping, berjaya ke Loughborough University of Technology lepas setahun setengah buat A Level accelerated program di Banting dan kembali as Chemical Engineering degree holder. Semuanya gara-gara dia berkeras hati tak nak ikut cakap mummy masuk MCKK. Along jugak orang pertama dalam keluarga belah papa dan mummy dapat fly ke oversea.

Masa darjah 6 juga aku dah buat janji dengan mummy dan papa untuk belajar sungguh-sungguh. On the way balik dari Taiping hantar Along ke sana, papa pesan pada aku suruh belajar rajin-rajin sebab papa kata, dia tak ada harta nak wariskan. Perlahan ajer suara papa masa tu. Kebetulan semua orang dah tidur dah dalam van tu termasuk ler mummy. Papa kata lagi, pelajaran ajer yang papa mampu bagi. Dia tak nak aku nanti kerja jadi polis macam dia sebab kerja jadi polis ni tak dapat duit banyak. Katanya lagi, nanti bila dia dan mummy dah tak ada nanti, dia nak aku jaga adik bongsu aku, Farah. Aku pelik, kenapa papa tak pesan macam tu pada Along atau Angah, atau pun mungkin dia ada cakap tapi aku ajer yang tak tahu. Aku tak pikir dua kali, aku terus ajer janji dengan papa walaupun masa tu aku tak sedar, janji yang aku buat tu rupa-rupanya susah nak penuhi, bukan senang macam makan cokelat atau pun hisap lolipop.

Hujung tahun 1992 aku dapat offer ke Sekolah Berasrama Penuh - Sekolah Alam Shah. Aku happy lagi sekali sebab dapat buat mak ayah aku happy. Ini one step dalam aku penuhi janji aku pada papa.

Bersambung dalam siri seterusnya...

No comments: