Sunday, June 06, 2004

Breakfast At Nittany



Waktu hujung begini memanglah sangat membosankan, apatah lagi kalau kita tidak sibuk dengan kelas. Kebetulan aku pulak jenis bangkit pagi waktu summer begini sebab matahari menjengah alam lebih awal dari kebiasaannya. Atau pun mungkin demam aku ni mengheret aku untuk bangun pagi sebab tekak terasa sangat perit. Apa-apa pun, aku bermalas-malasan di katil sambil buat mental note pasal apa yang aku nak buat untuk hari ni.



Bila dah bangun pagi, perut jadi lapar and kebulur. Belek-belek barang dapur tengok tak ada apa sangat, beras pun dah habis, ayam pulak malas nak potong. Aku nak something yang cepat dan sedap di makan. So decide buat cekodok ikan bilis. So terkial-kial lah aku sensorang di dapur, menikmati kesunyian berseorangan untuk buat breakfast.



Semasa memasak memang banyak khayalan bermain di fikiran ni. Toksah kata laa kalau nak cakap horny bastard sibuk nak berbini, ada jugak berangan kalau dah ada rumah sendiri nak ada itu nak ada ini, kemudian ada jugak fikiran nakal nak manja-manja dengan bini kat dapur..hahahahha...Orang bujang ni..fikiran dia meluas sebab pressure atas mental dia tinggi! Keh keh keh..alasan!



Sesekali hati aku maki juga pada housemate yang tak gheti nak kemas dapur. Housemates yang black ni jenis tak gheti nak basuh pinggang/periuk diorang sendiri. Sampah berbeg-beg terbiar kat situ, selagi takda hamba diorang nak kutip nak buangkan untuk diorang. Again, akulah juga terkedek-kedek berkain sarung keluar dari apartment pepagi buta untuk buang sampah-sampah ni. Hmm..ni kena bawak berbincang dengan housemates semua ni. But makwe pak hitam tu terkeluar, sebab dia bukan housemates aku kat sini. Kalau dia bitching nanti, aku sepak bontot dia kekuat sampai dia takleh beromen lagik dah kat apartment ni sebab sakit sangat!



Hari ni nampaknya kena kerah lagi ke gym. Aduiii..sakit badan ni sebenarnya..lagi lagi kat abs ngan sendi bahu. Ishh..kena jugaklah gerakkan tulang empat kerat ni. Kalau tak, sampai bila?



Nampaknya cekodok aku dah siap..so leh makan. Korang nak ke? Buleh...kalau nak, BUAT SENDIRIK!!!! Aku nak layan vcd Ampunkan Dosaku...iskk..dah tengok 2 kali and masuk ni, masuk 3 kali dah. Still air mata aku meleleh-leleh tengok citer ni. Terkenang-kenang kat zaman-zaman aku lawan cakap mak aku. Itu dululah..sebelum masuk high school. Now aku dah jadi anak yang patuh. :)

No comments: