Monday, April 19, 2004

Legend of the Fall

ayam: ade budak SAS call cikgu, cakap bontot cikgu lawa la
ayam: tetek lawa la
aku: serius shit? Ko biar benar beb?
aku: mane ko tau?
ayam: aku gi skolah ngan Stone, Sharin & Epi.
ayam: stone gi train budak forum SAS.
aku: Stone tak komen apa apa ke pasal bebudak rosak akhlak ni..dia kan UIA nyer budak.
ayam: dah johan selangor
ayam: ader cikgu baru, shuhaimi ketua warden.
aku: i see
aku: ape citer dia?
ayam: pengawas dah teruk, ader ke serbu umah pengetua??!!!
ayam: ade prefect kena buang - terus kepung umah pengetua
aku: buat ape? ape la bodoh sangat
aku: pengetua pun bengong ke..tak call police?
ayam: bilik lagi teruk
aku: apsal?
ayam: tak kemas, macam dah takder system. Puntung2 rokok dlm jamban tue merata rata
ayam: pengetua pon tak lame la
ayam: ader rumour arope nak dtg balik
aku: bagus!!

* Stone = budak batch aku, Yusni Khusaini, major Law dari UIA. Bekas Ketua Pelajar 2 batch aku.
* Arope, pengetua lama kami, Tuan Haji Abdul Raof. Pengetua paling ganas dan paling garang tapi berjasa besar dalam sejarah sekolah Alam Shah. Bertanggungjawab bawa Alam Shah keluar dari zaman kegelapan sekitar waktu 1989 hingga 1993.

Call cikgu? Cakap merepek dengan cikgu? What the hell..diorang ni dah buang tebiat ke haper? Entah lah...Alam Shah dah tak sama macam Alam Shah yang aku tinggalkan. Alam Shah Putrajaya tak sama dah legacy dengan Alam Shah di Jalan Tenteram, Bandar Tun Razak sana. Di Bandar Tun Razak sana, kami akan usaha baik mungkin untuk jaga hati cikgu-cikgu. Jadi kepantangan bagi aku untuk buat cikgu mengalir air mata. Pernah aku sumpah seranah bebudak F3 yang buat Cikgu Masariah menangis. Kami pernah bergaduh angkat stick hoki dengan bebudak MCKK semata-mata bebudak MCKK hina Cikgu Sherry kami. Entahlah, aku tak tahu sekarang ni budak-budak letak cikgu-cikgu ni kat mana dalam senarai orang yang diorang hormat. Aku ni pun, sepanas-panas hati aku dengan warden-warden kat sekolah tu, tak pernah la pulak teringin nak call diorang lepas tu mencarut membabi buta kat diorang (cuma dalam hati rasa nak pukul ajer diorang..hahahaha). Atau pun kalau aku horny sangat dengan cikgu-cikgu perempuan SAS yang lawa-lawa, takkan gamaknya nak call diorang and cakap menda-menda tak senonoh. Eh, pernah ke aku horny dengan cikgu? Nauzubillah..

(Teringat lagi kat aku, hari terakhir sebelum amik paper SPM, kami batch F5 93/97 salam tangan cikgu-cikgu mintak ampun mintak maaf & halal makan-minum & ilmu yang dah disampaikan sampai ada yang menangis-nangis sebak)

Agaknya dah terdidik lama dah dalam family aku untuk hormat pada cikgu. Papa pun, hari pertama dia hantar aku ke sekolah, baik ke tadika, baik ke sekolah rendah, atau pun SAS sekali pun, dia dah bagi pesan awal-awal pada cikgu-cikgu yang mengajar aku. "Cikgu, kalau anak saya ni buat nakal, jangan tangguh-tangguh lagi pukul dia!". Iskk..telan air liur jugak aku bila dengar papa cakap macam tu. Nada suara dia serius. Mujur 5 tahun aku duduk di Alam Shah, tak pernah papa dapat surat dari sekolah pasal perangai buruk aku. Teringat kata-kata Abg Zek, Ketua Bilik 2B3 time aku F2 dulu, "Kau jangan bagi malu kat mak ayah kat kampung. Cuba ko imagine kalau ayah ko dapat surat dari sekolah, kata ko kena gantung sekolah and ayah ko kena amik kau kat sekolah. Menangis ayah kat kampung tu. Menangis ayah merayu-rayu kat Pengetua depan ofis sekolah nak minta sekolah cancel hukuman gantung sekolah. Hilang macho bapak ko!". Melekat kuat nasihat Abg Zek pada aku.

Aku bukan nak mendabik dada kata batch kami batch yang terhebat, maksum tak ada cacat cela baik dari segi akhlak mahu pun akademik. Kami ada kelemahan masing-masing dan kami cuba tegur menegur antara satu sama lain. Tapi untuk ke peringkat cuba harras sexually cikgu-cikgu tu, rasanya tak pernah lagik bebudak aku buat (although ada yang claim kata pernah apply ayat gentel kat dalam kelas). Hishh..hina sangat aku rasa student tu kalau dia buat camtu kat cikgu. Elok disepak diterajang dikenduri dibeduk. Haa..amik ko, baru pueh hati den ni ahhh..kuang ajor ngan cikgu!

No comments: