Monday, April 05, 2004

Abang pulang..abang pulang
Riuh rendah di halaman
Si ayah tersenyum dan ibu keriangan
Ole-ole dari kota, adakah dibawa sama?
Adik menanti bagai tak sabar di hati
Biar pun jauh di rantau orang
Digamit rindu kembali pulang
Sesekali sekala bertemu
Si gadis pun kerling tersenyum malu
Ayam itik bertempiaran pastikan
Menjadi korban
Buat sajian si teruna kesayangan
Rasa kekok duduk makan
Dengan bakal pak mertua
Sopan berbahasa itulah budaya kita.


Hmmm..pulang? Siapa yang tak mahu pulang? Walau pun bak kata si Mat, aku ni perantau, tapi aku mesti balik jugak. Tak betah lah duduk kat tempat orang lama-lama. Mesti nak merasa udara bukit Taman Melur. Mesti nak merasa masakan mak aku. Mestilah aku nak pulang..lagi dah lama sangat dah aku kat bumi Amerika. Setiap kali pulang ke rumah, pasti saja ada jiran yang bertukar ganti. Dulu makcik Sal yang rumahnya selang dua rumah dari aku ada waktu aku pulang 2 tahun dulu, tapi tahun lepas dia dah berpindah. Pakcik Sufian yang dulu pindah dari sini dah pun kembali semula ke sini. Anak dara Makcik Saniah pun nampak gayanya dah makin vogue. Tambah lagi bila dah berkereta Wira aeroback kaler kuning emas gitu. Cikgu Ali yang duduk di barisan depan rumah aku tu pun dah berpindah. Agaknya tak betah dia duduk di kalangan penyokong pembangkang sebab dia penyokong totok UMNO dulu, kini dan selamanya. Orang-orang di Jalan Melur 27 ni kebanyakannya orang Keadilan kalau tak pun PAS.

Kalau aku balik ke rumah, selalunya mesti aku singgah di atas bukit Taman Saga sebab nak tengok pemandangan Kuala Lumpur. Kadang-kadang aku pergi melepak kat situ sendiri. Atau pun Mat yang temankan aku. Dari situ boleh nampak padang bola tepi surau (tempat Angah selalu main bola), boleh nampak Sekolah Rendah Taman Tasik (sek. rendah aku dulu), nampak masjid ..pendek kata boleh nampaklah almost seluruh kawasan Ampang Tasik ni. Sekarang ni sepupu aku, Kak Ita, dah pindah ke Taman Saga sebab dia suami isteri menyewa di sini. Bila almost Maghrib, aku akan balik untuk bersiap ke surau. On the way nak ke surau, mesti lalu depan rumah Wan Nuraihan, kawan satu sekolah rendah aku. Wan sekarang di Mesir, adiknya Hakimah di UUM. Hakimah ni sweet sweet cun gitu. Wan cerita kat aku, kerabat diraja Kelantan nak masuk ngorat si Kimah. Aku gelak ajer. Hakimah selalu cakap,"Ha..abang farid dengar ler ape kakak kate tu..tipu ajer!". Yeahh rite...takkan ler Wan nak tipu kat aku..besides si Hakimah memang lawa. Tak hairan ler kerabat diraja Kelantan pun mau dia..tambah-tambah family diorang pun asal dari Pasir Mas.

Selalunya aku sempoi ajer ke surau, tak pernah berbaju melayu lengkap...cuma berkain sarung, berselipar jepun dan ber t shirt. Jarang sekali pakai kopiah. Orang-orang di surau kenal aku as anak Encik Mat Nor Jalan Melur 27. Emmm..lain kali kena pakai name tag la gini..Pernah sekali bilal surau tu mintak aku jadi muazzin. Terkedu jugak sebab tak pernah buat camtu kat surau. Kalau kat surau sekolah ke, surau PPP ke..biasa lah. Lagi pun waktu tu dah dua tahun di US, takut ler kot suara aku tak diterima mic malaysia. Hahaha..tapi belasah lah juga. Anak jantan mesti tahu jadi bilal, mesti tahu jadi imam..kalau tidak, tak lengkaplah jadi lelaki Muslim.

Lepas solat maghrib mesti aku balik terus (biasanya aku ada agenda aku sendiri kat luar). Sambil keluar dari pintu pagar surau tu, mesti aku jeling ke tingkap rumah yang bersebelahan pintu pagar surau. Saja nak tengok, kot kot ada cahaya lampu di situ tanda Didie dan Kak Lyana ada. Didie dan Kak Lyana, anak saudara Dato Seri Anwar Ibrahim...didie pernah jadi kawan satu sekolah rendah. Ada peristiwa depan surau yang aku takkan lupanya...sebab aku kena pukul kat situ masa aku Form 1. Seriously kalau aku jumpa balik mamat yang pukul aku tu..memang aku balas balik tapi sayangnya, aku dengar dia dah pindah. Si Fakhrul yang bagitau aku mamat tu dah pindah satu family. Seingat aku, papa pernah sergah budak tu waktu dia tengah hisap rokok kat belakang barisan rumah lorong 24.

Dulu aku balik M'sia kira-kira 2 tahun dulu, Mak Nya, nyonya tua yang menginap di rumah Andy masih lagi sihat akalnya. Mak Nya, ibu Andy selalu juga datang berbual dengan mak aku. Tapi sekarang ni dia sudah nyanyuk. Andy selalu pesan pada mak aku tolong tengok-tengokkan mak dia waktu dia pergi kerja waktu siangnya. Berhadapan dengan rumah aku, si keluarga Wong laki bini masih lagi bergaduh tak kira siang malam. Kadang waktu tengah malam bolong pun dia akan bertekak..eh sebenarnya bini dialah yang selalu tinggikan suara. Habis satu lorong 27 boleh dengar suara high pitch bini dia. Mummy selalu susah nak tidur kalau laki bini tu memekak. Angah pernah juga keluar dari rumah and maki depan-depan bini Wong. Angah dan baran dia..hmmm..Aku masih lagi boleh bertahan sabar. Cuma next time kalau mummy mengadu lagi kat aku yang dia takleh tidur sebab laki bini kat depan rumah tu memekak malam-malam, siaplah aku gegarkan pintu pagar rumah dia nanti!

Auntie Jessi dan anaknya Shandran masih lagi jadi jiran sebelah kanan rumah aku. Kadang-kadang aku siram pokok bunga waktu pagi pagi atau pun waktu petang-petang, either aku atau Auntie Jessie akan menyapa. Kadang-kadang kami berbual pendek. Petang-petang aku akan dukung Aina (waktu tu Aina masih lagi baby..now dah umur 3 tahun dah) di porch kereta, tapi last year aku start dukung Aisyah pulak, anak sepupu aku Kak Ita. Saja aku berdiri kat situ sambil tengok budak-budak kecik main di depan rumah aku. Riuh! Tapi aku suka tengok diorang main-main, mengingatkan aku pada zaman aku kecik-kecik dulu, berlari sana sini di sepanjang lorong depan rumah aku ni.

Anak-anak dara penghuni Jalan Melur 27 pun sudah makin membesar...mekar menjadi bunga-bunga ros berduri. Dulu-dulu diorang jadi rakan sepermainan kejar-kejar dan galah panjang. Si Fiza anak pakcik Akam dah pun masuk MMU (aku pernah tertampar muka dia waktu main galah panjang kecik-kecik dulu). Makin putih dia. Lyana anak makcik Saniah dan pakcik Zul, aku dengar dah belajar kat tempat lain. Adik perempuannya makin vogue, siap berkereta Wira aeroback kaler keemasan padahal Lyana and adiknya jauh lebih muda dari aku. Kadang-kadang waktu aku nak keluar awal pagi atau pun pulang belah petang, nampaklah nanti adik perempuan si Lyana sibuk membasuh keretanya dengan t shirt nipis dan seluar pendeknya. Uishhh boleh tahan gak la hot stuff nya..tertoleh gak la dua kali aku dibuatnya. Dengar ceritanya, adiknya ada ura-ura nak jadi recording artist. Wallahu'alam. Sheila anak pakcik Osman pun makin vogue juga, berkaler blonde sket rambut hitam dia. Badan masih lagi macam dulu, montel tak berubah.

Abang si Sheila tu, si Faiz dah pun berkahwin. Boy anak Pakcik Malik dah kerja di construction site. Jadi Manager site ke ape..ntah, aku pun tak sure! Adiknya si Angah pulak kerja di KLIA. Saiful anak Pakcik Wan masuk maktab perguruan. Hafiz anak Pakcik Sufian hujung jalan tu study kat UiTM Shah Alam. Hairi adik si Fiza tu masuk MMU.

Tu semua kawan-kawan aku dulu waktu kecik-kecik. Tapi sekarang ni dah tak dah. Masing-masing punya rakan taulan masing-masing bila semakin membesar. Semuanya sibuk dengan dunia masing-masing bila dah besar. Aku pun macam tu..rajin keluar. Aku biasa keluar waktu petang sebab waktu belah pagi dan tengah hari, aku devotekan masa untuk mak aku. Bila aku keluar lepas waktu zuhur tu, kebiasaannya aku balik waktu orang balik kerja, sekitar jam 5.30 petang atau 6 petang. Dah jadi kebiasaan untuk aku singgah beli kuih kat gerai kuih Makcik Maznah. Harga kuih dulu, 1 ringgit boleh dapat 5 biji kuih. Sekarang ni 1 ringgit dapat 3 biji kuih ajer. Saja ajer beli kuih muih belah petang untuk redakan rungutan mak aku yang aku selalu keluar. Bila di gerai kuih tu, selalu juga kena tegur dengan Makcik Maznah..naper aku dah makin chubby (sebab aku dulu kurus kedengking). Segan juga nak menjawap..selalu juga Makcik Maznah tanya khabar mak aku. Aku pun berbasa basi ajer la dengan dia. Hmm..kenapa ek orang tua suka sembang dengan aku? Ke aku suka melayan sembang orang tua? Wallahu'alam.

Tapi kalau aku balik lewat malam....once kereta yang aku pandu tu dah masuk area lorong depan rumah aku, mesti aku matikan lampu kereta. Entah..jadi tabiat dah sekarang. Hehehehe..takut papa marah kot sebab balik lewat malam (takde ler lewat sangat pun, takat kol 11.30 mlm paling lewat). Hmmm..imagine la..umur 23 nak masuk 24 pun still ada curfew. Anak jantan orang lain nak balik sampai santak subuh pun, mak ayah diorang tak kisah. Tapi ayah aku..berani ler buat camtu..mau ade kena halau keluar dari rumah kang! Bapak polis ler kata kan..disiplin kena ada! Bila masuk pintu rumah, mesti aku hela nafas panjang depan mak ayah aku, konon-konon letih lah tuh and terus naik ke atas untuk ke bilik aku. Hahahahaha..taktik..taktik..cam haper ntah!

Tahun lepas masa aku balik cuti summer, pernah aku sneak out keluar dari rumah jam 3 pagi sebab semata-mata nak hantarkan kawan aku balik ke rumah sewa dia. Aku tipu ayah aku, aku kat aku nak keluar gi warung mamak kat bawah sebab lapar roti canai. Haa..last-last aku drive sampai ke Bangsar sana just nak hantar kawan aku balik sebab dia kena kerja kat Ibusawat Telekom area Ampang sini, plus dia tak kenal sapa-sapa kat area tu and tak ada transport jam 3 pagi. So aku ler rasa tanggungjawab nak hantar dia balik. Sebelum tu sempat la jugak aku dengan dia tibai roti canai telur and teh tarik kat kedai roti canai cina mualaf depan Mobil gas station kat Taman Putra tu.

Seronok dapat balik M'sia ni. Kadang jadi jakun pun ada..tengok M'sia canggih la kiranya...lagi canggih dari US konon-kononnya..hehehe..al maklumlah, M'sia Bolehlahland..semua boleh..Malaysia Boleh!

No comments: