Monday, March 15, 2004

Hujung Minggu di Washington DC

Pertemuan dengan kawan-kawan lama memang amat menyenangkan. Tak kurang juga bila ianya mengembalikan kenangan lama bila bertemu dan bersembang. Tambah lagi dengan pertemuan sebegini, kemesraan yang sudah agak basi dapat disegarkan kembali.

Kota Washington DC sebenarnya masih lagi dalam hawa sejuk musim salji. Cuma saljinya saja yang tidak kelihatan. Angin sejuknya masih lagi menjadi musuh utama aku - kering dan dingin mencengkam hingga ke sum-sum tulang. Seperti biasa suasana Washington DC ketika hujung minggu tidaklah begitu sibuk melainkan kelihatan beberapa kereta polis dari pelbagai 'precint' berkeliaran membuat rondaan keselamatan.

Kami seramai 20 orang menginap di hostel MARA di 18th Street. Aku hanya cuma menaiki keretapi METRO (ala-ala LRT kalau di Malaysia) dari Ronald Reagan National Airport dan berhenti di Dupont Circle, stesen METRO yang terhampir dengan hostel tu. Dupont Circle mengikut cerita orang di sini adalah kawasan orang-orang gay berkeliaran. Teringin juga nak tengok gelagat kaum gay tapi tak ada kesempatan.

Bangunan MARA hostel ini agak tua juga sebenarnya. Walau macam mana pun, landscape dalamannya masih lagi not bad. Bangunan setinggi 4 tingkat ini termasuk dalam kawasan sovereign Malaysia. Justeru, tidak ada mana-mana pihak berkuasa US yang dapat masuk untuk apa-apa tujuan sekali pun ke kawasan ini. Hatta untuk menyaman kereta yang parking di sekeliling kawasan ni pun tak boleh sebab itu dikira mencemarkan sovereignty of Malaysia. The only badan yang boleh masuk ke dalam kawasan ini ialah Secret Service. Ramai yang mengetahui Secret Service ni adalah badan yang menyelia hal ehwal keselamatan presiden US, tapi tak ramai yang mengetahui bidang kuasa Secret Service ni termasuk dalam menyelia hal-ehwal keselamatan diplomat di US.

Aktiviti kami di sini ialah untuk membincangkan punca kegagalan ramai scholars PETRONAS dalam proses temuduga PETRONAS. KZ (advisor aku) adalah terangkan pada kami antara feedback yang dia dapat daripada pihak Human Resource ialah lack of maturity and lack of general knowledge. Hmmm..tough gak tu..Maybe aku rasa some of the scholars dah americanized kot. Ye lah, kalo ari-ari ko asyik tengok ESPN and ESPN2, mane nak berkembangnya general knowledge. Besides, workloads yang sangat banyak giler babeng pun akan buat ko tercari-cari masa nak baca berita. Not to mention lagi kalau check berita pun asyik nak tengok NFL punya result or NBA punya result. Bukanlah aku anti sangat sports, but c'mon, life itself is larger than sports..hehehe..so balance aa sket kan.

Malam tadi malam yang sangat panjang dalam hidup aku (aku rasa lah) sebab aku takleh tidur sampai jam 2.30 pagi. Baring asyik kalih sana-sini. Maybe aku kesejukan kot sebab takde comforter. Aku bagi comforter and bantal aku kat Kamek sebab kesian tengok dia terbaring atas karpet berbantalkan lengan berselimutkan siling. Tak nyesal pun. Aku berselimutkan kain sarung ajer although kesejukan jugak. Mujur aku halakan heater ke arah aku.

Malam semalam pun banyak bicara hati ke hati dengan a few people yang aku kenal. Hehehee..well, geng RPI la tu kan. Masing-masing ada berita. Aku just tumpang gembira ajer and plus bagilah sket ape-ape pesan yang mane patut tu kan (Zaid, jangan komen ape ape!!! :P). Dalam pada tu dapat dengar political science talk from Syawal. Wah..wah wah..aku yakin given the appropriate chances and opportunities, Syawal will be one of the top political advisors to any minister, let say, 30 years from now kot. Hehehehe..giler tajam otak Syawal ni dalam benda-benda cam ni. Tak sia-sia dia tukar major dari Mechanical Engineering to Political Science major. Cool giler!

Okaylah, should stop here because I need to get rest for myself. Esok is the beginning for a legacy. Hhehehe..ciao semua!

No comments: