Saturday, July 16, 2005

Satu Kesan Abadi

Hidup kita takkan berhenti hanya kerana kita ditimpa musibah sekali dua. Hidup kita juga tidak akan menjadi baik sekiranya kita hanya berfikir mengenainya tanpa mengambil apa-apa pengajaran daripada musibah yang melanda. Adakalanya juga, kehidupan kita disapa musibah hanya untuk memberikan kita peluang yang lebih baik untuk memajukan diri.

Aku percaya aku sedang berada dalam satu fasa kehidupan yang akan membawa aku ke satu peringkat yang lebih tinggi lagi. Fikiran aku sangat fokus kepada satu misi. Misi untuk mencari kekayaan dunia. Aku yakin, ramai akan mempersendakan aku. Insya Allah, aku takkan tergugat. Setiap hari aku memikirkan cara yang terbaik untuk menghasilkan duit. Robert T. Kiyosaki kata, kita tak perlukan duit untuk menghasilkan duit. Kata Anthony Robbins pulak, selagi kita fokus pada apa yang kita mahukan, nescaya kita akan memperolehinya.

Law of Perpetual Transmutation states that our mind is a formless substance. It will start to form whatever that we have in our mind, for as long we maintain our focus on the thought. Later it will start to manifest in physical matter. It is a law of universe.

Secara terus terangnya, aku memikirkan cara atau kaedah untuk mendapatkan wang yang banyak tanpa bersusah payah. Setakat ini, baru satu cara yang aku tahu. Online investment. Sekarang aku mulakan pula satu kerjaya yang akan memberikan aku nilai yang aku mahukan selagi aku fokus dan juga buat dengan bersungguh-sungguh. Aku fikir, aku tak boleh lagi kerja makan gaji. Selagi aku makan gaji, selagi itulah masa depan aku tak ke mana. Memang betul, agak mencabar bila aku cuba berubah dari mentaliti orang makan gaji dengan orang kerja sendiri. Keadaan kewangan pun tidak menentu. Belum termasuk hutang-hutang lain yang kita kumpulkan. Tapi aku percaya...selagi aku teruskan tumpuan aku terhadap kerjaya ini, insya Allah aku mampu menjadikannya lebih baik dan akan dapat apa yang aku perolehi. Kerjaya yang aku ceburi sekarang ini membantu client aku untuk mendapatkan kestabilan dalam kewangan mereka. Zig Ziglar sebut, "If we help enough people, people will help us in return". And I believe in that.

Setakat ini, ada beberapa orang yang memperkecil-kecilkan apa yang aku buat. Bagi aku, itu semuanya menguatkan lagi semangat aku. Aku bercadang untuk mengumpulkan aset sebanyak mungkin untuk membantu aku memulakan bisnes. Satu dua idea bisnes sudah ada dalam fikiran cuma mahu direalisasikan atas peringkat kertas kerja pula. Yakin atas kemampuan diri..aku akan cuba manifestasikan apa yang ada dalam fikiran aku.

I always believe, a great journey is always started with a small step. And my journey has just begun.

No comments: