Sunday, March 07, 2004

Islamic Spring Retreat

Alhamdulillah..everything is over as for now. Program ISR dah pun tamat, para peserta mostly ramai yang dah berangkat pulang or mungkin nak bersiap-siap pulang. Seronok dapat jumpa Zaid, Lan and a few juniors dari Lehigh and Philadephia. Maklum ahh..diorang sisters, kang aku cakap lelebih kang..orang lain pandang slek. Maruah orang lain kita kena jaga juga, jaga maslahat bersama orang kata!

Sepanjang ISR yang berlangsung satu hari ni buat aku jumpa dengan ramai kenalan baru. Mostly ramai yang muda-muda, buatkan aku teringat macam mana aku dulu waktu mula kenal program agama di US ni. Waktu dalam ISR ni, aku diberi peluang untuk sampaikan tazkeerah (short talk). Walau pun topik tazkeerahnya bebas, still aku rasa cam ada problem sket untuk aku pilih topik tu. Asalnya aku nak bercakap tentang rukhsah berwudhu yang ada dalam Fiqh Sunnah tapi aku cancelkan niat tu. Yelah, bila tengok muka-muka orang muda yang datang ke ISR ni, instantly buat aku terfikir the first thing yang buat diorang datang ke sini.

So aku bercakap tentang soal niat dan amalan. Aku petik sumber hadith dari Matan Arba'in karya Imam An Nawawi yang menyebut tentang perkaitan amal dan niat.

is riwayat Umar bin Khathab ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya pekerjaan itu tergantung pada niatnya, dan bagi setiap orang apa yang telah ia niatkan. Barang siapa yang tujuan hijrahnya menuju Allah dan Rasul-Nya, maka (pahala) hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barang siapa yang tujuan hijrahnya adalah untuk mendapatkan dunia atau seorang wanita yang akan ia nikahi, maka hijrahnya itu kepada apa yang kehendaki.


Kemudian aku relate pada sejarah turunnya hadith ni sewaktu peristiwa hijrah umat Islam dari Mekah ke Madinah. Macam mana ada seorang brader muslim lelaki yang nak berkahwin dengan seorang perempuan bernama Ummu Qais dan dia hanya boleh berkahwin dengan awek ni only and if only dia berhijrah ke Madinah juga. Sahabat-sahabat nabi sampaikan hal ni pada Nabi dan itulah kata-kata yang Nabi sampaikan. Para sahabat gelarkan mamat ni as Muhajir Ummu Qais. Orang yang berhijrah kerana Ummu Qais.

Niat

So kaitannya dengan peserta ISR ni ialah apa niat datang ke program. Aku cakap kalau niat datang ke program hanya semata-mata nak jumpa kawan, bila-bila masa kita boleh buat. Tak ada masalah tu. But at the end of the day, yang kita dapat are only penat dan kurang tidur ajerlah. Tapi kalau set kan hati nak gi ISR program ni untuk cari ilmu agama, berdiskusi tentang agama, berkongsi ilmu secara live dan penuh interaksi dengan hati yang menghadap tuhan, mudah-mudahan usaha kita ni tuhan berikan rahmat. Mudah-mudahan perkenalan yang baru kita bina semasa program ni akan jadi lebih bermakna dan diikat dengan nilai taqwa. Well, tema asal ISR kali ni pun more emphasize pada semangat ukhuwwah.

Kalau nak diikutkan hati, memang aku tak nak pergi pun program ni. Satu sebabnya aku demam, tekak kering untuk bercakap, bahkan aku tak tiodor 24 jam sebelum tu sebab memang aku tak boleh tidur. Berpenyakit gamaknya. Tapi semangat nak pastikan ISR di PSU ni satu kenangan yang best, satu usaha untuk tambah ilmu dan berdiskusi ilmu memang buatkan aku segar (walau pun aku terlentang tidur kat HUB untuk 30 minit).

Taaruf

Ada juga satu program yang aku amik inisiatif sendiri untuk mulakan masa di ISR ni. Program taaruf, atau pun sesi bersuaikenal yang sangat conventional memang boring siott. So aku pun mintak para peserta lelaki untuk duduk dalam bulatan. Aku mintak semua orang perkenalkan nama manja masing-masing, high and low dia sepanjang weekend lepas and tempat asal memasing (yang part tu kena bisik kat orang sebelah). Aku sebenarnyer time terpikir menda alah ni, nampak cam bodoh jekk ape menda yang aku nak buat ni. Serius dohhh..aku rasa cam bodoh giler. Tapi bila dah buat tu, fun la pulak. Macam-macam nama yang aku tak pernah dengar, keluar kat situ. So perkenalan jadi lagi best. Bila aku wrapped up the session...aku spontaneously explained the reason aku mintak diorang perkenalkan diri dengan nama manja masing-masing is to think about the people we love back in Malaysia. Bila sebut nama panggilan especially nickname kita dalam family, secara tak langsung tergambar muka mak ayah kita. So that kita sedar, kenapa kita kat sini. Mak ayah nak dua perkara ajer dari kita, nak kita balik dengan degree and jadi anak yang soleh. Aku yakin, tu ajer menda-menda yang mak ayah kita ndak dari kita dunia dan akhirat. Aku tak plan pun menda-menda ni sebab aku bukan komiti pun, tapi aku amik inisiatif ni sebabnya aku tengok bebudak freshman yang handle ni. Diorang tak ada pengalaman and diorang rasa segan dan malu untuk lead the crowd.

Aku pun dulu macam tu. Sebijik macam tu. Malu dan segan. Now dah ada la sket pengalaman tu, so leh tunjuk kat freshman so that they will amik hak mana yang baik dari aku. Yang jahat tu toksah ikut lah, banyak sangatlah jahatnya dari aku ni..hehehe..cuma tak nak sebut lah sini. Tu rahsia antara aku dengan Tuhan.

Malamnya aku decide nak tidor kat masjid ajer. Memang tidur tak ingatnyer lah sebab aku menderita sangat tahan bengang kepala tak cukup tidur ni. Bangun subuh kat masjid...aku terasa semangat giler la plak nak solat jemaah sebab ramai kan jemaah kat masjid (bebudak peserta ISR tidor kat masjid sebab takde tempat lain nak tidor). Zaid jadi imam. Lama tak rasa saf jemaah rapat-rapat sampai bahu bertemu bahu. Habis solat subuh, Brother Mokhtar, orang masjid kat sini, jamu para peserta yang tidor kat masjid ni dengan couscous and sambal daging, masakan orang Middle East. Not bad, alhamdulillah.

Salam Perpisahan

So..sedih berpisah dengan kawan-kawan memang terasa lah. Ramai bertolak pagi tadi. Before berpisah, aku amik kesempatan untuk ucapkan terima kasih pada semua peserta dan mintak maaf atas segala kekurangan hos. Ramai-ramai kami baca doa perpisahan dan doa selamat dalam perjalanan masing-masing sebab ramai nak drive jauh-jauh lepas tu. Entah, aku terasa cam a bit emotional la sket..tak nampak sangat sebenarnya cuma air mata bertakung la jugak. Sayu sebenarnya. Ramai kawan-kawan yang aku kenal through program-program macam ni akhirnya jadi kawan yang baik bagi aku. Setiap kali ada program sebegini, memang hati ni rasa rindu ajer nak jumpa kawan-kawan lagi. In fact aku sebut lagi dalam ucap wida' aku untuk peserta lelaki ISR, "Kita berjumpa dan kita berpisah mudah-mudahan biarlah kerana Allah Ta'ala. Apa ilmu kita dapat kat sini, kita bawa balik dan sebar-sebarkan dan kongsi-kongsikan dengan kawan-kawan di tempat masing-masing. Kawan baru kita buat, kawan lama kita jumpa lagi. Jangan hentikan ukhuwwah kat sini." Bunyi macam poyo giler jekk..ndak ndak sebab aku yang cakap tapi memang tu yang aku maksudkan.

Ape-ape pun, yesterday was very exciting for me. I took the pleasure to meet and discuss with people that I know. We talked a lot ranging from Malaysia's politic, election, soal kawen..hehehehe..ni Zaid aa..siot aa pressure aku plak!!! "Aku memang gersang tapi pasrah ajer laaa" - Zaid.

All in all, it was a well-spent moment with friends.

p/s: masih demam lagi. tekak dan bibir kering. hidung tersumbat. :(

No comments: