Aku rasa aku pernah citer pasal VCD ni kat dalam entry blog aku yang terdahulu. Takpe, content vcd ni sangat bagus sampai aku nak ulang lagi sekali citer pasal VCD ni. Anyway, masuk ni, dah 3 kali aku tengok citer ni tapi tak pernah jemu. Mengisahkan seorang ibu tunggal bernama Kalsum yang bersusah payah nak besarkan anak-anak dia, Hana, Man dan Zetira. Tapi malangnya, anak lelakinya memang jenis kurang ajar, derhaka dengan mak dari kecik sampai ke besar (eloknya kan, masa tengah beranakkan si man ni, better gugur ajer..senang cerita!). Kalsum mengalami banyak penderitaan semasa dia membesarkan anak-anaknya. Akhirnya dia terbuang dari keluarganya sendiri tetapi dipungut oleh Saiful, seorang pemuda yang baik hati yang kehilangan ibunya sejak dari kecil lagi. Untuk mengetahui kisah yang seterusnya, kena tengok laa citernya. Tak kiralah melalui pirated vcd atau pun yang original.
Walau pun aku dah kali ke 3 tengok movie ni, seperti biasa air mata aku mengalir jugak lah untuk ke sekian kalinya. Sedih sangat ceritanya. Nak-nak sentuh pasal mak-mak ni kan. Memang habislah! Meleleh habis wa cakap sama lu. Aku part mak ni sensitif sket (bukan nak kata anak mak ke, anak ayah ke).
Memang betul kata Fauziah Nawi, pelakon utama dalam cerita ni, kata kalau sapa-sapa tengok movie ni tapi tak ada rasa apa-apa, dia kena check balik dalam diri dia. Macam mana dia layan mak dia...macam mana dia jaga mak dia. Ishhh..aku tobatlah tak ndak buat mak aku nangis. Dulu-dulu pernah lah buat, time aku jahat-jahat dengan mak. Now dah besar panjang, dah boleh pikir panjang orang kata...so tak mo lah buat mak menangis. Aku pun dah tak lawan dah cakap mak aku. Kalau tidak dulu, sepatah mak aku jawap, aku boleh lawan balik cakap mak aku lebih dari 10 patah perkataan. Sampai camtu sekali perangai buruk aku. Tapi bila masuk asrama....memang berubah la slow-slow. Dari jadi kaki lawan cakap mak, aku jadi senyap terus kat rumah. Mak aku cakap, aku buat ajer. Malas nak cakap banyak.
Masa aku nak fly ke US dulu, mak aku peluk aku depan orang ramai kat airport tu. Iskkk..first time mak aku peluk aku sejak dua menjak aku dah jadi anak teruna ni kan. Perasaan aku masa tu memang bercampur-campur la. Air mata mak aku dah mengalir-ngalir dah cam sungai Kelang tu. Air mata aku masa tu cuma besar air kencing budak 2 tahun ajer..sikit ajer..hahaha..tapi keluar juga. Puan Yatie kita nampaklah aku nangis sebab dia ada kat airport (aiyohh..malu sialll!!).
Pernah aku curik-curik dengar waktu mak aku bersembang dengan jiran-jiran kat rumah pasal masa aku memula masuk asrama. Mak aku menangis malam pertama aku kat Alam Shah sebab dia teringat kat aku, dia takut aku tak gheti gosok baju atau pun basuh baju sendiri. Padahal masa tu aku sedap berdengkur kat asrama aku. Kemudian teringat pulak mak aku suka tunjukkan barang-barang yang aku belikan untuk dia masa aku pergi ke London dulu pada jiran-jiran atau pun pada saudara-mara. Sama la juga waktu Along mula-mula balik dari Loughborough, UK. Aku tahu mak aku bukan nak riak, tapi dia rasa bangga dengan pencapaian anak-anak dia.
Sebab tu aku hari-hari doa kat tuhan, ampunkan dosa mak ayah aku..sejahterakanlah mak ayah aku..berikanlah kesihatan yang terbaik untuk mak ayah aku. Jangan kita lupakan mak ayah kita, lagi lagi bila kita dah makin besar and bila dah guna duit sendiri. Mak garang macam mana pun dengan kita, maki kita ke, leter kita ke..jangan kita lawan balik.
Itulah..macam dalam cerita ni cakap, "Mak tak ada dosa dengan anak-anak. Cuma anak-anak saja yang ada dosa dengan mak!". Sementara mak kita masih ada, layanlah hati dia, layanlah karenah dia. Jangan tunggu bila kita jauh dari mak kita baru kita nak terasa, atau pun bila mak kita dah tak ada, dah balik ke alam baqa' baru kita terhegeh-hegeh nak minta ampun atau pun baru nak cium kaki mak tanda kita mintak ampun dari dia. Masa tu, kita secara official dah jadi anak derhaka.
No comments:
Post a Comment