Gambar ni di ambil masa aku berada di Laurel Hill State Park, Somerset. Waktu tu kami sedang ber'hiking' di kawasan hutan di situ. Hutan di Amerika ni tak tebal macam hutan di M'sia. Hutan khatulistiwa memang sangat tebal berbanding hutan di sini. Dulu-dulu waktu Form 3 ada belajar punca kenapa hutan tu jadi begitu. Tapi disebabkan malas sangat untuk belajar geografi, belajar pun just nak puaskan hati Cikgu Masni ajer..gini lah jadiknyer.
Anyway, berbalik pada gambar di atas. Kami selisih dengan kawasan tadahan air di situ and kalau tak silap, community di situ bina empangan kecil. Memang cantik dan hensem, sehensem orang yang tengah meniti tebing empangan tu.
Yang ni pulak gambar ramai-ramai atas tebing empangan. Makcik sorang lagi tu nak bergambar ngan kitorang, tapi kitorang tak bagi...sebab nanti rosak gambar pulak. Tak pun, nanti dijadikan bahan bukti kata kami cuba nak sexually harrased makcik tu. Tak aci la kan?
Ape-ape hal pun, lepas tu kitorang teruskan kembara hutan. Bila balik ajer..group aku dah tahu yang group kitorang menang first sekali. Muahahaha, sebab apa? Sebab group hiking Akhie Adnan main tipuuuuuuuuuuuuu!! Amik shortcut!
No comments:
Post a Comment