"Anak saya ni, kalau nakal-nakal, cikgu rotan saja!" - papa aku.
"Ini bukan perangai budak-budak Darjah Enam, tapi Dah Jahanam" - Cikgu Ghazali, Penyelia Petang Sekolah Kebangsaan Klang Gate.
"Biar menangis sekarang, jangan menangis kemudian.." - Cikgu Rahimah, guru kelas 6 Raya, Sek Keb. Taman Tasik.
"Orang yang tak ada rhythm ni, macam orang mati, awak tau?!" - Cikgu Suhaimi, jurulatih Wind Orchestra Sekolah Alam Shah.
"This is the time for you to exercise your English muscle" - Mr. Hakikat Singh, English lecturer at PPP, ITM.
"Use my name if you need any help in your academic affair" - Professor Duda, academic advisor at Chemical Engineering Dept., Penn State U.
Cikgu banyak mainkan peranan dalam hidup orang muda, mungkin seawal kita berusia 6 tahun bilamana kita menyertai tadika. Ramai antara kita dulu, jika ditanya cita-cita, majoritinya akan menjawap mahu menjadi cikgu. Cikgu juga terus memainkan pengaruhnya yang kuat terutama dalam masyarakat orang Melayu. Kalau kita lihat dulu, Kesatuan Melayu Muda yang dipimpin oleh Ahmad Boestamam, banyak dipelopori oleh guru-guru Melayu. Begitu juga dengan UMNO. Kesedaran yang dibawa oleh mereka menjalar terus kepada golongan akar umbi, iaitu rakyat.
Aku sendiri selalu mengagumi setiap cikgu yang pernah mengajar aku, samada di sekolah rendah, sekolah menengah dan ketika di universiti. Aku cuba untuk ingatkan semua nama mereka, asal mereka dan tarikh lahir mereka jika ada kesempatan untuk mengetahuinya. Antara ramai-ramai cikgu yang pernah mengajar aku, ada seorang cikgu yang kata-katanya sangat lekat di kepala aku biarpun sudah bertahun-tahun aku meninggalkan dia. Cikgu Rahimah, cikgu kelas 6 Raya, selalu berpesan pada kami supaya mencari kawan di kalangan orang yang cerdik pandai. "Tak apa kalau kamu jadi orang paling bodoh dalam kalangan orang pandai, sekurang-kurangnya kamu dapat belajar lebih lagi dari yang lebih pandai". Macam tu lah katanya lebih kurang.
Semasa aku belajar di Alam Shah dulu, cikgu-cikgu di sana tak putus-putus bagi pesanan-pesanan berguna. Okaylah, bila aku sebut cikgu-cikgu, ni tak termasuk warden. Warden ni bagi aku, macam brader jaga yang mabuk kuasa ajer. Lebih kuah dari sudu, orang melayu kata ler. Tapi cikgu-cikgu aku di Alam Shah, sayangnya diorang pada anak-anak murid macam sayangnya diorang pada anak-anak sendiri. Dijaga, diasuh, dibimbing sama macam anak-anaknya di rumah. Kalau depa marah, depa marah sungguh-sungguh. Tapi lepas tu baik semula. Sebab tu aku sayang semua cikgu aku kat Alam Shah (again, exclude all the wardens).
Kata orang sekarang, dulu-dulu kalau cikgu pukul anak kita sebab anak kita nakal, balik rumah nanti mak ayah tambah lagi pada anak tu. Tapi sekarang ni, anak kita kena rotan sebab nakal, bila balik rumah, mak ayah pergi serbu sekolah pulak nak rotan cikgu-cikgu. Tak cukup marahkan cikgu, pergi saman pulak Kementerian Pendidikan. Aku rasa, senario macam ni sudah cukup untuk jahanamkan lagi sahsiah budak-budak sekolah. Bagi lemak lagi pada anak-anak muda ni. Itu pasal la makin bertambah budak-budak nakal sekarang ni. Bukan nakal laa..nakal tu okay lagi bagi aku. Tapi budak-budak jahat. Jahat sahsiah, kerja asyik nak menibai orang, nak peras ugut duit orang, nak rompak dara orang, nak hisap dadah, dan banyak lagilah.
Benar, ada situasi-situasi di mana cikgu bertindak berlebihan. Itu kita kena tangani juga. Tapi untuk menghukum cikgu-cikgu semata-mata semacam kita melepaskan tanggungjawab untuk mendidik anak sendiri, sebaliknya kita serahkan anak-anak muda ni untuk dididik oleh cikgu. Sudahlah anak-anak ni dibentuk oleh cikgu, tapi bila ada yang tak kena pada anak-anak ni, kita nak marahkan cikgu pulak. Adil ke? Anak-anak tu anak siapa sebenarnya? Anak-anak kita ke? Ke anak-anak cikgu? Atau pun anak buluh betung ke?
Dalam hal yang cikgu bertindak berlebihan, kita kena kaji kenapa emosi dia kurang stabil masa tu. Kita kena faham, tekanan kerja dari profesion guru ni sebenarnya sangat tinggi. Bayangkan seorang cikgu mengajar 4 kelas . Satu kelas ada lebih kurang 40 pelajar. Jadi seorang guru sudah ada 160 orang pelajar. 160 orang pelajar = 160 berlainan mentaliti. Ada yang kurang ajar, ada yang taat dan patuh, ada yang tak ambil peduli, ada yang tak ada langsung dalam kelas. Satu hari mengajar 160 orang pelajar dan dalam masa yang sama cuba mengerjakan kerja-kerja pentadbiran sekolah. Kalau nak tahu apa itu kerja pentadbiran sekolah, pergi tanya cikgu-cikgu kat sekolah tu. Kutip yuran sekolah, kutip yuran SPM/PMR/UPSR, tanda kedatangan, tulis laporan pengajaran, tanda kertas jawapan, sediakan set soalan, cetak kertas soalan guna mesin gelek, tulis buku rekod pelajar, buat kertas kerja lawatan, jadi guru penasihat kelab pelajar. Haaa..banyak tak? Rasa-rasa kalau bagi kat engineer ke, doktor ke, penganggur ke, boleh buat tak? Mengamuk tak hati dan perasaan? Gaji tak ada la banyak mana pun. Kerja guru menghasilkan engineer, doctor, scientist, tapi gaji dia jauh lebih rendah dari diorang tu. Tension tak? Siapa cakap tak tension, meh sini aku terajang sikit bontot tu.
Jadi aku harap sesiapa yang masih lagi ingat pada cikgu-cikgu di sekolah dulu, jangan segan-segan gi balik ke sekolah lama dulu kalau ada kelapangan. Ucapkan terima kasih pada diorang. Aku dulu belajar di sekolah menengah 5 tahun, setiap tahun tu aku akan pergi lawat rumah cikgu kelas aku masa aku darjah 6 dulu. Aku fikir, kalau bukan sebab nasihat dia, aku takkan berjaya masuk sekolah asrama penuh. Sesekali terjumpa dia di depan Maybank waktu nak keluar duit ke, atau berselisih masa hantar mummy ke pasar ke, aku berhenti untuk salam dan cium tangan cikgu aku tu. Rasa hormat tak terhingga.
Orang kata, hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati. Cikgu banyak berbudi kita pada kita, dapatkah kita membalas budi mereka semula? Tepuk dahi tanya diri sendiri, okay?
No comments:
Post a Comment