Thursday, May 06, 2004

Quick Review on Imam & Konserto Terakhir

Okay, pertama kali aku berkenalan dengan karya Abdullah Hussain masa aku bersekolah rendah dulu kot. Aku baca karya terjemahannya yang bertajuk 'Isabella' yang diterbitkan pada tahun 1988. So, Abdullah Hussain tak asing lagi dalam senarai penulis yang karyanya aku baca. Satu lagi penulis melayu yang aku selalu baca ialah Khadijah Hashim. Benar dulu aku selalu layan novel ringan Ahadiat Akasyah, tapi sekarang mula kembali pada novel-novel yang membawakan tema yang berat, berbanding Ahadiat Akasyah yang hanya menyentuh isu semasa yang bersifat ringan dan menyentuh permukaan sahaja. Tak ada niat untuk merendah-rendahkan nilai novel brader Ahadiat, cuma selera aku lebih kepada dialog nilai dan ilmu yang lebih berat.

Okay, berkenaan dengan buku Imam dan Konserto Terakhir. Pertama sekali kita perlu fahami buku yang ditulis ini berkisar tentang permasalahan budaya dan adat tradisi dalam masyarakat Melayu. Seperti contoh, Konserto Terakhir banyak menggunakan latar belakang tahun 70an hinggan 80an banyak mengenengahkan isu darjat dan hijrah orang kampung ke kota. Memang waktu tu, kalau kita lihat, ramai juga orang kampung yang datang ke kota untuk mencari rezeki biarpun kelulusan yang sangat rendah seperti watak utamanya, Hilmi, yang hanya mempunyai kelulusan sekolah melayu darjah 4. Kemudian kita lihat pada karakter Hilmi yang aku kira, sangat-sangat luarbiasa sopan santunnya (yang kadang-kadang tak selari dengan fitrah manusia zaman sekarang). Biarpun dimaki dan dicaci bapa dan ibu saudaranya, dia tetap sabar walaupun kesabarannya kian terhakis dan dia membuat keputusan untuk keluar dari rumah pakcik dan makciknya.

Secara kesimpulannya, aku nampak Hilmi ini ada punya jatidiri orang Melayu yang asal, yang bersifat gigih dan apologetik tapi tak kenal putus asa dan tegas. Dia kelihatan seperti super human tapi sebenarnya dia sering menangis sendirian, mengenangkan nasib dia dan kesedihannya banyak disalurkan pada karya muzik yang dihasilkan, terutama bila dia rindu mengenangkan perkara-perkara peribadi tentang Hayati, tentang anak dan isterinya dan bapa mertuanya. Penghabisannya sangat anti klimaks, menyedihkan dan tidak disangka-sangka. Ternyata Pak Abdullah sangat bijak memainkan emosi pembacanya.

Berkenaan dengan buku Imam, aku rasa kalau aku nak ulas, memang terlalu panjang. Tapi cukup aku katakan di sini, antagonisnya Hj Syamsuri dan protagonisnya pulak Hj Mihad. Kedua-duanya punya latar belakang yang sama tapi pemahaman dan amalan ilmu yang berbeza-beza menjadikan kedua-duanya pasangan hero-musuh yang ideal. Idea-idea yang diketengahkan oleh buku ini amat mencabar pemahaman masyarakat Melayu yang pekat dengan budaya dan tradisi yang kadang-kadang menjumudkan agama itu sendiri. Aku sendiri rasa tertampar dengan cabaran ilmu dan amal Islam yang dibawa oleh buku ni. Persoalan dan perbedaan isu mazhab juga dikupas secara ilmiah di sini, pembetulan demi pembetulan tentang sirah alim ulama ditonjolkan secara berdepan-depan. Ada sampai satu ketika aku rasa, "Eh, Pak Abdullah ni orang Ikhwanul Muslimin ke?". Sampai macam tu lah sebab bagi aku, fikrah yang dibawa oleh Pak Abdullah ni sama seperti fikrah As Syahid Imam Hassan Al Banna yang diimplementasikan pada pergerakan Ikhwanul Muslimin yang nampak Islam sebagai agama progresif dan dinamik.

Walau macam mana pun, sama seperti Konserto Terakhir, penghabisannya agak mengecewakan kerana bersifat anti klimaks biar pun hasrat utama buku ini telah pun tercapai. Isu kemajuan yang lahir dari dalam diri, isu agama jumud, isu melayu yang pentingkan diri sendiri dan buta amal kerana terlebih ilmu, isu aku aku dan kau kau (nafsun nafsin) berjaya diselesaikan biar pun masih ada kesan kedegilannya, tapi sayangnya ianya dibayar denga harga yang mahal sekali.

Jadi aku kat sini memang mempromotekan pada sapa-sapa yang mahu baca dan interested especially untuk mengetahui isu agama yang menjadi pertengkaran zaman berzaman, silalah baca buku Imam ni. Ternyata buku ni membuka kembali minat aku pada peranan agama membentuk jatidiri satu-satu umat. Dan ia juga meletakkan semula garis panduan yang bagaimana agama mampu memandu manusia menjadi dinamik dan progresif sebagaimana sifat asal Islam yang sejahtera itu.

No comments: