Beralih Angin
Kau tetap di hati
Tiap hari kusendiri
Tiada kau menemani
Kesunyian ini ku terasa
Izinkan kumengingati
Saat indah bersamamu
Semoga hilanglah kesepian
Cahaya di matamu
Menyinari hati ini
Manis senyummu nan terukir
Di bibir hilang segala
Resah dan gelisah
Mainan di jiwa oh...
Dengarkanlah oh... sayangku
Walau dunia kita
Jauh terpisah berbeza...
Segalanya
Engkau tetap dihatiku
Bersama cinta yang satu
Cinta yang telah terpatri selamanya
Andai kau ada di sisi
Kupakaikan mahkotamu
Dari permata terindah...
Hiasanku
Namun aku tak berdaya
Tuhan lebih berkuasa
Moga kita kan bertemu dalam syurga
Okay, saja ajer beralih arah. Sesekali mencari topik yang ringan untuk beromong kosong memang benar-benarkan ringankan beban kepala yang sekarang penuh dengan thermodynamic equations and logic of reactor design. Or perhaps I have been seeing so many entries particularly discussing love other than election's news, rumours and gossip.
Soal pengharapan dan soal pengakhiran dalam kembara mencari cinta ni memang takkan tamat melainkan di sakaratul maut nanti. Rasanya semua orang tahu kot. Dan mungkin kerana itulah muncul bait-bait kata yang mengaitkan "cinta kita kekal abadi hingga melampaui mati", "bertemu kita di pintu syurga kalau tak pun di tangga syurga" atau pun yang paling singkat "You jump, I jump".
Sekarang ni memang masya Allah banyak forwarded email yang aku dapat yang topiknya berkisar tentang isu ini. Dan selalunya those emails will end up dalam trash bin email aku. Bukan apa, aku bosan sebenarnya. Ada yang menyeru ke arah cinta islamik (ermm..ape tu sebenarnya?), ada kata pulak cinta itu universal (maybe U2 suka kot slogan ni) dan marilah kita bercinta merentasi batas norma kehidupan (ini lebih tipikal pada cinta John Lennon). So mana satu yang benar?
Ah, malaslah aku nak cakap pasal ni sebab bagi aku soal cinta itu soal yang privasi. Soal yang tak mampu diungkap oleh kata-kata. Boleh ke kita fahamkan perasaan cinta seorang isteri pada suami, perasaan cinta seorang lelaki pada wanita atau pun soal cintanya anak pada ibu and vice versa kalau kita bukan dalam kedudukan subjek yang terlibat? Surely absurd!
Bila renung kembali pertemuan aku dengan Kamek di Washington DC baru-baru ni, nampak jelas dia sebenarnya tak tenang berada di sana. Mungkin sebab dia terpaksa berjauhan dengan Nadiah, wanita baru dalam hidupnya selain daripada ibu dan adik-adiknya. Terkadang datang rasa kagum aku pada dia. Mana taknya bila tengok begitu commit dia pada hubungan dia dengan Nadiah. Serius aku angkat topi pada Kamek!
Tapi bagaimana pula bila cinta yang hadir tiba-tiba lesap?
Aku terbaca satu entry di GongKapas Times, blog yang dipunyai oleh Dina Azman tentang kisah manusia melalui kanta matanya. Baru-baru ini kawannya yang mempunya penyakit jiwa, multiple personality disorder telah pun meminta cerai dari husbandnya yang sangatlah tender loving care mengikut pendapat si Dina. Si husband yang sangat setia pada isterinya biar pun si isteri punya penyakit jiwa ternyata menolak permintaan isterinya (wahhhh..agungnya cinta!). Jawabnya dia setia pada isteri dan dia juga teramat kasih dan sayang pada isterinya biar pun sakit jiwa dan punya seribu macam pe'el.
Dina banyak memberi komen pada nasib kawannya selepas itu. Mungkin kerana cintanya pada si suami dan mahukan suaminya hidup lebih tenang dan punya isteri yang lebih baik darinya membuatkan si isteri itu tadi memohon cerai. Tapi bila difikirkan semula nasib yang akan dia hadapi selepas perceraian itu, membuatkan hati aku hiba. Kenapa? Sebab masyarakat M'sia khususnya kaum melayu terlalu bersifat menghukum.
"Oh, pompuan tu tak gheti jaga laki dia...tu pasal ler kena cerai beb!".
"Haaa..memang perempuan tak sedar diri. Dah dapat laki yang baik-baik nak jaga dia, dia pi mintak cerai pulak. Ada affair lain la tu!!".
Secara seriusnya, aku sendiri tergamam dengan penulisan Dina. Sebab dia provide reality check dalam kehidupan masyarakat malaysia. Pernahkah kita terfikir tentang wanita-wanita yang hilang cintanya? Aku pernah, for sure. Tapi tak sampai ke terfikir soal janda duda ni sebab aku sendiri baru peringkat bujang terlajak (memetik kata-kata Faiz pada aku, walau pun hakikatnya bujang terlajak tu dimaksudkan bila dah masuk umur 40an, bukan hampir pertengahan 20an).
Hmmm..melupuskan cinta bukan semudah untuk mendapatkan cinta. Sebabnya bila cinta dah terpupuk, datang rasa rindu, datang rasa kasih dan sayang. Ambil contoh ayah aku sendiri. Tak pernah dia pulang lewat dari kerja melainkan kalau ada out station. Hatta out station seminggu di Bentong, Pahang sekali pun dia akan drive balik hingga ke Ampang every day. Kalau terpaksa dia bawa kereta polis pun, dia akan buat begitu. Kalau mak aku tak masak ari tu pun, dia sanggup masakkan untuk satu keluarga. Drive apakah yang sebegitu kuat yang dapat mengatasi rasa penat dan rasa lelah untuk bertemu isteri dan anak-anak di rumah kalau bukan cinta?
Mendapatkan cinta sangat mudah kot. Ko ejas-ejaskan sket ayat tu...ko tune-tunekan sket suara tu...jalan tegak sket..mata buka sket..mungkin boleh dapat (ini untuk lelaki laa..untuk perempuan aku belum bertapa lagi untuk belajar tekniknya). Aku rasalah. Untuk kekalkan cinta tu, macam Dina kata, perlu ada selalu sentuhan (ini untuk yang dah berlaki bini) atau pun usapan ego dan emosi. Bertekak selalu takkan menjaminkan datangnya rindu, nescaya mendatangkan hanya rasa menyampah. Satu kerja pulak nak buang rasa menyampah tu.
Okaylah..kesimpulannya..jagalah cinta anda!
nota kuku kaki: Ini pesanan penaja yang tak baper gheti menjaga cinta.
No comments:
Post a Comment