Tuesday, November 21, 2006

Citer Pasal Orang Kelantan

Aku serius rasa nak gelak tepuk2 meja bila baca komen-komen yang sebanyak 152 komen haloscan kat blog Judd. Demm la weh! Mengutuk orang kelantan gila babeng tak ingat punya. Particularly, lelaki Kelantan. Perghhh...

Yang anehnya, yang dok mengutuk lelaki Kelantan tu, khabarnya taklah secantik mana akhlaknya. Itu yang dikhabarkan orang-orang yang ada sekeliling dia. Lagi sekali buat aku nak gelak pecah perut.

Dalamm gelak-gelak tu, aku dok terpikir jugak. Apa pasal orang lelaki Kelantan selalu kena kutuk kaw-kaw punya? Tak cukup semangkuk, depa bagi sebaldi pulak kutukan pada lelaki kelantan. Kemudian, sampai habis satu Kelantan depa dok kutuk. Sian sungguh aku pada nasib orang senegeri dengan aku. Nak-nak sejantina dengan aku yang lahir kat Kelantan dan juga bernombor 03 di tengah-tengah dalam IC diorang.

Tapi yang aku pelik, kenapa orang lain tak kutuk pulak orang negeri lain? Atau pun tak banding-bandingkan lelaki dari negeri lain. Kire aneh la nih sebenarnya. Bak kata orang jawa, ini diskriminasi!

Aku tak pedulik la apa orang nak kata pasal orang-orang Kelantan. Aku lahir kat Kelantan, my first few years of my life aku dibesarkan kat sana. Walaupun aku dah takleh nak cakap sangat dialek Kelantan, still aku boleh paham apa orang Kelantan cakap. Tak ada masalah, bereh! Aku bangga dengan tempat lahir aku. In fact, aku bangga kalau orang kata Pasir Mas tu tempat gewe-gewe comey. Tuh kelantan tuhhh..

In fact, aku bangga jugak tengok ramai anak-anak Kelantan yang berjaya dalam bidang perniagaan. Tu satu pencapaian yang bagus.

Ada pernah kawan perempuan aku sekali cakap, dia tak nak kawen dengan orang lelaki Kelantan. Bagi aku, okaylah. Itu pendapat dia. Tapi toksahlah nak besar-besarkan isu-isu di sebaliknya. Mana lah tahu, kot dapat betul laki orang Kelate, tak ke haru? Jilat ludah sendiri, bak kata peribahasa orang Melayu.

Bagi aku, aku hormat semua orang baik dari negeri Sabah sampai ke Perlis. Masing-masing ada hebatnya, masing-masing ada buruknya. Just because I had bad experience dealing with some people from some state, it doesn't mean I have the right to stereotype them. It's just unfair. It even becomes unfair when people start to exaggerate the whole stereotype issues. That is so wrong and puerile.

Manusia ni bermacam-macam perangainya. Itu hakikat. Itu kelebihan dan kekurangan kita. Samada mahu kita terima atau tak, tepuk dahi tanya hati. Boleh? Tapi jangan sampai melampau batas. Sendiri mau ingat la kawan, kan?

No comments: