Wednesday, February 25, 2004

Satu, Dua, Tiga, Empat - Balik Lambat kena Bangun Cepat

I
"sekuntum bunga yang mekar di taman hati
mengharum di sanubari
kupuja dan kurindu selalu
menyeri tangkai madu" - Jamal Abdillah"


Well...siapa ada dalam hati aku? Let me check..hummm...mummy, papa, adik beradik aku...kak anim, kenkawan aku...tu ajer kot. Siapakah akan jadi bunga dalam hati aku? Entah..tak tahu. Who wants to fill the blank space?

II
Andainya aku bertanya padamu tentang bahagia
Di mana nilai setia, di manakah puncak cinta?
Mahukah engkau mengerti harapan serupa mimpi
Ianya dapat terjadi
Atau hilang tak berganti? - Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim


Siapa tahu di mana puncak kasih? Ada sesiapa yang tahu? Please let me know. And by the way, yes I did write something about hope in my previous blog. Well...harapan tu memang betul kata Ramli Sarip, lebih kurang macam mimpi. Mimpi yang indah sebenarnya. Jadi minyak untuk membakar semangat kita untuk terus maju ke depan. Tak kisah dalam hal apa sekali pun...putus harapan untuk study ke, putus harapan untuk hidup ke..putus harapan untuk bercinta lagi ke..sebenarnya sebab orang tu dah tak nampak lagi harapan dia..tak mampu untuk mimpikan lagi apa yang dia mahukan dalam hidup dia.

Aku pernah baca short story in Chicken Soup for College Students pasal the ability of dreaming. Penulisnya kata, kalau dia mampu bermimpi apa yang dia nak capai dalam hidup dia..dah tentu dia boleh lakukan hingga dia berjaya capai mimpi dia. Mimpi jadi punca untuk dia terus-terusan berjuang untuk capai apa yang dia mahu dalam hidup dia.

Persoalannya...mampukah kau bermimpi apa yang kau mahukan dalam hidup?

III
Sejarah mengajar kita
Menjadi lebih dewasa, meniti arus angkara
Lupakan kisah nan lalu, teguhkan
tugu imanmu
Doaku buat kekasih - Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim


Segalanya biar kekal dalam sejarah. Apa yang jadi, dah pun terjadi. Untuk kita kenang semula, mungkin hanya sebibit rasa nostalgia. Tak lebih dari itu. Untuk kita kenangi dan renungi pengajaran dari sejarah, memang sangat-sangat dituntut. Tak kurang juga untuk kita ketawa dan kita senyum-senyumkan, buat penghibur di waktu hati sedang gusar. Pengalaman memang betul mendewasakan kita. No doubt about that.

Pengalaman memang tak dapat nak dijualbeli. Jatuh bangun manusia juga bergantung kepada penguasaan dia terhadap nilai pengalaman yang dia ada. Kalau dia amik pengajaran dari pengalaman yang lalu, atau pun dari pengalaman orang lain, dah tentu dia boleh berjaya dalam hidup dia. Cumanya sekarang, apakah kita semua lihat pengalaman lalu hanya sepintas lalu untuk tujuan suka-sukaan, atau pun untuk cari di manakah silapnya kita dalam melalui pengalaman dulu?

IV
Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhanku
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih - UNIC


Siapa mahu jadi Ainul Mardhiah untuk aku? Atau pun dah ada Ainul Mardhiah untuk aku cuma aku yang tak nampak, dibutakan oleh keadaan dan persekitaran?

Siapa Ainul Mardhiah? Well...kalau mengikut kisahnya dari perbualan para sahabat dengan baginda Rasulullah, Ainul Mardhiah ialah ketua segala bidadari di syurga. Kalau bidadari biasa pun dah cantik, inikan pulak ketua segala bidadari? So, imagine sendiri.

Diriwayatkan juga setiap lelaki di syurga akan punya bidadari baginya dan begitu juga dengan para wanita di syurga, ada juga pasangan untuk dia di sana nanti. Bagi yang berkahwin, atau pun berpoligami, pasangannya ialah isterinya sendiri yang paling taat dan paling menyamankan suasana hatinya semasa hidup bersama di dunia. Kenapa dalam Islam selalu sentuh balasan bidadari di syurga?

Aku pernah baca dalam sebuah buku lama dulu, peringkat nikmat yang paling tinggi dalam dunia dari segi fizikalnya ialah nikmat melakukan hubungan seks. In fact, hasil bacaan aku dalam satu artikel dulu ada sebut, bila satu pasangan melakukan hubungan seks, otak akan menghasilkan hormon untuk melegakan stress especially bagi wanita. Jadi, tuhan tu memang Maha Mengetahui pasal fitrah manusia ni, berahikan seks. Tapi tuhan kata, kalau kau mahukan balasan ini, kau mesti jadi hambaku yang paling best! Baru kau dapat wanita yang paling best dari segala wanita. In fact dalam CNN tak lama dulu pun ada sebut pasal kajian tentang satisfaction di America; not surprising if money is not the main factor for satisfaction. See...hubungan kekeluargaan, kasih sayang dalam keluarga, hubungan antara suami isteri adalah yang paling tinggi skornya. Hubungan seks yang sihat adalah satu manifestasi hubungan kasih sayang yang baik.

Rogol bukan jawapan bagi hubungan seks. Rogol juga tidak boleh dijadikan modal untuk melampiaskan nafsu fitrah manusia yang memang ganas dan tanpa sempadan melainkan akal yang sihat dan emosi/mental yang sihat.

V
Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan - Nowseeheart


Everytime sebut pasal ibu, mesti hati aku sayu. Everytime aku dengar nasyid Duhai Bonda, paling tidak setitik dua mesti air mata aku tumpah. Manja sangatkah aku dengan mak aku? Taklah. Tak manja pun kat rumah tu. In fact dulu, kaki lawan cakap mak, aku lah tu. Tapi lepas masuk asrama, makin taat pulak aku pada mak. Pernah mak aku larang menda yang aku nak buat sangat, sampai menangis-nangis aku kat telepon sebab nak mintak izin mak aku, tapi mak aku tetap tak bagi. Dia cakap macam tu dalam keadaan menangis tersedu sedan lagi. Iskk..terus aku cancel niat aku.

Bila dah ke luar negara, dah makin meningkat usia ni, hati lagi mudah terusik bila bercerita pasal mak sebabnya aku tahu, usia mak aku bukannya makin berkurang. Makin meningkat adalah. Ditambah lagi dengan penyakit darah tingginya, kencing manisnya..lagilah buat aku risau. Memanglah setiap sakit tu ada ubatnya...tapi perasaan risau ni tak boleh lari. Kita sebagai anak, mesti nakkan yang terbaik untuk mak kita. Hari-hari doakan pada tuhan supaya pulihkan kesihatan mak aku.

Dua malam sudah aku call M'sia. Bercakap dengan ayah aku sikit, kemudian aku minta nak cakap dengan mak aku. Sebenarnya, aku tak ada modal nak cakap dengan mak aku. Tapi asal dapat dengar suara dia pun cukuplah. Startlah aku tanya soalan merepek-repek yang tak kena hujung pangkalnya kat mak aku. First tanya pasal katil kat dalam bilik aku tu, dah buang ke belum...kemudian pasal angah still membuta ke idak..padahal aku dah tanya kat ayah aku 2 3 minit sebelum tu. Kemudian aku tanya lagi, kenapa mummy tak buang majalah wanita mummy yang lama-lama tu...saja jek..nak mengusik mak aku sebab mak aku kata dia dah buang semua kain baju aku yang dah lama-lama tu dalam almari buruk tu. Almari buruk milik papa waktu bujang dulu pun mummy dah buang. Tapi sayang pulak dia nak buang koleksi majalah wanita dia yang dia simpan sejak tahun 90an dulu.

Aku bercerita kat mak aku yang aku masak ikan tilapia masam manis semalamnya. Kemudian aku cerita kat mak aku, aku makan besar hari Ahad ari tu dengan En KZ. Mak aku dengar ajer. Aku tanya jugak kat mummy aku pasal kesihatan dia. Macam mana dengan mata dia? Dah pergi check kat HUKM ke belum? Tak pergi jalan ke hari ni (padahal dah tanya dah kat papa before this)? Sempat jugak aku cakap kat mak aku, Kak Anim kirim salam. Aku sebenarnya suruh Kak Anim lawat mak aku lepas mak aku operate bulan 4 nanti. Hmm..ntah..tetiba tergerak hati nak suruh Kak Anim visit mummy. Well..aku cakap apa saja just nak kasi mak aku bersuara, nak dengar suara dia punya pasal.

Paling seronok bila mak aku bercerita pasal Aisyah, cucu sedara dia yang dia jaga. Sekarang ni Aisyah pantang nampak mak aku bergerak, mesti dia pun melalak. Pantang nampak mak aku tak ada, mesti dia pergi mencari. Mengesot dah pandai dah. Kalau dia dengar suara mak aku kat dapur, mesti dia mengesot ke dapur nak cari mak aku. Si Aina, budak umur 3 tahun tu pulak makin jealous dengan Aisyah. Ada ajer yang dia nak usiknya. Aina dulu jadi kemanjaan mak dengan ayah aku sebab dah tak ada budak kecik. Now Aisyah, anak Kak Ita dengan Abg Zul (sepupu aku, anak Pak Long) jadi kemanjaan papa dengan mummy. Hehehehe..Aina dah jadi kakak kat rumah tu.

Kalau aku ada kat rumah sekarang ni, sure riuh jugak ni. Aku selalu usung Aina ke mana saja aku pergi kalau tak ada urusan penting yang nak dibuat. Orang sure ingat Aina ni anak aku..siot lah. Yelah, dipegang tangannya, didukung selalu. Kakak, Hafiz, Hakim, Aina; empat orang anak Abg Karim, jiran satu qariah kami nilah yang mak aku jaga sejak diorang baby lagi. Now rumah aku dah jadi macam rumah diorang. Kalau si Hakim merengek pukul 10 malam nak tidur dengan mak aku, kol 10 malam tu lah bapaknya hantar dia ke rumah aku.

Papa kalau nak drive ke mana-mana, mesti dia ajak Aina sekali. Katanya sunyi kalau tak ada si Aina sebab mulutnya becok dalam kereta walaupun dia pelat tak ingat-ingatnya. Riuh dalam kereta tu. Aku rasa papa kepingin sangat nak timang cucu sendiri kot. Kalau cuti umum, mesti rumah aku sunyi tak ada suara budak-budak tu. Aku pun kadang-kadang rindu nak tengok budak-budak yang mummy jaga tu.

Ucu kata, mak aku jaga anak orang macam jaga anak sendiri. Kalau mak aku mengajar si Hakim mengira untuk buat homework dia, teringat aku dengan cara mak aku ajar aku dulu. Sebijiknya la kiranya. Aku pulak kalau mengajar si Hakim buat homework dia, siap pegang hanger lagi. Bukannya nak pukul, tapi nak gertak ajer. Kasi laju sikit masuk dalam kepala otak dia. Hehehehehe..aku tak pernah pukul anak orang weh..gertak ajer.

"Aihhh..Alang kata 4 campur 4 jadi lapan laa..," kata aku.
"Mana ada..Alang tipu!" kata Hakim.
"Haa..cuba kira lagi sekali. 5 campur 5 jadi berapa?" tanya aku.
"Ermm...10?" jawab Hakim.
"6 campur 6?" tanya aku lagi.
"Ermm...11? Eh bukan bukan..12 ek?" jawap Hakim.
"Makan campur minum jadi apa?" tanya aku.
"Jadi taik laa..apa la Alang ni..tu pun tak tahu ke?" jawap Hakim sambil sengih-sengih kat mak aku.

Bengong nyer budak!

Hmm..mengantuklah..kena balik bilik sekarang ni. Tamat.

p/s: Dalam almari bujang papa tu..ada bom tangan old fashion. Bentuk dia macam silinder panjang and ada satu tali pendek halus. Kalau kita tarik tali tu, within a few second bom tu akan meletup. Ada juga a few peluru pistol dalam almari tu. A few bandages. Kat porch kereta rumah aku, ada kelongsong peluru meriam kecik. Hmm..nak wat camner, dah ayah aku specialist senjata PDRM kat Bukit Aman tu.

No comments: