Meeting with M'sia Prime Minister
Venue : Embassy of Malaysia, International Court N.W, Washington DC
Date : July 19th, 2004
Time : 3.45 pm
Aku : Mummy, next week Ayed gi Washington DC. Hari Isnin ngan Selasa.
Mummy : Ada apa kat sana?
Aku : Pak Lah nak jumpa. Saja ajak-ajak minum..katanya nak sembang-sembang gitu.
Mummy : Haa..yelah sangat tuh! Tak pernah-pernah teringin nak jumpa PM, tetiba nak jumpa PM ni.
Aku : Alaa..saja ajer mummy. Dah Pak Lah nak turun DC. Embassy panggil ler bebudak kat area sini, jadi tukang penuh dewan. Ayed gi sana nak kipas-kipas sket dia. Mana tau, kot balik US nanti dapat jadi Exco Pemuda ke kan. Mummy jugak yang senang, harta masuk banyak!!
Mummy : Hahahaha...iye lah tuh. Mandai ajer kau ni!
Aku : Betul apa mummy..hahahaha..cuba tengok menantu Pak Lah tu. Dah orang ampu dia, nak calonkan dia jadik Naib Ketua Pemuda.
Hehehehehe...
Almost dekat nak 5 tahun aku ada kat sini, tak pernah sekali habuk pun aku pi attend any meeting with PM, baik di Washington DC, New York City atau pun di Chicago dulu. Entahlah, aku kurang bernafsu nak jumpa dia walau pun ditanggung sekali pun kos transportation and diberi makan dan minum. Rasanya macam aku just bazir waktu ajer pi jumpa dia. Itu masa zaman Che Det pegang jawatan PM la kan..but now Pak Lah pulak dah duduk kat kerusi panas tu. Kebetulan sekarang ni waktu summer dan aku pun tak buat menda time ni, boleh la kot aku pi sana. Nak dengar gaya bercakap Pak Lah. Nak tengok image 'Mr. Nice Guy' Pak Lah. Entah ya ke idak, wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment