Aku dapat information daripada kawan aku yang katanya, dia ada potential investor yang ada RM 500,000 readily available for business purposes. Hmmm..memang menarik! Tadi pun masa aku duduk sembang-sembang dengan client, dia ada cadangkan juga supaya aku mengwar-warkan berita tentang projek pertanian aku ni pada client-client aku yang lain. Katanya, ramai yang berminat nak tanam modal dalam projek-projek begini dan mendapat pulangan hasil yang lebih konkrit. Itu katanya lah. Aku pun cuma angguk-angguk ajer.
Bagi aku, aku prefer amik loan daripada give up equity. AKu tak nak lose control over my own business establishment. Profit sharing pun okay for as long I can keep the control over my business to myself.
Sometimes, setiap perniagaan tu ada personal touch oleh penciptanya. Okay la, aku tak mencipta apa-apa pun kat sini. Cumanya aku menggerakkan perniagaan yang dah sekian lama tok nenek kita buat iaitu menanam dan memasarkannya. Tapi kali ini lebih sistematik dan record keeping yang lebih sempurna (bukan macam cara aku simpan resit dalam kereta aku!).
Nilai permulaan projek pertanian untuk 11 ekar ialah RM 130,000. Jadinya aku perlukan sebanyak tu untuk mulakan dan juga generate hasil dalam masa satu tahun. Aliran kewangannya dah pun aku buat dan Bad dah refine semula. Aku tahu aku boleh dapatkan pioneer status untuk syarikat ni daripada MIDA. Jadi kami boleh elakkan cukai untuk 5 tahun pertama.
Apa yang aku takutkan ialah kalau-kalau andaian aku salah pasal kos perbelanjaan ladang. Sebabnya harga baja boleh turun dan naik sesuka hati. TUrun bagus la, tapi kalau naik, mampos aku. Dah sah-sah messed up gile cashflow aku. Gaji aku turun takpe, aku tak kesah, janji business hidup.
Lagi satu kos untuk sewa tanah. Harap-harap kos sewa tanah maintain at least untuk the first 3 years lah. Or else, again, die laaa..
Ya Allah, bagi la aku kekuatan nak bagi semua ni menjadi. Ameen.
RM 1.6 million in the next 5 years in company's saving. Ameen 10X!
No comments:
Post a Comment