Aku sampai semula ke Somerset lebih kurang jam 2 pagi lah sebab aku take time kat State College. Kasik rehat sket, makan sket, baring sket..semua sket sket la..kang banyak-banyak pulak, takut tak sampai terus kat Somerset tu. Memang foggy la area Laurel Hill State Park ni. Aku terus ke kabin untuk tido. Ya Allah, memang terasa bahang la kat dalam kabin ni sebab tingkap tak boleh dibuka. Katilnya pulak, yang jenis ada jaring-jaring spring tu tapi tak ada tilam. Mujur aku bawak sleeping bag..alhamdulillah dapat juga ala-ala tilam gitu. Walau pun keadaan yang camtu, aku paksa gak diri sendiri tidur sebab nak rehat. Esok ada program yang banyak tarik tenaga aku.
The next day tu, ada solat subuh berjemaah and kuliah subuh. Kuliah subuh kali ni disampaikan oleh malaysian dari Case Western Reserve Uni. Cakap pasal ape ek..metadologi dakwah. Hmm..aku pun wonder gak..manhaj dakwah tu..sama ke ngan uslub dakwah? Dalam kuliah subuh yang ringkas tu, dia ada la sebut pasal peranan orang islam tunjukkan contoh yang baik. Tak perlu jadi sheikh ke, imam besar ke..just cukup jadi muslim yang laksanakan tanggungjawab islam dia. Nanti orang luar di sekeliling selalu tengok apa yang kita buat. Itu pun dah cukup jadi dakwah pada orang lain. Yang penting, kena laksanakan apa yang dipertanggungjawabkan atas kita.
Habis kuliah subuh tu, aku ingat cam nak tidur balik tapi tak dapat la kan. Orang berdengkur dalam kabin tu sana sini. Last-last aku lepak ngan Ajeep, Pitek , Taufiq ngan sorang mamat dari Winsconsin ni kat atas basketball court. Baring-baring atas sleeping bag yang dibentangkan kat basketball court. Memang cam best! Pandang ke langit biru. Rasa fresh giler walau pun semalamnya aku penat driving total 8 jam.
Acara pagi tu mula dengan breakfast pagi. Lepas tu ada hiking. Ya Allah, mujur lah sepanjang summer aku ada gak keluar masuk gym, kalau tidak memang sah-sah aku terlentang dah kat dalam hutan tu. Kawasan kat situ berbukit. So sepanjang hiking tu, ada la turun naik bukit...turun lereng bukit yang curam..lalu kat jeram-jeram sungai. Dapat tengok empangan kecil kat atas bukit situ. Air memang sejuk betul. Group aku ada 6 orang termasuk aku. Salah seorang daripadanya ialah brader Indonesian yang study di Washington DC. Aku jadi ketua kumpulan. Everytime kami encounter dengan check point, akan ada satu set soalan yang diberikan dan kami harus menjawap dengan betul. Sampai di check point yang terakhir, kami diberi pilihan untuk pilih 3 kategori daripada 6 kategori yang ada. So, kategori yang kami pilih ialah Akidah, Ibadah dan Pengetahuan Semasa, atau pun bak kata brader-brader Indonesia sebut, Pengetahun Kontemporari.
Soalan bab Akidah, kitorang cam kantoi sikit lah bila ditanya apakah nama kerajaan yang dijumpai oleh sejenis burung pada zaman pemerintahan nabi sulaiman. Soalan yang berkait dengan soalan pertama tu, namakah tuhan yang disembah oleh penduduk negeri itu dan nama pemimpinnya. Nama pemimpin dia kitorang dah tahu, Ratu Balqis and burung tu namanya Hud-hud. Fikir punya fikir, aku spontan sebut kerajaan Sheba. Orang yang tanyakan aku tu, dia kata jawapan aku salah. Aku tak puas hati giler..aku cakap Sheba tu dah betul. Belakang, ade sorang daripada ahli kumpulan aku sebut Saba'. Baru betul. Arghhh..tak puas ati aku, aku tahu jawapan aku dah betul sebab aku baca tafseer in English, bukan dalam Bahasa Melayu. Kerajaan Saba' dalam English nya disebut Sheba. Rakyat di negeri ini menyembah tuhan matahari.
Group kitorang sampai nombor 2. Aku budget-budget cam group aku kalah ler sebab dapat nombor dua dalam hiking. Rupa-rupanya kitorang menang sebab group pertama tu silap jalan. Diorang amik short cut. Muahahahaa!!!
Lepas hiking, kami tunggu lunch.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment