Doa Rabitah
"Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui bahawa hati-hati (orang-orang yang dibayangkan) ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu, bersatu lagi memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu. Oleh itu, Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan mawaddah antara mereka. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalan yang sebenar serta penuhkanlah piala hati-hati ini akan jalan yang sebenar serta penuhkanlah piala hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati sanubari ini dengan keimanan dan keindahan tawakal kepada-Mu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami".
Masa usrah lepas, ada tertimbul isu doa rabitah. Assignment usrah untuk sesi usrah akan datang is to memorize doa rabitah. Aku serius tak pernah hafal doa rabitah ni tapi bila orang baca, aku boleh follow sebab selalu sangat bacanya. Maybe dulu waktu kat PPP jarang sangat aku tinggalkan amalan baca doa Al Ma'thurat. Almost every asar akan aku baca Al Ma'thurat. Akhirnya dah jadi amalan.
But once dah sampai US, dah tenggelam dengan gaya hidup busy style student, so jaranglah baca. Kadang-kadang rindu nak baca Al Ma'thurat, masa tu la aku akan baca doa Rabitah.
So masa dalam sesi usrah ari tu, aku bagitaulah kat budak-budak ni. Doa Rabitah ni, doa pengikat kasih-sayang, especially among usrah members. Sebab tulah lepas habis usrah, dibacakan doa ni - moga-moga amalan berusrah ni akan jadi lebih mesra bila datang kasih sayang sesama ahli. Seronok pulak budak-budak ni bila aku cakap ni doa pengikat kasih. Masing-masing dah imagine ni ayat pengasih.
Hahahahaha..ayat pengasih tu, kalau tak silap aku, ayat dari surah Yusuf. Tapi sayangya tak ingat la pulak ayat yang ke berapa. Ni si Balonkt la mengajar aku masa Form 2 dulu. Katanya nak lagi elok, waktu bacakan ayat tu, kita tiupkan pada orang yang kita suka. Orang biasa buat guna asap rokok. Pejadahnya...aku merokok pun tak, asap rokok pun aku benci! Hahahaha..ni kan pulak nak tiup asap rokok. Silap ari bulan orang yang kita nak tiupkan tu tampar kita sebab tiup asap rokok kat dia. Tak dapat kasih, dapat penampar...tak ke haru tu??
Ada juga nak kasih-sayang, sanggup orang guna-gunakan orang lain. Guna khidmat bomoh, guna minyak dagu/minyak cenduai/minyak senyoyong...pendek kata segala jenis minyak la guna. Minyak tanah, minyak Petronas, Shell and ESSO ajer belum guna lagi ni. Tu semua tu bersifat sementara ajer, tak kekal sebab guna khidmat syaitan. Kasih sayang yang kekal sebab datang dengan sendirinya, bukan datang dengan khidmat minyak-minyak ni. Nak sangat guna minyak ni, jadi ajer la pengusaha stesen minyak. Hari-hari duit masuk! :) Pelanggan pun sayang...
p/s: Aku nak keje ngan tokey minyak besar kat M'sia; PETRONAS. Kuang kuang kuang....
No comments:
Post a Comment