Keasingan Dalam Duka oleh Jay Jay
Kelembutanmu, tiada sehalus perasaan
Untuk dilukiskan pengertian
Pada suatu percintaan
Manisnya cinta
Terselit duri yang menyakitkan
Namun ku teruskan penitian
Mendekati hatimu
Percintaan dalam sengsara
Tanpa pengertian
Namun ku iringkan keyakinan
Ketabahan tercalar luka
Dikau ku lepaskan
Setelah hati terkorban
Disusuk duri kelukaan
Kehilanganmu atas sebuah kerelaan
Walau keasingan dalam luka
Mengisi masaku
Aku cukup suka dengan lagu-lagu Jay Jay, baik dari zaman dia mula menyanyi tahun 70-an dulu sampai sekarang ni. Bila dengar lagu dia, mesti aku nak menyanyi sekali. Well in fact, lagu sapa-sapa pun kalau sedap, aku mesti tibai menyanyi sekali. Sedap tak sedap, belakang kira beb!
Anyway, si Jay Jay ni kalau tak silap aku, ada la kait mengait dengan keluarga mama. Kata kakak, Jay Jay ni pangkatnya tuk sedara bagi dia. Jadi mestilah Jay Jay ni pak sedara pada mama. Mungkin belah Tok Zainuddin kot, sebabnya Tok Mak asal dari Kuala Kangsar. Aku tak pasti pulak Tok Zainuddin dari belah mana. Mungkin dari belah baba kot? Entahlah, aku malas nak korek mengorek pasal saudara mara mama ni. Dia cikgu ajer pada aku, tapi banyak yang aku tahu pasal keluarga dia inside outside. Anyway, tutup cerita pasal mama.
Pagi-pagi waktu orang lain semua terbongkang tidur, aku dah pun terjaga kat rumah ni. Samada aku basuh pinggan mangkuk yang tersadai kat sinki, atau pun layan blues pagi-pagi buta, bergantung pada mood aku. Selalunya aku buat breakfast untuk bebudak dalam rumah ni. Semalam aku buat pancake for the first time in my life. Alhamdulillah jadi. Thank you pada Aida Dato Khalid sebab ajar aku through yahoo messenger. Kenalan dari sekolah menengah waktu sama-sama join school band. Dia drum major Convent Assunta, aku just lousy saxophone player dalam band Alam Shah.
Biasanya waktu-waktu begini aku mulakan hidup aku dengan berfikir. Fikir pasal banyak benda. Fikir pasal apa yang aku nak buat seterusnya. Aku selalu cari sekeping kertas dan tulis, "Things to do" dan tarikhnya sekali. Mula merancang aktiviti harian aku. Mungkin semua orang tahu tapi aku nak sebut juga di sini. Kalau kita setakat buat mental note without writing it down, it is 10 times likely we will not commit to what we thought in our mind. Jadi penting untuk tulis apa yang dah kita rancangkan.
Waktu favourite aku untuk berfikir selain daripada berseorangan ialah masa aku mandi pagi. Waktu air panas tengah jirus kepala tu, memang masa tu otak aku tengah berfungsi betul. Masa mandi la jugak aku sibuk nak bertinju kat dinding shower room tu. Sampai merah-merah knuckle aku tapi dah tak sakit dah. Sebab dah terbiasa menumbuk dinding batu. Entah, aku lepas geram pada dinding. Ingat, jangan lepas geram kat orang. Tu kata Abg Zakhwan, ketua bilik 2B3 masa aku dalam Tingkatan 2 dulu. Tumbuk loker besi tu tak ape, tumbuk dinding batu tu takpe, pecah batu bata masa latihan Silat Gayong tu takpe, tapi jangan tumbuk anak orang.
Buat masa ni kepala otak aku ni tengah berkepuk dengan masalah-masalah yang aku sibuk fikirkan langkah penyelesaiannya sejak dari sebelum Krismas lagi. Tadi pun aku telefon keluarga di M'sia. Sempat bincang-bincang dengan Angah dan papa. Kepala masih lagi ligat berfikir di mana akhirnya penghujung masalah aku ni. Tadi pun Caza online and dia bagi message kat aku melalui YM. Buat pertama kalinya aku luahkan apa yang aku tak cerita kat orang. Semua ayat-ayat orang putus asa sebenarnya. Semuanya ayat-ayat anti thesis pada apa yang aku percaya selama ni. Tapi mungkin pada Caza, benda-benda tu dah biasa sebab kami dah biasa sangat heart to heart talk ni.
Ah, cukuplah takat ni tulis. Nak tulis panjang-panjang tapi isi tak ada pun, tak guna. Mengeluh kosong tanpa buat apa-apa pun takkan membuahkan hasil. Cukuplah layan blues untuk hari ni.
No comments:
Post a Comment