Mimpi Lagi
Aku mimpi aneh lagi. Kali ni aku mimpikan papa, along and pak long. Aku ingat lagi apa yang aku cakap dalam mimpi tu pada Along. Sama macam apa yang aku email pada dia kira-kira tiga tahun dulu. "Where were you before this? You can't just simply walk into my life now and start preaching what is good and what is bad for me!". Dalam mimpi aku tu juga ada Pak Long yang seolah-olah jadi orang tengah. Orang tengah untuk apa? Dan kenapa? Entah, aku pun tak baper sure sebab penghujungnya samar-samar. Yang aku tahu emosi aku waktu tu emosi orang tengah marah. Setakat ni dah dua kali Pak Long muncul dalam mimpi-mimpi aku. Pertama kali dulu aku mimpikan Pak Long datang jumpa aku untuk bawa aku pergi tengok jenazah atuk. Aku menangis dalam mimpi aku tu. Sedar-sedar bantal aku basah dengan air mata and pelupuk mata aku basah, bukan dengan air liur, ok?
Kemudian aku muncul pulak kat situasi yang lain. Ada this one lady yang aku kenal through chatting panggil aku, "abang" in the most intimate intonation. Wowwieee...aku pun tak pasti apa hubungan aku dengan dia dalam mimpi tu. But nak ke mana-mana pun dia akan sentiasa bersama aku and kalau dia nak pergi ke mana-mana dia minta izin dari aku.
Hmm..ada seorang awek ni yang aku pernah minat dan suka, sama macam aku suka Asiah dulu. Dia kata dia pernah mimpikan dia datang jauh-jauh dari UK untuk bersama aku di New York City (Apsal NYC? Apsal tak State College ke... Philadelphia ke..dekat la sket kan?). Kemudian katanya lagi kami melintas jalan sama-sama dan dia berpaut pada lengan aku dulu. Then katanya lagi lepas tu aku dengan selamba badaknya pegang tangan dia and kami sama-sama berjalan-jalan di NYC. Cukup dengan berpegangan tangan walau pun tak berkata apa-apa pun. Katanya, ada semacam satu perasaan yang nyaman bila dia berpegangan tangan denganku dan dia rasa seolah-olah mimpi dia macam satu realiti. Betapa aku waktu tu memang berharap sangat pun mimpi dia tu jadi realiti.
Tapi sayangnya hubungan kami dah pun berakhir sebelum sempat menghasilkan apa-apa. Mungkin disebabkan kebodohan dan keegoan masing-masing. Ahh..kadang-kadang datang rasa rindu nak berbual-bual di telefon tapi apakan daya..segalanya dah tamat. Dia masih lagi marah pada aku. Agaknya sudah berkerat rotan berpatah arang dengan aku. Tak apalah, aku redha saja. Aku simpanlah elok-elok kenangan ni dalam poket ingatan.
Mimpi..mimpi..banyak mainnya dari yang betulnya.
No comments:
Post a Comment