Yang indah ketika hanya aku dan dia
Kita bertemu, bersua dan berjumpa
Untuk berbual-bual cuma
Melepaskan rasa rindu yang bertandang sahaja.
Sesekali juga aku mengimpikan
Untuk berselisihan dengannya
Hanya untuk melihat kelibat wajah
Yang jarang sekali resah
Untuk aku serahkan sekuntum bunga
Tanda kasihku padanya,
Tanda setiaku padanya,
Tanda ikhlasku untuk tawan hatinya. - Bicara Hati, July 27, 2006
Kawan kamceng aku sudah tunang!! Yeayyy..akhirnya selepas beberapa tahun bercinta...tunang jugak ko ek, Caza!! Anyway...congratulations beb! Aku memang seriyes tabik spring dengan kawan aku sorang ni..percintaan yang sungguh dramatik gitu.
Ada dua event yang aku terlepas masa last weekend sebab aku attend satu kursus nih. Aku ter miss Amat punya kenduri kawen and Caza nya majlis pertunangan. Amat member aku sejak dari sekolah rendah. Aku cuma sempat datang ke rumah Amat pada waktu malam sebelum kenduri bermula. Sembang-sembang dengan dia. Sembang-sembang dok bercerita pasal kawan-kawan lama kami dulu. Tanya-tanya juga pasal belanja kahwin. Bukan sikit-sikit beb orang nak berkahwin ni. Kurang-kurang lebur RM 20,000. Itu pun kena ambil kira pasangan kita dari mana pulak. Macam Amat ni, orang rumahnya dari belah pantai timur. So, kira lain pulak dah cara belanja kahwin dia.
Bila aku habis saja kursus di Damansara Perdana, terus aku bergegas balik untuk ke rumah Amat. Sampai sana pun dah dekat-dekat nak maghrib dah. Sembang dengan mak ayah dia kejap, ngan mamat tu sekali..sambil layan nasi minyak orang baru kahwin. Dia sempat perkenalkan isteri dia kat aku. Kekok pulak aku....sampai sekarang sebenarnya aku kekok nak bersembang-sembang dengan isteri kawan-kawan aku. Senyum-senyum sambil berbasa-basi. Cukuplah tu.
Hmm...seronok aku berkawan dengan Amat. Dari zaman kami bersekolah rendah sama-sama, sampai ke zaman bekerja..hubungan kami tak pernah putus. Baik orangnya Amat ni and penyabar. Taat pada mak ayah. Taat pada agama. Aku rasa orang rumah Amat ni mesti beruntung sebab dapat Amat. Aku tahu, mamat ni ramai peminat masa belajar kat UIA dulu. Amat pernah cakap dia reject tiga awek junior yang datang nak mengurat dia.
Sebelum aku balik dari rumah dia, sekali lagi terkena soalan cepuk emas. "Beb, kau bila lagi?". Hahahaha..soalan macam ni yang aku malas nak menjawab. "Mat, aku pandai pancing duit...ribu-ribu ke..juta-juta ke..insya allah aku boleh usahakan. Pancing perempuan...mintak maaf, aku serious tak pandai".
Kami gelak ajer sama-sama. Amat gelak suka. Aku gelak buat-buat suka.
No comments:
Post a Comment