Kasih, kusedari kekurangan ini
Kasih, kuinsafi kelemahan diri
Kuingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi, kebanggan para suami - Impian Kasih, In-Team
Minggu lepas di Lembaga Lebuhraya M'sia telah berlangsungnya majlis meraikan perkahwinan member aku, Arai dengan isteri dia, Gina. Sebagaimana yang aku pernah mention dulu pasal Arai, dia ni bekas rakan sebilik aku waktu Tingkatan 1 di Alam Shah. Kami sama-sama dapat terajang dari Azmie Khairi, penolong ketua bilik kitorang masa tu yang agak pundek la jugak kan. Bukan agak dah, dah memang pundek sesangat dah! Aku dengan Arai juga sama-sama saudara Gayong, bersilat sampai ke Tingkatan 5. Cumanya, Arai lagi terrer dari aku sebab dia ada bengkung merah cula 3, aku cuma bengkung merah kosong. Plus, dia main senjata tongkat, aku pulak cuma main senjata sembat.
Nak tergelak juga bila tengok bekas pelajar-pelajar sekolah lelaki ni bila berjumpa balik. Awek ke, bini ke, tunang ke..semua tolak tepi. Layan member dulu! Ada orang bagitau aku, sorang makwe ni dah cakap awal-awal, "Pakwe saya dah warning awal-awal, jangan marah dia kalau dia lambat. Dia dah lama tak jumpa kawan-kawan lama dia!".
Agak seronok dapat berkumpul dengan rakan-rakan Alam Shah. Dapat bersembang, dapat bergambar, bertanya khabar apa status semasa. Masing-masing membawa 'teman' masing-masing. Ada juga yang cuma bawak perut ajer, tu tak dapat dinafikan lagi. Aku rasa, kitorang berjaya juga buat Arai berbulu kat atas stage tu sebab dia tak dapat nak lepak dengan kitorang, gelak gelak dan gebang-gebang cerita pasal sekolah dulu. Dan lagi, dia tak dapat bergambar dengan kitorang sebab sekor-sekor cabut awal. Nak kejar kenduri kahwin yang nombor dua pulak. Fuhh, busy siot!
Sebaik kenyang saja merembat lauk pauk di kenduri kawen Arai, kami berangkat pulak ke Rawang untuk menghadiri kenduri kawen Zafrul, kawan yang aku kenal semasa bergiat dalam aktiviti Malaysian Islamic Studies Group (MISG). Nak mencari rumah Zafrul ni bukanlah senang. Mahu tergeliat tangan aku dok pusing stering sebab ke kiri dan ke kanan nak mencari banglo mak ayah dia. Akhirnya sampai juga kami ke sana walau pun dah hampir tersesat sampai ke Sungai Choh. Choyyyyyyy!!!!!
No comments:
Post a Comment