Takde Kerja
For the past few days I've been doing nothing except loafing around in my apartment, merely sitting my fat ass doing zero work except for cooking and testing new recipe. As usual, early in the morning (well, 11 am is considered as early morning to me), I would wake up and walked lazily to White Building for my Aerobic Dance class or academically known as KINES 63 course. Of course, looking at the ladies shaking their booties early in the morning does indeed wake my up but that's not the prime motivation for me to attend the class though. My sole purpose of being there is to toast a few inches of fat layer in my body. So far, I think I succeeded to diminish a few milimeter of this evil fat. Congratulations to myself.
This class only has 2 male students (one is me and another one is half man or fondly known as 'lelaki lembut') and the rest is the ladies. Sometimes it intimidates me because I feel everyone in that class is judging me as one flabby man, trying to get horny by looking their boobs and booties (some of them do have nice bodies though..muahahahaha *evil laugh*). Yeah right, hello hotties?! I don't give a shit if you have nice boobs or superb rack, all I care is to do some body workout here, ok? My body first, yours later.
Anyhow, on a lighter note, joining this class makes me realize something which is men are always obscure when it comes to their physical appearance. One of my fellow Malaysians in State College once asked me, "Weh Farid, hang pi gym tu, ada ka orang keding-keding cam aku ni pi work out?". Errr..what should I answer? Surely many kinds of people come to the gym, doesn't matter what type of their body shape they have, still the gym is the right destination to go if you're willing to drop a few sweats. Evidently, this is a line of obscurantism.
Realiti kehidupan anggota polis?
Ermmm...aku semalam sembang dengan mak aku sebab lama tak sembang and telefon dia. Itu pun lepas ada sumber-sumber yang boleh dipercayai bagitau kat aku macam mak aku cam komplen, aku lama tak call dia. Okay, aku pun call la mak aku.
Mummy : Mummy dengan papa minggu lepas pergi Istana Melawati, tempat Agong duduk tu.
Aku : Ada apa kat sana? Agong ajak mummy minum teh tarik sesama ke?
Mummy : Haahaha..ada ke situ pulak. Papa dipanggil ke istana untuk terima pingat dari Agong.
Aku : Whoaaa..pingat lagik? Bukan ke dua tahun dulu papa dah dapat pingat ke? Ermm..papa dapat pingat Datok ke? Ke dapat pingat Tan Sri? hehehehe...
Mummy : Mana ada..karut ler. Papa dapat pingat Bentara Polis.
Aku : Ohh..ingatkan dapat Dato ke...dapat Tan Sri ke..hehehe..
Hmm..sedih gak aku rasa sebab aku tak dapat ada kat sana untuk tengok papa dapat anugerah pingat kehormat. Ye ler, bukan sekali dua dapat. Well, in this case, papa dapat dua kali. Satu pingat apa ntah, lagi satu pingat Bentara Pasukan Polis. Lagi pun, papa dah nak pencen hujung tahun ni. Mummy kata ada orang recommend kan papa untuk dapat pingat. Hmm..aku tak hairan pun kalau ada orang nak recommend kan papa sebab papa ada ramai kawan kat peringkat atasan. Cuma dia tak mahu ajer campur gaul selalu dengan pegawai tinggi. Entah kenapa, jangan tanya aku.
Bila aku fikir-fikir balik, berbaloi ke hanya pingat saja diberi pada anggota polis? Cuba pikir ek, anggota polis kerjanya menjaga keamanan negara 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Maybe ayah aku tak macam tu, tapi by large, anggota polis memang dah begitu job description dia.
Tapi apa yang dia dapat? Elaun tak seberapa, gaji yang rendah, dan kemudahan yang sangat terhad.
Renung kembali pada kisah suka duka papa kerja dalam polis ni, aku terasa macam kerajaan sebenarnya ambil enteng dengan orang-orang bawahan, terutama pada anggota polis dan anggota tentera. Aku rasa papa dah kerja dengan Polis Diraja M'sia dah almost 25 tahun atau mungkin lebih. Tapi hingga ke hari ni, gaji papa tak lebih dari RM 2000. RM 2000 bukannya cukup sangat untuk hidup di KL, lebih-lebih lagi kalau duduk menyewa. Mummy pulak tak bekerja. Mujur juga anak-anak dah besar sekarang. Yang tinggal bersekolah sekarang ni cuma si Farah ajer di MRSM Jasin.
Kalau dulu waktu kami hidup di berek polis, memang aku rasa sangatlah sempit ruang kehidupan waktu tu. Rumah di berek polis sangat sempit, lagi-lagi kalau sesiapa yang ada anak ramai dan berbilang jantina (lelaki dan perempuan saja, pondan dan bapuk tak termasuk di sini). Itu berek dulu, sekarang ni aku tak tahu lah besar mana kan. Dan kemudiannya kemudahan berek tu akan ditarik balik sekiranya anggota polis tu dah berhenti daripada perkhidmatannya. Ahh sudah, cuba pikir balik?! Gaji sedikit, nak beli rumah pun tak mampu, bila dah pencen kena tendang keluar dari berek. Mana nak duduk?
Ruang untuk dapat scholarship pada anak-anak polis juga aku rasa, sama ajer dengan anak-anak kakitangan kerajaan yang lain. Sangat terhad. Maklumlah, rakyat M'sia ada 23 juta. Mana larat nak bagi semua orang. Tapi aku sedikit hairan kenapa PDRM sangat bengap untuk tak tubuhkan tabung biasiswa anak-anak anggota PDRM. Kita kan ada ramai orang-orang kaya di M'sia. Kenapa tak minta saja diorang sumbangkan, kalau tak sejuta dua, paling kurang pun RM 999,999. Padahal anggota PDRM la yang jenuh nak jaga diorang ni.
Bila ada anggota Polis cuai dalam menjalankan tugas mereka, ramai pulak yang pandai nak hentam sana sini. Bila ada anggota Polis yang pergi peras ugut pendatang haram untuk cari duit lebih, ramai pulak yang kondem tak ingat-ingat punya. Bila ada anggota Polis makan suap, bersepah-sepah orang nak kutuk PDRM (termasuk ler aku sekali..hehehehe)
Kalau kita tengok balik sejarah zaman pentadbiran Khulafah Ar Rasyidin, bermula pada waktu Saidina Umar Al Khattab mentadbir, Amirul Mukminin pastikan pegawai-pegawai kerajaan diberikan gaji yang tidak terlalu rendah dan tidak pula terlalu tinggi untuk menjaga mereka daripada terlibat dari rasuah. Anggota-anggota tentera pulak diberikan perhatian yang secukupnya. Diberikan gaji yang bersesuaian, diberikan perisai dan pedang yang tajam dan sebagainya. Itu contoh jelas perhatian yang diberikan.
Kita sepatutnya jengah kehidupan anggota polis dan tentera. Kita lihat nasib mereka pada kehidupan sehari-hari bersesuaian dengan taraf kehidupan orang lain di sekeliling. Polis dan Tentera juga kalau nak kira, kira bidang professional juga sebab tak semua orang boleh angkat pistol and tembak orang jahat. Tak ramai orang yang boleh atur strategi peperangan macam anggota tentera. And of course, tak ramai pulak yang berani diffuse bom macam papa buat 17 - 18 tahun dulu di kawasan Wangsa Maju.
Kerajaan boleh bagi kenaikan gaji menteri dan timbalan menteri baru-baru ni, kalau tak silap aku, dalam setahun dua yang lepas. Tapi kenapa tak boleh bagi kenaikan gaji pada anggota polis dan tentera. Beri elaun lebih sikit, upgrade sikit kemudahan perumahan, bantuan biasiswa pada anak-anak anggota keselamatan negara, bantuan perubatan dan sebagainya. Memang ler anggota keselamatan negara ramai, tapi menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri kita pun ramai juga. In fact, tak ada negara kat dunia ni yang ada menteri dan timbalan menteri seramai di M'sia.
Itulah realiti kehidupan anggota polis. Bergelut dengan masalah kehidupan dengan kehendak profession. Realitinya, kita tidak memberi secukupnya pada mereka dan hasilnya, itulah juga yang kita dapat sebagai balasan daripada mereka. Nak komen banyak, cuba sarung uniform polis untuk tempoh sehari dulu, baru boleh cakap banyak!
No comments:
Post a Comment