Thursday, September 30, 2004

Cerita Baitul Muslim

Hehehe..aku tahu Zaid suka topik ni, ni memang peberet dia. Anyway, dapat this from forwarded email dalam mailing list Malaysian Studies Islamic Group. Well, I must say MISG is very much well affiliated with Jemaah Islah Malaysia in Malaysia.

Apa lagi, sape-sape mahu kahwin, dijodohkan dengan muslimin soleh dan muslimah solehah, jangan segan email atau telefon nombor telefon kat bawah tu.

Baitul Muslim = Rumah Islam

IBU BAPA CARIKAN JODOH

Melihat nasib rakan sekuliah yang bercinta bagai nak rak ketika di kampus tetapi berakhir dengan perpisahan membuatkan Nurul Yaqeen Mohd Esa, 25, tawar hati untuk mencari calon suami di kampus.

Bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam jurusan perubatan itu ketika ditemui KOSMO! berkata, pengalaman di kampus yang menyaksikan tidak ramai pasangan kekasih yang terdiri daripada pelajar berakhir dengan perkahwinan menjadikan dia tidak yakin jodoh yang dipilih sendiri boleh membawa kebahagiaan.

Malah hasil pemerhatiannya terhadap nasib beberapa rakan yang kecewa apabila janji sehidup semati dengan kekasih tidak menjadi kenyataan mempengaruhinya meminta ibu bapanya mencarikan jodoh untuknya.

“Saya melihat dua keadaan iaitu rakan sekuliah yang asyik bercinta akhirnya tidak jadi kahwin dan pasangan suami isteri yang hidup bahagia hasil jodoh yang dicari oleh ibu bapa. Ini membuatkan saya terfikir apa salahnya jika jodoh saya diusahakan oleh ibu bapa,” katanya ketika ditemui di kediaman orang tuanya di Taman Keramat, Kuala Lumpur.

Kebetulan ibunya, Endok Sempo Mohd Tahir aktif dalam kegiatan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang mewujudkan Baitul Muslim iaitu sebuah jawatankuasa yang bertindak seperti ‘agensi mencari jodoh’. Dengan rela hati, Nurul Yaqeen mengisi borang Baitul Muslim.

Borang itu bersama borang ahli wanita JIM yang lain disuai padan dengan borang ahli-ahli lelaki yang mendaftar untuk mencari jodoh menerusi jawatankuasa itu. “Mulanya ada dua nama diberi kepada saya dan salah seorang daripadanya ialah Syed Noh Syed Abu Bakar, 26. Ketika itu dia berada di Jepun kerana melanjutkan pelajaran dalam peringkat ijazah serjana dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di Tokyo Institute of Technology,” katanya.

Syed Noh yang kini menjadi suami Nurul Yaqeen menyampuk sambil berkata: “Saya tahu mengenai kegiatan Baitul Muslim menerusi seorang ustaz yang selalu berulang alik ke universiti di Jepun. Ustaz itu kebetulan ahli JIM dan daripada perbualan dengannya, saya tertarik untuk mencari jodoh menerusi peranan yang dimainkan oleh Baitul Muslim.”

Menurutnya, di Jepun juga dia berpeluang bertemu dengan Ketua JIM Pusat, Dr. Harlina Halizah Siraj dan peluang bertemu dengannya menjadikan usahanya mencari jodoh yang sesuai semakin memberi harapan.

“Apabila pulang bercuti ke Malaysia, Dr. Harlina membawa saya menemui orang tua Nurul Yaqeen dan ketika itu berdebar juga rasa hati,” katanya yang merupakan anak bongsu daripada tiga adik-baradik dari Pulau Pinang.

Pada pertemuan itu, kedua-dua pihak mengadakan satu perbincangan yang serius mengenai keputusan yang bakal dibuat kelak. “Saya ingin mencuba mencari jodoh melalui Baitul Muslimini kerana mereka tidakl memaksa saya menerima sesiapa yang disuai padan dengan saya,” katanya.

Nurul Yaqeen pula apabila ditanya berapa lama dia mengambil keputusan untuk menerima Syed Noh, sambil tersenyum dia berkata, selepas berbincang dengan keluarga termasuk adik-beradik, akhirnya dia menerima Syed Noh selepas dua hari pertemuan yang pertama itu.

Pertemuan yang pertama berlaku pada bulan Mac 2003 dan majlis perkahwinan dilangsungkan pada 5 Jun 2004 yang lalu. Pasangan itu terpaksa menunggu lebih setahun sebelum hidup bersama kerana masing-masing belum menamatkan pengajian.

Kini Nurul Yaqeen bertugas sebagai doktor di Hospital Seremban manakala suaminya menjalankan tugas sebagai pensyarah di UIAM. Beberapa pihak kini percaya kita perlu menoleh semula ke belakang dalam hal jodoh anak-anak. Perlu ada campur tangan. Mereka percaya apabila anak-anak berkahwin dengan pilihan ibu bapa, jika berlaku pertelingkahan rumah tangga, ibu bapa daripada kedua-dua pihak akan berusaha mendamaikan pasangan terlibat.

Apabila anak-anak bergaduh tentu ibu bapa bertindak menjadi pendamai yang berkesan kerana jodoh mereka diatur oleh keluarga.

Baitul Muslim merupakan sebuah jawatankuasa yang bertindak sebagai ‘agensi mencari jodoh’ khusus untuk ahlinya yang belum berkahwin. Ia akan mencarikan isteri lain bagi ahli lelaki yang mampu dan layak berkahwin lebih daripada satu. Ahli berkenaan termasuklah golongan ibu tunggal dan wanita berusia yang belum sampai jodohnya.

Jumlah ahli JIM di seluruh negara kini ialah kira-kira 8,000 orang. Mengulas penubuhan Baitul Muslim, para Pegawai JIM berkata, ramai kalangan anak muda yang insaf memahami bahawa pergaulan bebas banyak membawa kemudaratan terhadap prestasi akhlak dan pendidikan.

“Anak-anak remaja yang insaf yang melihat keruntuhan akhlak dalam masyarakat berpunca daripada pergaulan bebas tanpa batasan. Oleh itu, mereka amat berhati-hati dan tidak mempunyai pergaulan luas di kalangan individu berlainan jantina.

“Apalagi untuk mempunyai teman lelaki atau wanita istimewa yang boleh dibawa ke sana dan ke sini. Justeru dalam isu mencari jodoh, golongan ini berasa perlunya sebuah pertubuhan yang bertangungjawab, telus dan ikhlas untuk memudahkan mereka memilih jodoh apabila sampai masanya,” kata Endok Sempo Mohd Tahir, seorang ahli jawatankuasa wanita JIM yang mengahwinkan anaknya menggunakan khidmat Baitul Muslim.

Hakikatnya, jodoh di tangan Tuhan tetapi kita disuruh kita mencari jodoh yang sesuai. Mereka yang masih terkapai-kapai mencari jodoh yang sesuai boleh menelefon di talian 03-4107 3379 atau 03-4108 9669 atau e-mel wanitajim0@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

Oleh ROHANA MAN
rohanaman@kosmo.com.my

No comments: