Antara Kepercayaan dan Logik Akal
Alhamdulillah aku dah settle satu paper - exam kelas CH E 414. Walau pun payah, tapi aku still rasa syukur sebab at least aku dapat juga buat paper tu. Salah betul, kita tolak ke tepi dulu. Kemudian aku pun menapak ke HUB untuk appointment dengan Wendy. Sangap jugak aku menunggu si Wendy kat depan TV besar dalam HUB tu.
Anyway, sedikit background pasal Wendy. Wendy ni ada boyfriend Melayu Muslim. Dua-dua dah lama baik sejak diorang dua orang ni time freshman (first year) lagi. Now dua-dua dah masuk sophomore year, rasanya dah second semester of sophomore year. Wow..cepat giler masa berlalu. Ok, cukup latarbelakang dia.
Since we are taking the same course together and considering that we will have exam tomorrow for CH E 303, so we decided to meet and study together. As usual waktu kami berdiskusi, adalah juga terkeluar soalan-soalan yang agak mencabar kepala otak aku.
Si Wendy ni, gadis Cina kelahiran New York City, terdedah pada semangat inquiry western civilization. Tak salah pun, itu satu sikap yang bagus. In fact, aku admire dia punya kesungguhan nak tahu pasal Malay customs and Islamic teaching. The only problem is, dia memang tak percaya pada tuhan. Bagi dia, segalanya bergantung kepada semantik atau hukum akal semata-mata. Everytime dia tanya aku pasal qada' dan qadar, kenapa aurat begitu begini, kenapa lelaki Muslim kawen ramai, kenapa tak boleh sentuh perempuan, atau pun kiss perempuan. Aku jadi mati akal.
Aku bukanlah tak boleh nak explain, tapi untuk mencari satu ground yang mudah untuk dia terima - itu dah jadi satu perkara yang impossible. This reminds me to what Abg Firdausi dari Ontario sebutkan, hidayah terima Islam bukanlah sesuatu yang kita usahakan, itu datang dari Allah Ta'ala. Memang aku setuju sangat. Kalau lihat si Raphael atau pun Jim yang peluk Islam waktu Ramadhan tahun lepas, itu semua bergantung pada hidayah Allah semata-mata.
Jadi kembali pada isu untuk aku menerangkan apa itu Islam pada orang yang tak percaya tuhan in the first place, memang menda ni sangat mencabar. Pertama sekali dia kata, the only reason kita ada di sini hanyalah secara coincidence. Aku berkali-kali terangkan pada dia, for Muslim people, we only have three answer for three main questions.
Dari mana kita berasal?
Untuk apa kita berada di sini?
Ke mana kita akan pergi selepas ini?
Ni semua soalan basic waktu kat sekolah menengah dulu. Tapi dia tetap berkeras kita ni terjadi hanya untuk suka-suka ajer, atau pun tak sengaja. Aku cakap kat dia, kalau kita tak sengaja ada di sini, kenapa kita yang hidup sekarang ni, paling tidak setiap kali tahun baru masuk, kita akan buat azam. Azam kita tu, suka-suka jugak ke? Secara kebetulan jugak ke?
Kemudian aku ambil analogi Big Bang. Some scientists believe that there is a Supreme Being which controls the precision of the Big Bang. See..saintis hebat tu! But Wendy kata, memanglah kita akan kata itu precision yang maha hebat sebab kita gunakan dimensi mathematic kita. Itulah caranya kita dapatkan precision macam tu. Aku counter argument dia, aku kata, kalau begitu hebat sekali, takkan coincidence berlaku berulang-ulang kali dengan precision yang begitu tepat hingga ke millionth second? Sekurang-kurangnya akan jadi variation....and of course pasti ada variant dalam apa juga yang kita lakukan.
Well again, susah untuk terangkan pada orang yang asalnya tidak ada faith pada ketuhanan.
Aku terangkan pada dia, perlu ada sedikit kepercayaan pada perkara-perkara yang kita tak dapat grasp keilmuannya. Obviously there are things that beyong our comprehension which requires deep faith. Stigmata, itu salah satu symptom yang Christian gunakan. Atau pun, salah satu rukun iman kita, percaya kepada perkara ghaib - soal kiamat, soal kematian, alam barzakh. Semua tu kita tak dapat nilai dari segi data yang empirik sifatnya.
Aku jugak ada sentuh tentang soal limit atau pun had dalam kehidupan. Our knowledge is limited compare to the knowledge of the Supreme Being. For instance, dalam hukum math, perlu ada limit yang absolute untuk kita mengetahui sesuatu nilai constant. Kalau tidak, ianya akan tetap sebagai constant yang wujud dalam bentuk variable, C. Selagi kita tak letakkan upper limit and lower limit, C akan tetap jadi perkara misteri yang kita tak tahu. Bila kita apply kan limit pada pengetahuan kita, kita akan dapat definie this whole world lebih kepada pemahaman kita. Or else, kita mungkin akan selama-lamanya dalam kekeliruan sebagaimana ramai orang yang keliru dalam wad sakit otak (ini Juliana yang cakap kat aku, sebab dia pernah jaga wad sakit mental di HKL). Bila kita persoalkan perkara-perkara yang kita tak tahu dan tak mampu nak jawap, kita hanya mengundang padah pada our state of mental.
Banyak kali juga aku berdepan dengan situasi yang macam ni. Sama juga yang aku alami di bilik sendiri dengan Brian. Tapi selalunya kami end up dengan conclusion, agama kami adalah unik dan apa yang dikatakan oleh agama masing-masing itu adalah benar dari sudut pandangan penganutnya. But untuk orang yang atheis, mati kutu juga nak menjawabnya, ye dak?
No comments:
Post a Comment