Friday, February 13, 2004

HIDAYAH - M Nasir
Senja memanggil pulang sang pengembara
Menangis ia
Melihat keperihan zaman pencarian
Katanya aku.. sendiri
Perjuangan dulu hanyalah ujian
Hanyalah bayangan
Untuk menghadapi perang yang utama
Hanyalah diriku sendiri
Dan hidayah selama ini
Hanyalah engkau yang ku dambakan
Dan semoga sejahteralah
Engkau padaku..Oh! hidayah
Dan tanpamu apalah aku
Apalah aku tanpa hidayah
Senja memanggil pulang sang pengembara
Menangis ia..
Melihat keperihan zaman pencarian
Katanya aku.. yatim.


Aku tak mahu jadi manusia yang hilang hidayah. Hari-hari aku solat dan berdoa, dalam doa aku selalu sebut, "Ya Allah, kau tetapkan hatiku dan matiku dalam agama Mu. Ya Allah ya tuhanku, janganlah kau palingkan pintu Rahmat Mu dariku dan janganlah pulak kau palingkan hidayah pun dariku. Campakkanlah cahaya iman dalam hati aku, bersihkan hati aku dari tompok-tompok hitam yang gelap dan menggelapkan".

Aku kalau berdoa lepas solat, memang panjang. Memang lama aku berdoa. Kalau aku tulis atas kertas, boleh jadi satu cerpen pendek kot.

Aku tak mahu mati tanpa hidayah, macam bapa saudara nabi, Abu Talib. Bertahun-tahun dia pertahankan nabi, dia tanggung nabi and dia backing nabi, tapi sebab tak ada hidayah dia tetap masuk neraka. Nabi lumurkan badan Abu Talib dengan air ludahnya sebab tak mahu api neraka sentuh batang tubuh bapa saudaranya. Begitu sayang nabi pada dia tapi Allah kata, api neraka takkan sentuh badan Abu Talib yang dilumurkan dengan air ludah nabi, tapi api neraka akan tetap membakar menerusi tapak kaki Abu Talib sampai menggelegak isi otak dan kepalanya. Sayang tuhan kepada Nabi, sayang Nabi kepada bapa saudaranya.

So, apa macam hari ni? Hidayah sudah sampai ke belum?

No comments: