Jadual hidup aku giler babeng non stop sejak dari hari Sabtu lepas. Bermula dengan angkat barang-barang dari hari Sabtu....penatnya memang tak ingat-ingat. Hari Ahad pulak melayan bebudak M'sia baru sampai ke sini. Dia orang melepak kat apartment aku untuk mostly makan and layan tv. Tak kisahlah, kalau tak ada diorang, mahu aku mati keboringan dalam apartment ni.
Rupa-rupanya penat juga jadi campus tour guide ni....bawak orang ke hulu ke hilir. Tunjuk satu-satu. Puas mulut bercakap...dah jadi macam machine dah mulut aku, sibuk dok explain itu ini begitu begini.
Dalam buat aktiviti begini, sedikit sebanyak terkesan juga di hati. Teringat hampir 5 tahun lalu, aku pun macam diorang. Baru sampai. Naif. Tak tahu apa-apa. Seniors ada yang tunjuk jalan, macam Abang Jelani. Okaylah, Kak Kin ada tolong aku sedikit-sedikit - bantu register class, sign up for computer lab access etc. But Abang Jelani lah yang banyak bantu. Wife Abang Jelani, Kak Minah tu, ajar aku memasak. Abang Jelani drivekan aku ke sana ke mari untuk aku hadiri program orientasi untuk International Students. Now giliran aku pulak tunjukkan pada bebudak ni. Ironinya, inilah semester terakhir aku kat sini, insya Allah. Lepas ni, semuanya akan jadi satu kenangan..terlipat kemas dalam kotak memori aku.
Right now dalam kepala otak aku asyik dok fikir, ape lah aku nak masak hari-hari ni? Maklumlah, jadi chef tak rasmi untuk bebudak baru ni. Tak apa, aku enjoy memasak. Tapi yang serabutnya bila ramai pulak offer nak menolong di dapur. Aku agak serabut sikit kalau ramai-ramai di dapur, jadi lambat instead of cepat. But kalau berdua dengan bini nanti, tak ape....best lagik ade laa..hahahahaha..
Proses untuk aku menaip cerita Rindu Ini Untuk Siapa pun agak terhenti-henti sebab busy nak handle bebudak ni, busy memasak. Idea tu datang mencurah-curah banyak..ada saje yang nak ditambahnya..ada saja yang nak diubahnya. Itulah, kuasa mengubah, memilih dan mengedit ada di tangan penulis...tapi yang pentingnya, apakah itu akan menarik minat pembaca? Wallahu'alam. Aku menulis untuk kepuasan diri sendiri. Jadi satu escapism. Hidup dalam ideal realiti sendiri..itu kelebihan seorang penulis. Dapat melestarikan keinginan yang terpendam.
Hmmm...Hari Merdeka hampir dekat....maknanya aku pun hampir nak genap umur 24. Sudah merdeka kah jiwa ni? Merdekakah akal ni? Ke masih lagi sangap disekat dikontrol minda jumud sang penguasa? Heheheheh..soalan kontroversi..isu kontroversi. Tak apalah, simpan untuk di lain kali.
No comments:
Post a Comment