Jauh perjalanan cinta aku. Bermula di PPP/ITM, hingga ke Adelaide lepas tu langsung ke Johor. Aku temui ramai wanita berbeda personaliti, perangai dan ragam. Biarlah perjalanan ini berhenti pada November ini.
Aku mahu bina hidup baru. Bersama teman yang akan setia bersama aku. Di kala susah dan senang. Di saat gembira dan di kala duka.
Insya Allah aku janji akan jaga dia macam papa jaga arwah mummy. Hingga ke liang lahad cinta papa pada mummy. Tak sangka, ucapan dan luahan perasaan aku dalam blog ini pada 2004 akan temui titik noktah akhirnya. Alhamdulillah.

No comments:
Post a Comment