Sunday, February 20, 2005

Serba Satu, Serba Berdiri, Serba Duduk



Tengah hari tadi aku pergi majlis kenduri kahwin Ida dan Min. Ida ni kawan aku sejak aku belajar di PPP, ITM dulu. Kami sama-sama masuk gelanggang silat di sana dan sejak daripada itu kami berkawan baik. Jadi, untuk tidak menghampakan permintaan caterer kenduri tu, jadi aku datanglah dengan membawa perut aku yang setia ni, untuk melangsaikan lauk-pauk kenduri di rumah Min. Walaupun ayam dan udang adalah item lauk terkawal, tapi aku belasah makan dua round. Balas dendam 2 tahun tak makan lauk kenduri kawen orang!

Elok pulang dari majlis kenduri perkahwinan Ida dan Min, aku dan kawan aku ambil kesempatan untuk ziarah Aini. Ehemm..ehemm..sebenarnya bukan nak sangat ziarah si Aini tu pun, kite nak main dengan Auni ajer!! :P (Jangan marah aaa Aini!).



Semasa di sana, sempatlah juga berbincang pasal hal-hal kawen ni. Aku konon-konon cubalah nak tahu, apa maknanya duit hantaran $X,XXX 'serba satu'. Rupa-rupanya serba satu ni maksudnya barang kemas lengkap untuk pengantin perempuan. Kata Aini, orang Johor pulak ada istilahnya yang tersendiri - serba duduk atau pun serba berdiri (Along, kalau aku salah, tolong betulkan ok?). Serba berdiri ni membawa maksud barang kemas yang lengkap untuk pengantin perempuan dari hujung rambut sampai hujung bulu roma kakinya. Serba duduk pulak ialah barang kemas yang harus dimiliki oleh pengantin perempuan dari hujung rambut berhenti sampai ke pinggang. Mula-mula aku dengar istilah-istilah ni, pening juga nak memahamkannya. Apa yang aku cuba nak faham sebenarnya kenapa nafsu tamak haloba manusia nakkan barang-barang kemas sebegitu banyak? Silap haribulan kalau mak ayah pengantin perempuan letak syarat pada aku untuk RM 8,000 serba duduk, memang sah-sah aku yang terduduk dulu! Silap haribulan, terlentang terus aku kat situ jugak!

Anyway, bagi aku lah sebagai orang bujang yang jahil bab-bab ni, rasanya memang kurang wajarlah mak ayah pengantin perempuan nak letakkan syarat-syarat begitu. Bukan apa, kalau dah ada orang nakkan anak perempuan awak, dah tentu dia akan berlaku baik pada anak dara awak. Kenapa nak disusah-susahkan pulak bakal menantu tu? Kalau nak uji betul bakal menantu, itu bukan caranya. Banyak lagi cara yang lagi bagus, lagi bijak nak uji dia. Barang kemas boleh beli kemudian, yang penting kenduri kahwinnya yang patut didulukan.

Aku sempat juga tanyakan pada papa, berapa Angah kena bagi duit hantaran untuk tunang dia. Serba satu ke, serba duduk ke, serba berdiri? Ayah aku kata, serba satu! Padan ler Angah sibuk cari duit extra sana-sini. Nak kahwin pun susah ek zaman sekarang ni? Pakai duit belaka....memang serba terduduknyer lah!

No comments: