Tuesday, April 06, 2004

Tukar Angin Sket

Aku rasa seluar jeans aku makin baggy aaa..hahaha..ape maknanyer tu? Cik Caza sila jawapkan ya! Muahahahaha...

Hmmm..malam semalam before aku lelapkan mata, aku sempat baca satu blog kat mamat opis ni. Hmm..menarik jekk bunyiknyer. Pasal dara! Pasal kawan dia stok warak dan alim dan seumpamanya dapat isteri yang sudah tidak berdara. Straight to the point, after 3 months dia ceraikan isteri dia atas alasan tak mampu lagi hidup dalam keadaan dilemma.

HHhmmmm......dilemma ape kemendanya? Entah..aku tak tahu sebab aku belum berbini. Cuma simpan angan-angan ajer baru. Eh..apsal dok busy sangat pasal dara ni? Aku wonder one thing, kenapa lelaki takde dara aa? Or teruna la kan...kenapa harus diceraikan bini yang tak berdara. Apakah masyarakat kita ini terlalu bersifat menghukum instead of mendidik?

Let's cut to the chase here. First, what does it mean to be virgin nowadays? Hey, I dont mean to belittle those virgin ladies out there (salute to you all!!), all I am trying to say, how virgin is virgin according to Malay's unique and complex dictionary with respect to this word. The way I see it, language is very dinamic in the sense that it carries a different definition according to the time and the situation at the time the word is produced.

Kalau dulu, si dara dari segi istilah sosialnya ni kita boleh assume seorang gadis yang terjaga akhlaknya, terhindar dirinya dari fitnah dan menjaga dirinya dari difitnah baik dari segi agama dan tingkah laku, begitu juga menjaga perlakuannya di kalangan sosial masyarakat. Bila kita menyebut menjaga diri dari difitnah dari segi agama, hal ini membawa maksud yang besar mencakupi dari isu pembawaan diri, pendidikan moral, penghayatan agama dan lebih besar lagi, penilaian sistem nilai dalam diri. Tapi kalau kita tengok balik senario dalam negara, terutama di kalangan golongan belia, tak ramai yang mengamalkan konsep dara cara dulu-dulu kerana mahu turut serta dalam arus kemajuan sosial dan material. Sekarang ni soal virgin cukuplah dengan menjaga daranya tidak diterobos oleh mana-mana lelaki sebelum akad nikah rasmi diadakan. Hal yang lain-lain, pergaulan, cara pembawaan diri, isu maruah diri, kurang sket la diberi perhatian.

Apa dara tu? Satu selaput membran halus yang menutup lubang vagina. Oleh kerana cirinya yang halus, jadi ianya mudah koyak akibat direct penetration atau pun disebabkan aktiviti-aktiviti lasak yang dilakukan secara constant (ambil contoh, berbasikal, berkarate etc). Mana aku tahu ni? Errmm..aku baca majalah Wanita secara tetap waktu kat rumah dari awal aku pandai membaca sampai sekarang ni sebab mummy pelanggan majalah Wanita tetap (rumah aku takde majalah hiburan, only Wanita dan Keluarga). So imagine, how enormous my knowledge about sakit puan is? Hahahahahahaha..

Okay okay..well pasal dara ni. Iskk..quite honestly la aku rasa..tindakan nak ceraikan isteri semata-mata dia tak ada dara, sedikit melampaulah bagi aku. Memang betul hal ini berlaku disebabkan isu emosi antara suami dan isteri dan membawa kesan yang besar pada hubungan suami isteri baik di luar kamar tidur mahupun di kamar tidur itu sendiri. One thing yang aku fikirkan, apakah mudah begitu saja kita menghukum wanita tu macam tu? Let say kalau kita sendiri (utk lelaki yekk) yang 'makan luar', tak ada pulak wanita nak hukum kita (maybe sebab dia tak tahu)? Biasanya kita yang makan luar ni akan timbul rasa bersalah pada pasangan kita dan akhirnya kita akan berterus terang sebelum ada STD hinggap kat kita and seterusnya pada pasangan kita.

