Hari ni memang sangat memancitkan. Aku drive dari Ampang ke Batu Pahat for 3.5 hours. In the middle of the journey, stop by kejap kat R&R Seremban sebab aku kebulur tak breakfast lagik. Mahi, Hawa ngan Kerrie ada dalam kereta tu.
Sampai di Batu Pahat lebih kurang jam 1.00 petang. Tapi sesat nak cari dewan tempat majlis berlangsung tu ada ler dalam 30 minit. Rupanya si Ecah salah bagi direction dalam map kad jemputan tu. Patutnya dia letak keluar through exit mana kat highway PLUS tu. Hmmm..patut ler aku rasa cam jauh semacam ajer bila amik exit Pagoh.
Majlis berjalanan sederhana ajer. Aku ingat mula-mula tu, kenduri kahwin nya dah habis sebab lengang giler orang. Kereta pun tak banyak. Nampak orang dok susun-susun kerusi bawah khemah kat luar dewan. Ahhh sudah!!! Lewat ke kitorang ni? Tengok-tengok orang baru nak datang.
Nak tunggu pengantin masuk ke dalam dewan pun agak lama la jugak sebab mak andam dok bersolek pengantin perempuan lame bebenor. Kalah mekap artis! Bila masuk ke dalam dewan pun, keadaan agak caca marba. Aku dengan Mahi setuju majlis kenduri kahwin ni akan jadi lebih teratur kalau ada pengerusi majlis. Tak ada lah nampak pengantin perempuan jalan sorang-sorang sambil kena iring ngan mak andam.
Mat Ranjit telah menjalankan tugasnya sebagai pengapit pengantin lelaki dengan hebat sekal. Aku yakin makcik-makcik yang ala-ala mak datin yang duduk sebelah Mat Ranjit tu mesti teruja dengan dia. Could be the next menantu untuk diorang kot??! Mat Ranjit jugak dengan selambanya merasuah mak andam sebanyak RM50 untuk bagi pengantin lelaki duduk sebelah pengantin perempuan masa bersanding. Kalau tak, alamatnya pengantin lelaki duduk bawah pentas ajer la gamaknya!
Kitorang semua balik dengan mengangkut Mat Ranjit sekali ke KLIA. Aku memang stok terkejut beruk la kejap. Seb baik tak koma otak aku ni bila dok pikirkan, macam mana aku nak menyampaikan si Mahi ni ke Sungai Besi by maghrib and at the same time hantar Mat Ranjit ke KLIA before 8 pm. Masa tu jam dah 7 pm and kitorang baru ajer nak isi minyak di Seremban. Oleh kerana sayangnya si Mahi tu kat kawan dia Mat Ranjit, dia pun beralah and beramai-ramai kitorang menghantar Mat Ranjit aka Razzif hero hindustan ke LCCT. Aku pertama kali laa aih sampai ke terminal LCC tu. Agak menarik. Mengingatkan aku pada LCCT untuk Easy Jet di Luton, UK.
Aku sampai kat rumah dalam pukul 9 lebih. Penat giler. Tulang belakang aku rasa berlipat-lipat. Bahu pun rasa tegang dan keras cam bau pejal tepi highway. Overall, memang puas hati la dengan road trip ni. So, kalu ada sapa-sapa nak kahwin kat area Johor, insya Allah boleh panggil aku. Cukup korum 5 orang dalam kereta, kita jalan sajaaaaaaa!!
No comments:
Post a Comment