Teringat-ingat lagi...
Aku kekadang gelak sendiri bila aku teringat-ingat balik menda alah ni. Menda ni jadik waktu kat Delaware weekend lepas. Masa tu dah lepas waktu tengah malam dah..aku still melepak kat lobby hotel. Selambe la bebudak juniors lain melepak sesama sendiri, sembang-sembang kan. Aku pulak layan baca Newsweek sensorang kat lounge area. Opposite aku ada sofa and dua orang junior duduk depan aku.
Diorang ni couple. Sorang tu dari country side New York and another one who happened to be the lady study kat Chicago sana. Pada asalnya aku tak suspect pun diorang ni couple. Tapi lama-lama sambil-sambil aku layan baca pasal perang Iraq kat Newsweek, aku terdengar la conversation diorang. Aku asalnya ngantuk and mood serius, terus senyum jekkk..segar terus bijik mate ni aihh!!
Takde laa..bukan ape..aku perasan laa everytime yang guys bercakap, mesti dilembutkan suara. Seolah-olah tak ada suara yang leh lagik lembut melainkan suara sang pakwe. Gaya manja habis maaaa..aku serius sampai satu point nak pecah gelak dah..tapi aku kontrol tak ingatnya. Kang malu lak pasangan pakwe-makwe tu..terus tak jadik tenet. Yang makwe nyer pulak..tak abih-abih senyum..alahaii..ngan aku-aku sekali leh cair ni. Dah la putih-putih gebu gitu...gaya manja pun ada. Iskk..tak segan ke diorang tenet depan aku?
Seperti biasa si pakwe sibuk nak tengok apa yang ada dalam handbag si makwe. Jadik la kejadian tarik menarik handbag..penuh dengan gaya manja. Entahlah, to me, it was a funny moment. Sungguhlah kelakar sampai aku sustain senyuman aku sambil makin tundukkan muka, tenggelamkan muka aku dalam magazine Newsweek tuh.
Sambil tu aku jeling jugaklah tengok gaya diorang berdua. Aku observed gaya si pakwe tu duduk. Bersandar ke belakang tapi kepala melenggak ke atas...mata still tengok muka awek dia. Awek dia pulak, bersandar ke sofa tapi sedikit mengiring menghadap pakwe dia. Lutut dinaikkan atas sofa...almost nak sentuh lutut pakwe dia laa..Aku budget dalam hati..sure nak ajak gesel-gesel sket tuh..hahaha!! Tapi memang serius shit la aku nak gelak bila tengok/dengar gaya diorang bercakap. Penuh lemak merdu suara lelaki tu..yang perempuan tu pun..memang tak lekang senyuman dia dari muka comei tuh. Alahaiiiii...
By the way...aku dah pun berbaik-baik semula dengan kawan aku kat UK tu. Entah apsal dua tiga hari before kita berbaik semula, aku terbuka laci aku untuk cari something and ternampak kain alas meja yang dia bagi as souvenir dari sana. Lagi merepek bila aku amik kain tu and cium baunya. Hummm..buang tebiat ke haper??? Aku tahu ler dia ada sembur sket perfume dia kat tea cloth tu..tapi apa drive untuk aku cium kain tu..aku pun tak tahu. Dah lama aku biarkan kain tu terbiar kat situ, terlipat rapi dalam laci aku. Sama la juga gambar-gambar dia dalam sampul surat. Lama aku tak sentuh, sejak Februari lepas. Tetiba tergerak hati nak bukak balik and tengok balik gambar-gambar dia. Alah, sekejap ajer..sekali imbas.
Hmmm..mungkin selepas ini ianya takkan sama macam dulu. Kawan tetap kawan, tapi rindu untuk dia mungkin dah tak ada dah kot. Pernah satu ketika rindu aku pada dia sama banyak dengan rindu aku pada Asiah..tapi tu satu ketika la kan. And pernah jugak satu ketika rasa suka aku pada dia...sama banyak dengan rasa suka aku pada Asiah, in fact lebih banyak sebenarnya. Unfortunately, now dah tak ada dah. And for sure aku takkan tersasul lagi sebut nama dia bila aku sembang dengan junior aku...and for sure aku takkan tunggu lagi phonecall dari UK around 6 or 7 pm here.
"Rindu ini sudah lama berlabuh. Aku masih rasa bahagia, walau kau tidak sudi menyambungnya", - A Samad Said.
Hmm..itulah kata dia sehari sebelum kami gaduh...in fact dia quote ni and katanya, saja-saja nak bacakan untuk aku dalam telefon. Kadang-kadang terngiang-ngiang juga apa yang dia kata dalam telefon. Memang cukup lembutlah suara dia..aduhhh..hati jantan aku pun leh cair beb....hahahaha!! Katanya juga dia bacakan selalu prosa ni untuk kawan-kawan rapat dia yang lain. Well, aku terima ajer at face value. Bila kami bergaduh di telefon, and after aku email minta maaf..berkali-kali tanpa ada balasan dari dia. So aku decide, untuk pulangkan balik apa yang dia katakan pada aku tentang rindu..dan aku bungkus habis rindu aku and pulangkan pada dia kembali sebab aku tak nak simpan dah. Cukuplah setakat tu.
Ah..pokoknya kami masih terus berkawan...walau pun bukan semesra dulu, tapi jalinan 'perkawanan' tetap dipertahankan. Ternyata itu lebih penting bagi aku..dari nak mengejar rindu yang entah bila akan berlabuh lagi.
By the way, papa dah kirimkan dua novel untuk aku. Satu bertajuk, Imam dan satu lagi bertajuk Konserto Terakhir. Kedua-duanya mengingatkan aku pada dia. Cuma berharap...kita akan terus berkawan. Hanya kawan.
No comments:
Post a Comment