Bulan September dan Oktober penuh dengan rasa ujian. Ujian kesihatan dan juga bakal ujian pendapatan. Apakah aku bersedia? Insya allah demi anak-anak dan keluarga, aku kena cekalkan hati.
Bulan September ini banyak buat aku sekeluarga tak sihat. Sakit. Demam. Paling yang buat aku rasa emosi sangat bila anak lelaki aku, Ahmad Husyairi, dimasukkan ke Emergency. Doktor cakap anak aku dalam keadaan tenat. Virus infection in his lungs. Aku hampir terkedu. Pecah empangan air mata aku lepas bercakap dengan doktor di Emergency. Aku cakap, "Doc buat apa saja janji anak saya sihat".
Itulah ujian terbesar bagi aku. Anak-anak aku ada segala-galanya. Inilah rasanya menjadi seorang ayah. Ketua keluarga. Mahu atau tak, itulah beban yang diletakkan di bahu aku tatkala aku berakad nikah dengan isteri aku. Janji aku, anak-anak dan isteri akan aku jaga sebaik mungkin. Biarlah aku susah, janji anak-anak aku dan bini aku dapat makan.
Oktober ini dikejutkan dengan berita projek aku akan kena tutup. Atau pun dipindahkan. Aku yakin aku boleh survive dengan produk yang aku bangunkan dengan penuh kasih sayang. Insya Allah aku bangkit. Ini peluang untuk aku buktikan yang aku boleh maju ke depan. Aku buktikan produk aku boleh meraih jualan RM50,000 sebulan.
Memang agak mengejutkan. Tapi sebenarnya sudah dapat diagak dan dibaca. Tak ada masalah. Kena fokus dan kena tanamkan rasa positif dengan masa depan. Demi keluarga. Demi memenuhi impian aku. Kita boleh berjaya. Kita mesti berjaya.
No comments:
Post a Comment