Semalam, pada pagi 2 Januari 2005, kami rakan-rakan Alam Shah 9397 dikejutkan dengan berita kepulangan salah seorang daripada sahabat kami, Syarizal Hadi Zainal ke rahmatullah. Arwah diberitakan mengalami breathing failure dan meninggal di Hospital Ampang Puteri pada sekitar jam 4.30 pagi. Arwah yang sebelum ini mempunyai penyakit thyroid, mengalami sesak nafas dan gagal bernafas sebaik sahaja tiba di hospital, sebelum sempat mana-mana doktor datang memeriksa keadaannya. Arwah kemudian dibawa ke rumahnya di Bandar Tasik Selatan. Jenazahnya dimandikan dan disembahyangkan oleh ahli-ahli keluarganya, sanak-saudara, jiran tetangga dan juga sahabat-sahabat Alam Shah. Jenazah arwah dikebumikan di kampung di Seremban atas permintaan opahnya.
Aku terima berita kematian arwah dengan penuh rasa terkejut. Rasa macam tak percaya. Kali terakhir aku berjumpa dengan arwah pun masa kami sama-sama datang ke sekolah untuk ambil result SPM kira-kira 6 tahun dulu. Lepas tu tak pernah jumpa dah. Tak dengar khabar berita langsung.
Aku mula-mula kenal Syarizal Hadi aka Donut masa aku join school band. Donut main side drum and aku main saxophone. Later bila kami sama-sama dah jadi senior dalam band, Donut pegang position Drum Master aka principal drummer in drum line. Selain daripada tu, kami juga sama-sama jadi pengawas dan ketua bilik untuk bebudak Tingkatan 3. Lebih dari tu, I must say, aku tak banyak tahu pasal Donut. Aku tak tahu sangat arwah walau pun kami satu batch. Yang aku cuma tahu, ayah dia pernah jadi bos papa waktu di Pusat Latihan Polis dulu and dia ada seorang abang. Itu ajer.
Aku pernah sekelas dengan arwah masa kami dalam Tingkatan 5 Usaha. Arwah duduk di barisan belakang sekali dengan Dolah tapi di bahagian tengah kelas. Arwah selalu melawak dalam kelas. Dia pun memang cukup selamba berlawak dengan cikgu-cikgu yang mengajar kelas kami.
Setakat itu saja yang aku tahu pasal Donut. Aku harap arwah berada dalam keadaan yang tenang dan damai di alam sana. Satu kelopak bunga kemboja sudah pun gugur menyentuh bumi, tinggal lagi 109 yang masih menanti. Moga semuanya akan kekal harum seusia dunia biar pun nanti gugur ke bumi kelak.
Al Fatihah untuk arwah Syarizal Hadi aka Donut. (Aku sempat tunaikan solat jenazah ghaib untuk arwah sebelum solat subuh pagi tadi, alhamdulillah).
No comments:
Post a Comment