Tuesday, July 06, 2004

Summer Training Camp Part 1

Perjalanan musafir aku pada minggu lepas sangatlah meletihkan. Pertamanya aku terpaksa buat dua trip dari State College ke Somerset (tempat the 3rd plane crashed on September 11th, 2001 dulu). Perjalanan pertama sepatutnya jadi 2.5 jam ajer driving tapi disebabkan co-pilot yang tidak cekap membaca map road, terpaksalah di extend sampai 3 jam lebih. Aku dah penat meraung-raung dalam hati masa tu tapi kena kontrol temper aku. Apa nak buat, drive jauh, penat driving, dalam kereta takde sapa sangat yang nak keep the situation alive and aku kena create keadaan yang menceriakan bagi aku untuk drive. Lepas tu, bila aku nyanyi-nyanyi sebab takmo kasik ngantuk, orang-orang kat dalam kereta tu pulak pi kutuk. Kang, ada jugak yang kena tinggal tepi highway ni kang!!! Itulah sakit jiwanya orang-orang yang nak travel kat US tapi takmo ikut pulak cara travel kat US. Semua ingat once driver dah pegang stering kereta, dia ajer laa yang susah payah drive sampai ke akhir destinasi. Lelain takmo bagi kerjasama, macam temankan driver sembang-sembang ke untuk tak bagi driver mengantuk. Semua pakat nak berdengkur.



Well, bila aku sampai di campground tempat di mana STC berlangsung, para peserta dah start nak ramai dah. As usual, ramai family Indonesia and sangat kurang Malaysian family. Aku wonder, Malaysian families khususnya Melayu la, nak kata tak ramai kat US ni, ramai sebenarnya! Cuma diorang ni kurang berminat nak join program-program keagamaan. Pelik!! Ah lantaklah, kubur ko ngan kubur aku lain-lain!

Selesai aku tunaikan solat jamak dan qasar Zuhur/Asar, aku terus bersiap untuk kembali semula ke State College. Bayangkanlah, letih drive ke Somerset tak hilang lagi, terus nak drive balik ke State College semula untuk pick up second trip. Apa nak buat, I gave my words, so can't complaint much. Sebelum start driving tu, Akhie Adnan and a few brothers greeted me. And of course, dalam ramai-ramai manusia tu, aku tak expect Dr. Zahratul, Pengarah Malaysian Student Department ni ada sekali kat lokasi program. Aisey, siot laa..aku tak suka betul la orang MSD ni. One thing, aku rasa MSD ni serves as taking care of their political master kat M'sia. Secondly, nama ajer Malaysian Student Department, tapi haram tak ambil berat pasal kebajikan student. Tapi kalau student buat kerja-kerja agama, terus nak label terus nak kait dengan pembangkang. Yang tu, cepat saja diorang bertindak.



Drive semula ke Penn State rupanya ambil masa yang lebih panjang. Ni disebabkan mata aku yang semakin layu. Another 2.5 hours to finish, ya Allah aku rasa macam jauh sangat ajer State College tu. Ngantuk sangat, aku pun stop tepi jalan. Bimbang kalau-kalau aku teruskan lagi driving aku ni, mungkin aku end up bawah lori memana ke..or mungkin aku masuk gaung mana-mana ke kan. Menangis semua pembaca blog aku nanti (muahahahaha...perasan nak mampos aku nih!).



Yang aku tahu, lepas aku tidor dalam 20 minit gitu tepi highway tu, terus aku pecut ke State College. Mujur Ford Taurus ni ada cruise control system, kita set ajer speed yang kita mahu, lepas tu suka ati kereta tu la jalan. Lega aku bila sampai ke Penn State balik.

No comments: