Nak pikir-pikir
Apa ada pada perbedaan budaya? Apa ada pada perbedaan pendapat/tafsiran politik? Apa ada pada perbedaan bahasa dan tuturkata? Apa ada perbedaan kepercayaan dan ilmu tauhid?
Kita ini semuanya manusia. Datang bila masanya, pergi bila masa tiada. Masa yang ada tak lama, cuma sekejap saja.
Sudah-sudahlah fikir hal perut sendiri. Sudah-sudahlah fikir hal tembolok sendiri. Sampai bila nak beririhati, sampai tua dan dah dekat nak mati? Elok-elok, bila mati orang semua benci. Haaa..baru padan muka sendiri!
Jom kawan-kawan, jom tolong mangsa tsunami. PAS boleh hantar sukarelawan tak perlu kaji-kaji. UMNO kata, depa kena kaji, baru boleh bantu lebih ramai lagi. PAS sudah hantar dua pasukan perubatan ke Banda Acheh, UMNO masih lagi kata mereka tengah dok cari sapa mau pergi. Agaknya sampai tahun depan masih belum cukup orang yang mahu pergi.
Kalau nak bantu, bantulah betul-betul dan setimpalnya. Jangan nak bantu sebab harap dapat nama. Paling tidak pun, dapat masuk suratkhabar pampang nama. Tak kurang juga lain yang jadi mangsa, yang lain pula dapat derma. Ini semua kerja gila. Gila wang, gila nama dan gila kuasa. Kesian orang kat Penang, kesian kat mangsa di Kuala Muda. Pakat-pakat mereka semua dok menganga. Tunggu Pak Menteri datang bagi derma, itu jam dok ceria muka sebab dah dapat glamer!
Nak tahu lebih lanjut, bacalah di sini.
No comments:
Post a Comment