wajah selembut bayu
lenggang dan lenggukmu
keperibadian wanita, ayu...
di dalam keayuan
Ada kekuatan
Engkaulah racun, kau penawar
Insan.
Bagai dermaga di pelabuhan
berdiri gagah sendirian hadapi gelombang
kehidupan.
Engkau memberi, menerima, menempuhi
segala dengan rela
Tapi ada masanya, engkau api marak
membakar.
Ada ketikanya kau penawar bisa
Kaum wanita, ciptaan istimewa
Suka duka berganti
Rahsia tersembunyi di hati
tabahnya hatimu beriman berilmu
Wanita sumber ilham selalu. - Wanita, Sheila Majid.
Bagaimana sebenarnya kau menilai kecantikan seseorang wanita itu? C'mon, be frank. Secara jujur, di mana letaknya kecantikan, keberahian dan kehebatan wanita yang membuatkan kau selalu terpaku, yang bisa buat lelaki gagah pun terjatuh dari kerusinya, yang mampu buat lelaki serius senyum melebar?
Be serious. No rhetorical arguments here. Only plain truth.
Okay, ramai perempuan yang cantik-cantik sekarang ni. Sebenarnya, sangat ramai. Tak kurang juga yang seksi-seksi. Yang mempamerkan lurah-lurah di dada. Yang mempamerkan lekuk-lekuk di punggung-punggung. Percayalah, itu semua hanya datang seperti angin lalu. Tiada yang melekat cuma sekadar halwa mata sementara. Tapi yang buatkan mata aku mampu pejam dan bayangkan wanita itu bila dia sopan berpakaian. Anggun. Berpakaian yang menutup setiap lenggok tubuhnya. Baju kurung, baju kebaya, jubah...contoh pakaian yang cantik dan mencantikkan. Cantik direkakan, dan mencantikkan orang yang memakaikannya. Tapi itu hanya lapisan pertama.
Lapisan pertama menarik perhatian. Lapisan pertama seterusnya terletak pada wajah. Bundar. Bujur sireh. Bulat. Bersegi. Banyak rupa, banyak citarasa masing-masing. Tapi sebenarnya apa yang kita mahu lihat ialah ketenangan pada wajahnya. Setiap garis wajahnya menunjukkan ketabahan seorang wanita. Tiap lekuk wajahnya mencerminkan semangat kewanitaannya. Aku bukan mahu mencari wanita melayu terakhir. Well, ada ke wanita melayu terakhir? Sebab definisi nilai-nilai berlainan bila kita bergerak dari satu individu ke individu yang lain.
Lapisan kedua yang mahu aku cari ialah pada sinar matanya. Sinar mata yang terang, yang bersemangat menunjukkan intipati yang ada dalam jiwa seseorang. Mama kata, kalau bercakap mesti pandang mata orang di hadapan kita. Ya, bila aku bercakap dengan orang, aku mesti pandang matanya. Mata tak boleh menipu. Betul. Kalau kita betul-betul jatuh cinta, pada awal perkenalan kita malu nak bertentang mata. Sebabnya kita takut mata akan memberitahu bakal pasangan kita yang kita rindukan dia sebenarnya, yang kita terlalu kasihkan dia sebenarnya, yang kita terlalu inginkan satu kehidupan bersamanya. Bila sudah berkasihan, pandangan mata kita sudah menjadi satu. Melihat satu arah, satu cita-cita dan satu aspirasi untuk sebuah hubungan. Dan dari sebuah hubungan akan lahir satu daerah yang hanya diduduki oleh mereka berdua sahaja. Tiada orang lain.
Lapisan ketiga yang aku cari ialah bibit-bibit suaranya. Siapa yang mahu mendengarkan suara keras bengkeng? Siapa yang mahu mendengarkan suara yang selalu saja mendatangkan kegerunan di hati? Tentu saja kita mahu dengar suara yang lunak-lunak. Yang mencairkan hati bila sedang panas membara. Yang dapat melembutkan hati bila kerasnya seperti batu. Dan yang mampu melenturkan hati kita yang maha anjal. Suara juga dapat memberitahu semangat yang manusia miliki. Intonasi berbeda, satu representasi kekuatan semangat yang berbeda-beda dalam satu ruang masa. Memang betul sebabnya semangat lahir dari hati, dan hati sudah jadi sifatnya yang sentiasa berbolak-balik dan takkan kekal setempat.
Akhir sekali, lapisan yang mesti ditembusi ialah tembok kukuh hatinya. Hati orang perempuan, biar pun orang kata selembut kerak nasi, bila dicurahkan air maka lembutlah ia. Tipu! Hati orang perempuan kebal sama macam bilik kebal untuk kertas peperiksaan SPM, PMR dan UPSR dan mungkin STPM. Kalau nak masuki tembok kebal ni, paling kurang kita perlukan bulldozer Caterpillar yang beratnya bertan-tan. Setakat nak curi panjat, jangan haraplah! Silap haribulan dah terjatuh sujud ke kaki pagar tembok batu. Di belakang tembok batu tu, ada satu taman yang sangat menyamankan. Memang jadi fitrah wanita untuk melengkapkan hidup lelaki, sama juga lelaki untuk melengkapkan hidup wanita. Di taman itu kita akan berasa hidup kita telah lengkap. Taman hati itu yang sebenarnya mengikat hati lelaki untuk terus mendampinginya dan seterusnya menjagainya.
Cuba fikirkan sekejap, kalau rupanya indah tapi sayang nada suaranya selalu saja keras seperti wardar penjara Sungai Buloh, mana mungkin hati akan bertaut lama? Kalau suaranya lunak macam suara Siti Nurhaliza, tapi bila mata memandang diri yang tak jagakan kebersihan tubuh badan, bagaimana mahu menarik hati? Macam mana pulak kalau muka dah selawa Sushmita Sen, suara pulak semerdu Alicia Keys, tapi sayang hati pulak kotor macam Pasar Borong Selayang yang baru habis tempoh berniaga....macam mana mahu kita katakan dianya cantik?
Tak minta Miss Universe. Tak minta pun Arwen dalam Lord of the Rings. Cuma minta mereka menjaga lapisan-lapisan ini. Bila terjaga, mesti semua nampak lawa, semuanya nampak cantik. Semuanya nampak indah.
No comments:
Post a Comment