Seharusnya dalam hal yang begini, first sekali aku rasa kita kena berlapang dada dalam menilai situasi. Apakah kerana kesilapan yang lampau menghukum hingga ke akhir zaman? Apakah ini yang selalu disarankan oleh agama? Yeahh..shit happens and it happens all the time. The least we can do is to prevent it from happening again and stay away from it. Apa sebabnya kita pilih untuk berkahwin dengan perempuan sebenarnya? Apakah kita jatuh cinta pada daranya? Atau jatuh cinta pada siapa dia? Kalau cinta kita semata-mata kerana dara, berapa banyak kali kita nak kena kahwin sebab dara ada hanya sekali (habis ler semua stok anak dara malaysia)..bukannya everytime kita involve in sexual intercourse, dara tu akan ada?

Cuba fikirkan apa yang akan jadi pada wanita yang kena cerai tu?

First dia akan terdedah pada fitnah masyarakat, "haa..tengok ler janda tu..padan muker betina tu kena cerai..husband dia kantoi dia dah kena tebuk before kawen lagik!". Secondly dia akan sukar mendapat pekerjaan dan seterusnya akan terus tertekan dengan tuduhan masyarakat. To make the situation is worsening, wanita tu akan terjebak pada aktiviti yang membahayakan maruah dia, "alah..alang-alang orang dah tuduh aku perempuan sundal, biar aku jadi sundal bebetul!" or "susah-susah nak dapat kerja, asyik kena tuduh perampas suami orang, betina jalang, biar aku kerja jalang bebetul". Apakah kesannya nanti pada anak-anak yang dilahirkan oleh wanita tu nanti? Lagi-lagi hubungan seorang bapa takkan putus walaupun dah bercerai dengan ibunya.

Aku ada seorang kawan perempuan yang aku baik dengan dia sejak dari sekolah rendah. Satu hari aku balik M'sia untuk summer break beberapa tahun dulu. Pada masa tulah dia pernah bagitau kat aku yang dia tak ada dara sebab terlanjur dengan boyfriend . Dia menyesal. Aku cakap kat dia, macam mana aku kawan dengan dia dari kecik-kecik sekolah rendah sampai laa ni, macam tu la jugak aku akan treat dia. No less than usual just because dia tak ada dara. The only thing aku boleh cakap kat dia, berubahlah untuk kebaikan. Alhamdulillah dia dah kawin sekarang ni dengan orang lain and bahagia. Aku akan terus doakan kawan aku tu bahagia sampai akhir hayat dia and didik family dia untuk jadi lebih hati-hati pada masa hadapan.

Bagi aku, terus terang aku katakan, aku tak kisah pun kalau perempuan yang akan aku kahwini tu ditakdirkan Allah, dia sudah tak ada dara. Dia mungkin dirogol secara paksa, dia mungkin mangsa sexual abuse, dia mungkin kerap bersukan lasak, dia mungkin pernah terlanjur..itu semua serba berkemungkinan. Allah tu Maha Adil..aku percaya pada Zat Nya. Maybe ada reason tuhan bagi perempuan yang sebegitu untuk aku. Samada untuk aku insafi diri sendiri dan sama-sama perbaiki diri, atau pun sebab maybe dia akan jadi ibu yang mithali untuk anak-anak kami dan juga peneman hidup yang paling best dan secocok untuk aku. Who knows? Hikmah tarbiyah Allah tu melampaui jangkauan akal manusia.

Zaman sekarang manusia jadi lebih terdedah pada gejala sosial. Akui saja iman kita bukan sehebat iman Saidina Abu Bakar, setegas iman Saidina Umar Al Khattab dan setawwadhuk iman Saidina Ali Karamallahu wajhah. Iman kita sendiri ibarat senipis kulit bawang, apa ego kita mahu mengatakan kita ini lebih baik dari mereka? Menghukum mereka yang dulunya tersilap hanya akan membuka satu lagi pintu tragedi untuk mereka. Kita semua pernah melakukan kesilapan, apakah tidak ada orang pernah menghulurkan tangan pada kita semasa kita dalam keresahan dan berbuat ihsan? Kalau begitulah kita, kita sebenarnya lebih menciptakan masalah berbanding daripada menyelesaikan masalah. Wallahu'alam.

p/s: Bukankah lebih baik bagi kita berbuat ihsan pada orang yang dizalimi, tak kiralah dizalimi oleh penguasa dan masyarakat, atau pun menzalimi dirinya sendiri. Yang penting, panjatkan doa pada Dia untuk terus-terusan mendidik kita dan pasangan kita untuk terus hampir pada Dia.

No comments: