Pagi tadi aku gi visit Rumah Nur Salam di Lorong Haji Taib 3 atas jemputan kawan aku. Aku pun tak tahu apsal dia ajak aku gi ke sana pagi-pagi hari Ahad tapi aku layan ajer la member aku. So buat pertama kalinya aku jejakkan kaki aku ke rumah kebajikan ni yang selama ini aku banyak dengar ceritanya daripada newspaper.
Pengasas rumah kebajikan ini ialah bekas penagih dadah yang kembali ke pangkal jalan. Aku sangat tertarik dengan kerja-kerja yang dia lakukan. Kerja-kerja kebajikan sebegini telah dia mulakan sejak dari tahun 2003 lagi kalau tak silap aku lah. Ramai penagih dadah wanita, isteri-isteri penagih dadah, pekerja seks, pondan dan maknyah diterima dengan hati yang terbuka. Selagi mereka mahu mengubah nasib diri dan memperbetulkan kehidupan masing-masing, selagi itulah mereka di Rumah Nur Salam ini akan selamanya menerima orang-orang begini.
Kawan aku bawak kawan-kawan dia sekali termasuk ler aku. Aku dengan muka tak malunya selamba bertanya apa barang-barang yang diorang perlukan untuk rumah kebajikan ni. Dalam kepala otak aku, dah pikir dah beberapa tempat yang aku rasakan boleh bantu mereka di sini. Aku harap aku dapatlah membantu diorang ni setakat mana pengalaman dan pengetahuan yang aku ada sepanjang berkhidmat secara sukarela untuk OKU di KL ni.
Motto hidup aku, hidup memberi lebih baik daripada hidup menerima. Harap-harapnya segala amal jariah aku ni dapat tebus aku di padang mahsyar nanti. Ameen.
p/s: aku suggest juga pada kawan-kawan yang berminat utk turun padang to make difference in these people's life to come forward and volunteer. Tak rugi hidup berkhidmat.
No comments:
Post a Comment